.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday 7 December 2011

Mimpi?

dua hari lepas..Allah..mimpi apakah ini.. aku bermimpi berjumpa dengan ayahnya di dalam mimpi.. berbual mesra.. melayan ayahnya..senang hatiku.. berbual mesra... mungkin mainan tidur sahaja barangkali duhai hati.. =) aku menegur diriku..malas hendak berbicara tentang mimpi..aku meneruskan hidup seperti biasa.. kemudian sebentar tadi..aku bermimpi lagi.. tp kali ini bermimpi umminya.. aku melawat keluarganya.. berbual mesra dengan umminya.. dan ada perasaan berkecil hati pabila umminya menegur diri ini kerana jarang bertandang ke rumah.. aku hanya mendiamkan diri dan menyatakan agak sibuk pada waktu itu..

apakah maksudnya? hurm.. adakah ini petanda dirinya adalah jodohku? Allah..bukan sekali dua..tetapi tiap kali dahi ini menyembah tikar sejadahku meminta petunjuk, banyak petanda tentang dirinya... Allah.. aku dalam dilema.. tambahan pula, semakin ramai muslimat yang hadir dalam hidupku..namun diri ini hanya optimis yang mana ianya hanya untuk bergerak kerja semata2..

Kalau benar dia adalah jodohku..aku akan pergi jauh dari hidupnya.. kerana diri ini mahu yang terbaik untuk dirinya.. diri ini hanya akan menemuinya pabila sudah bersedia untuk membina baitul muslim..

Tuesday 29 November 2011

Aku adalah Musibah buat dirimu wahai Isteriku

Wahai bakal isteriku.. 

diriku ini tidaklah sesempurna mana..
penuh dengan lumpur dosa..

tidak pandai memberi, namun hanya tagih meminta kasih darimu

Wahai kasihku...
Kau adalah anugerah buat diriku..
aku pasti dirimu akan menerima segala kekuranganku..

Wahai Hati seorang lelaki.

tunduklah nafsumu..
janganlah kau memilih wanita kerana rupanya..

wahai hati..
jagalah hatimu supaya mencinta dirinya hanya kerana Allah...

Wahai Pelengkap Rusuk kiriku..
sedarilah aku memilihmu kerana perjuanganmu..
kerana tidak mahu dirimu mengeluh akan kesibukanku di jalan Allah
kerana itu aku mahukan dia yang benar-benar faham akan perjuanganku..
kerana dari situ..
dirimu akan membantuku...

Monday 24 October 2011

Aku sudah jatuh cinta?

Aku sudah jatuh cinta? walaupun bukan sekarang, namun perasaan itu pasti akan datang.. namun apa yang diharapkan adalah perasaan itu bukanlah hanya persinggahan..namun perasaan itu akan menjadi pendorong untukku lebih dekat kepada diriMu..

Alangkah romantisnya jika diriku dan bakal zaujahku menjadikan hubungan yang sah suatu hari nanti seperti kisah Rasulullah dan juga Aishah..

Amru bin Ash berkata "wahai Rasulullah,siapakah orang yang paling engkau cintai?" baginda menjawab,"Aisyah" (Hr Bukhari)

pernyataan ini juga sudah diketahui oleh Aishah.
"Akulah orang yang paling dicintai oleh Nabi" Perkataan ini disampaian Aishah kepada Abdullah bin Shafwan dan lainnya" (Hadis sahih,Hr Al Hakim)

Begitu indah...cinta mereka...

Ya Allah,
Yang membolak-balikkan hati kami...
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana 
Rasanya bercinta
Namun ku berharap
Bila cinta datang menyapaku

Aku tidak akan kehilangan Engkau
Ya Allah,

Selama ini aku hanya berharap
Semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki cinta yang
Luar biasa pada-Mu
Ya Allah,
Selama ini juga aku berharap
Semoga akan dicintai
Oleh orang yang dapat membantuku
Menuju Keredhaan-Mu,
Pintaku Ya Allah,
Izinkanaku memiliki rasa ini
Hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami...
Pada-Mu....

Friday 26 August 2011

Ini kisah Sahabat..bukan Cinta..


