.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday 25 September 2013

Kenangan itu tidak semestinya indah

Sedang aku leka melayari laman facebook, salah seorang MPP datang. membelek-belek surat khabar. Aku hanya buat tidak tahu dan fokus menghadap komputer. "Ustaz, semalam yang Ustaz post gambar tu, buat ana sedih". dia memberitahuku. "Rupanya MPP ni semakin hampir untuk berpisah". Dia menambah. Aku semakin tersentak. Tersenyum, dan entah mengapa tidak tahu hendak berkata apa. Memang itu realiti yang bakal berlaku. Hurm.. Benar, banyak sungguh dugaan ini. Hak kami ini dinafikan itu perkara biasa. Kerana kami tidak pernah berharapkan agar red carpet dihamparkan seluas-luasnya sewaktu kami menjadi MPP. Benarlah kata sahabatku "Hanya MPP yang faham keadaan MPP". Sungguh benar. Namun, sayang tidak ramai yang mengerti.

Dahulu, aku berasa sungguh seronok hendak meninggalkan UKM. Kononnya hati ini tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke UKM. Oh.. . Rupanya aku silap. Semakin menunggu waktu hendak konvo, semakin rapat pula dengan mereka. Bukan sahaja bersama adik2 PMUKM, malah bersama sahabat2 ISI UKM. "Usrah kita ni terlampau sweet2", "kita ini terlalu manja", "kita ni terlalu sentimental".. Peduli apa aku, aku tetap mahu menulis.. =)

"Mr President, Shukran. Ya, kita banyak kali juga selisih faham. Banyak idea kita yang tidak selari. Namun sebenarnya ia menguatkan kita. Kita hanya menjadi rapat sewaktu kita mula-mula bertanding. Teringat waktu di DG. "ana kalah Shuk.." itu sering keluar dari mulutku ketika menunggu keputusan. Entah kenapa rasa akan kalah dalam PRK. Bukan sedih kerana kalah, namun sedih kerana bakal meninggalkan sahabat perjuangan". Alhamdulillah, menang juga. Thanks kadang2 percayakan ana. "Ana nak cakap apa ya bila kita keluar dewan nanti?". Entah kenapa waktu di DG itu antara perkara yang ana sering ingat.

“Izati Othman, farhana, Afifah. To Izati, gelak to slow2 sikit. =) Lepas ni xde orang nak tegur enti gelak kuat sangat.. heee.. Bila nak belanja kami makan nasi ayam padprik yang selalu dibeli bersama buah di Pusanika? Dari tahun 1 waktu pesta konvo kita kerja sama2. SU yang sangat mantap! Farhana, sempoi. Slumber. Kadang2 suka juga melawan. Ana senang dengan ur idea. Xfaham tanya. Suka berterus terang. Teruskan sikap sebegitu ada rezeki nanti ana belanja coklat lagi. =) Afifah, ana ingat lagi waktu enti tahun 2. Time PRK. Sama-sama dengan azzyati. Turun naik pusanika nak minta cop. Jujur waktu tu sangat kasihan dengan kalian, namun sudah dibuktikan yang enti memang boleh buat dan ada karismatik tersendiri. Ana nak minta maaf juga khilaf sana-sini. Tegur direct semua. 0-0 jela.

Afiah, ana kadang2 dulu marah bukan sebab apa. We know that u have the potential untuk lagi maju. Malah sudah ditunjukkan pun. Maaf sebab selalu kacau2, tp dulu jela. Sekarang dah xde dah pun..haha.. Ajma a.k.a mak jemah. Hee.. walaupun sebaya, namun dah macam kakak dalam PMUKM. Kadang-kadang kita rasa taklifan yang diberika kepada kita tidak cocok ataupun padan dengan kita, namun mungkin itulah yang terbaik buat kita. =)

Marwan! Yeayh... makan tu kurang2 la sikit..hee.. sangat baik budak ni. Ada masa jumpa lagi. And ada waktu kita pergi jalan2 UPM lagi ya. =)  Mustapha. Kadang2 letih juga melayan dia. Terutama time dia layan lagu dusun dia tu. Tapi layankan jela. Sempoi.. happy go lucky. Professional. Paling penting Mus suka bercerita.. =) Mufadhal. Pasni kami dah xde. Enta kena kuat. Kagum dengan gerak kerja enta. Teruskan momentum. Kalau ada apa-apa nanti, kita share la ya..
Mus dan juga Mufadhal. Dua orang yang memang gila2. Suka cari pasal. Menghidupkan suasana. Tapi time kerja serius, so sangat baguslah. Kepada Azrai, minta maaf sebab xselalu bersama kau dan tolong kau waktu kau dalam PMUKM. Minta maaf sangat2. Anyway, tq sebab selalu beri nasihat time aku tengah down.


Khamis, Syafiq, Hidayah... semoga terus berjaya dalam bidang kalian yang telah kalian pilih.