Alhamdulillah.. lantaran ramai sahabat yang menyangka bahawa blog kedua ini adalah kisah cintaku , kisah peribadiku, lantaran sengaja tanganku menaip di blog kedua ini.. untuk membuktikan bahawa sangkaan mereka adalah meleset sama sekali.. kali ini ingin menceritakan akan kisah sahabat…
 Zaidi dan juga Azman merupakan seorang sahabat yang baik. Akan sikap Zaidi yang memang peramah itu membuatkan beliau sukar mendekati dan didekati oleh ramai sahabat yang lain. Begitu juga dengan sikap Azman yang memang merupakan seorang yang periang, namun kadang kala lebih suka untuk bersendirian. Sukar untuk sesiapa memahami hatinya, walaupun sahabat baiknya sendiri, Zaidi..
Walaupun ukwah yang menemukan mereka adalah dalam gerak kerja dan mereka baru sahaja berkenal, namun jalur persahabatan yang terbina semakin hari semakin utuh. Ditakdirkan bahawa mereka kali ini terpaksa duduk di bawah satu bumbung untuk gerak kerja di kolej mereka. Memang tidak dinafikan, pengalaman yang ditimba oleh Zaidi ini membuatkan gerak kerja bersama menjadi lebih mudah.. YA! Memang cukup teliti orangnya.. kadangkala Azman agak rimas dengan ketelitiannya itu,. Namun mungkin ia bercerita berdasarkan pengalamannya.. dan mungkin ia lebih tahu.. justeru langkah yang bijak untuk diambil adalah dengan hanya mengikut sahaja..
Seperti biasa, sewaktu kerja-kerja yang memuncak, pasti keadaan tertekan mencengkam kesabaran seseorang. Sehinggalah berlaku perselisihan faham antara kedua sahabat ini.  Bukan masalah besar sebenarnya. Hanya masalah kurangnya komunikasi antara dua sahabat ini. Kurangnya penyelesaian ataupun resolusi yang membungkam di dalam jiwa masing-masing. Zaidi yang terlalu sibuk dengan gerak kerjanya yang menimbun sehingga kadangkala melepaskan kepada Azman, dan Azman pula tidak memahami apa yang berlaku dan terlalu serius di dalam melakukan kerja. Konklusinya, dua-dua degil!!

Zaidi sedar akan kesalahan yang dilakukannya.. ia cuba untuk menerangkan.. mungkin hanya menerangkan secara luar lingkup sahaja. Dan tidak dapat difahami oleh Azman. Zaidi cuba untuk memujuk dan meletakkan serendah-rendah egonya kerana bimbang perselisihan ini mampu merencatkan kerja mereka. Namun Azman tetap berdiam. Semakin dihampiri, Azman semakin jauh. “sah ego mamat ni!!” bisik hati Zaidi. Pabila ajak berjumpa, Azman tidak mahu! Memang sikap Azman menyebabkan Zaidi amat marah. Justeru selepas itu, masing-masing menjadi renggang.. ikatan yang kuat terbina, semakin hari semakin longgar.. ramai yang perasan.. namun mereka lebih gemar untuk mendiamkan diri..

Sehinggalah suatu hari.. Azman dilaporkan telah mengalami kemalangan yang ngeri sewaktu pulang ke rumah. Berita itu menggemparkan semua sahabatnya.. paling terkesan adalah Zaidi.. hancur..luluh hati Zaidi mendengar khabar dukacita itu. Lantas ia menghidupkan keretanya dan terus membelah jalan raya menuju ke rumah Arwah Azman. Dalam keadaan yang hampa, letih, ia hanya mampu untuk memandikan jenazah Azman. Mengkafankan dan bersama-sama untuk solat jenazah. Setelah diusung ke tanah perkuburan, air mata yang ditahan sedari tadi, tetap berlinang. Sayu.. memandang jenazah putih sahabatnya itu masuk ke liang lahad.. Zaidi berasa amat terkilan kerana jika dia bersabar sedikit, dan turunkan egonya sedikit lagi, pasti hubungannya dengan Azman tidak akan berakhir sebegini. Bukan ia sesalkan pemergian Azman, namun apa yang disesalkan adalah kerana tidak sempat untuk mengucap satu perkataan sahaja.. iaitu “MAAF:
Kini, 24.3.2007… genaplah sudah setahun pemergiaan Azman., tiba-tiba angin rindunya kepada sahabatnya itu kembali bertaut.. jarinya membuka laman sosial sahabatnya itu.. kemudian, barulah ia perasan bahawa sahabatnya itu mempunyai blog yang menyinkap sisipan peribadinya.. diteliti..dibaca, dan kemudian air mata Zaidi mengalir tanpa disedari..

Sahabat,,,
Aku berdiamkan diri bukan kerana aku membencimu,.
Tetapi kerana aku tidak mahu api kemarahan itu semakin menyala,,
Sahabat,,
Aku tidak mahu berjumpa denganmu bukan kerana aku marahkanmu,,
Tetapi kerana aku tidak mahu menganggu kesibukanmu,.
Sahabat,,
Jika kau tahu bahawa dalam suramnya ukwah kita sejak kebelakangan ini,,
Diriku ini sentiasa memerhatikanmu..
Diriku sentiasa mendoakanmu agar terus kuat menghadapi jalan ini..
Diriku begitu risau jika melihat dirimu dalam keadaan tertekan..
Namun apakan daya..
Semakin aku cuba untuk meredakan perselisihan ini
Semakin aku dituduh sebagai manusia yang ego..
Hancur hatiku bila seorang sahabat menuduhku sebegitu..
Namun, tidak ku peduli..
Ingatlah,, kita bukan putus ukwah sebenarnya,,
Namun kita Cuma hanya bergaduh sementara…
Dan jika ditakdirkan aku pergi dahulu sebelummu,
Ingatlah.. kau sahabat terbaik yang pernah aku miliki….

Azman 230306                         23.07pm

Air mata Zaidi terus mengalir laju.. bertapa bersalahnya ia kepada sahabatnya itu.. namun apakan daya.. Allah lebih mengerti.. Allah lebih sayangkan sahabatnya itu.. “aku takkan putus mendoakan untukmu sahabatku, Azman” bisik hati Zaidi…