Hubungan itu bukan mudah

Sudah lepas tahun tiga dan menunggu waktu untuk ke sidang konvokesyen. Ketika ini masih lagi ada yang bertanya, bercerita tentang UBM dan sebagainya. Hampir tiap hari membuatkan aku kadang kala agak letih. Tidak berkembang! Kadangkala melayan, kadangkala hanya meminta untuk dialih topik. Sungguh, diri ini berasakan tidak lagi layak untuk sesiapa. Allah, kadangkala benarlah. Kita kena cari muslimat yang faham perjuangan kita. Supaya dia faham dan redha dengan perjalanan ini. Kadang-kala hanya mereka yang bergerak kerja dengan kita sahaja yang faham perjuangan kita. 

"Enta memilih sangat ni Arief." terang sahabatku. Aku hanya mendiamkan diri. bukan memilih, namun aku berasakan bahawa aku ini tidak layak. Siapa mahu Arief Othman yang sering berseluar jeans? berbaju t-shirt serta digayaan dengan jacket? aku tidak berkopiah, bukan juga sering memakai jubah dan baju melayu seperti sahabat muslimin yg lain. Iman bukan pada itu, namun pada hati? Aku hanya tersenyum. kadangkala ini memberi impression juga. Aku tidaklah komited seperti ahli lain. Kini sampai satu masa, biarlah aku melalui hidup ini seperti biasa. Fokus kerjaya. Jodoh? malas hendak fikir. Cukup la aku menunggu selama lebih dari 5 tahun untuk itu. Kemudian ia kembali kepada seperti dahulu. Tiada hala tuju. 

View aku sangat besar. hendak membina biah soleh ini bukan mudah. Banyak lagi perlu diperbetulkan untuk diri ini. Untuk zaujah, untuk famili. Membina keluarga yang bahagia. Makanan yang sihat, gerak kerja bersama2. Kenapa bukan sekarang? "ana nak kereta, ana nak rumah" itu yang sering aku katakan. Walau sehebat mana sekalipun, jika hidup susah, kadang kala kebahagiaan itu akan tergugat juga. Maka, aku tidak mahu zaujahku berasa susah apabila bersamaku. Biarlah dia berasa senang bersamku.

Mungkin ini agak sukar untuk dilakukan dan dicari. Terlalu memilih barangkali. namun sebenarnya hendak membina baitul muslim ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak bersedia, maka jangan mulakan. 

mulakan perjalanan seperti dahulu. fokus dan mara ke hadapan. 

Thursday 12 September 2013

Harapan Besar

Alhamdulillah. baru lepas masak nasi ayam. salah satu makanan kegemaran saya. saya belajar untuk masak rendang ayam, nasi ayam kerana itu makanan kegemaran saya. Namun, ada satu masakan paling saya suka, iaitu ayam masak lemak cili api. Saya memang tidak mahu untuk belajar kerana saya mahu bakal isteri saya yang belajar dan akan masakkan untuk saya. =) 

Habis sudah LI. Hendak sambung kerja, lagi banyak kerja di PMUKM sebenarnya. Hendak tolong adik2, (walhal sebenarnya hendak menginfakkan diri ke jalan Allah), kemudian tepaksa menolak tawaran yang datang. Saya juga meletakkan tahap yang tinggi dan view yang besar dalam kehidupan saya. Saya tetapkan matlamat, nak x nak, gaji minimum permulaan kerja saya mesti rm3000. Ya, saya sudah dapat, dan sekarang dalam proses berbaki sebelum konvo (dah konvo kn masuk perodua balik), saya nak cari yang gaji rm 4-5 ribu..  demand? memang saya demand. Saya nak mudahkan zaujah saya. saya nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, keperluan dsbaginya. Saya xnk dia bersama saya namun saya berikan kesusahan kepadanya. Lagipun, duit yang ada, saya nak beri kepada jalan2 yang memerlukan =). 

Matlamat saya, dicampakkan kemana sahaja, maka saya akan perform sehabis baik. Ingat lagi mcm mana waktu general manager berusaha untuk persuade saya stay dengan department dia. walaupun saya bukanlah totally budak economic dan xfaham sgt pasal automotif. tapi saya buat yg terbaik dan saya sudah buktikan. jika rezeki saya memang ternyata di Perodua, Maka saya target mahu jadi CEO perodua. kelakar? saya rasa kelakar juga =_=". haha.. I wanna be somebody yang akan contributed something to our nation n of coz for our religion. Dahulu jika di sekolah, orang kenal Arief Othman dengan beberapa sumbangan, kemudian di universiti orang kenal dengan beberapa perkara lagi (selain membangkang ye..), dan saya mahu rakyat Malaysia akan ingat saya kerana kejayaan saya juga. Bukan mahu dipuji, tak mengharapkan itu, namun untuk menjadi sebagai sumber inspirasi.

Tadi stalker, then terbaca tulisan someone yg mengingatkan aku kepada seseorang. perkara lepas.. Hurm, Rasa menyesal juga kenal, tapi itu pengajaran. Kalaulah dia baca (hope dia baca), nak cakap yg saya sudah tdak ingt anda lagi.. sila jangn perasan. sekian.