.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Sunday 24 June 2012

kenduri?

"arief, aku teringin sangat nak pergi kenduri rumah kau semalam.tp aku xde kawan..budak2 semua balik... habis tu, aku xtau nak naik ktm.."rakan baikku di ukm ini menyeloroh.. aku ketika itu sempat juga menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulutku.. buat endah x endah saja.. " ala.. macam la xtau jalan kan..naik ktm pergi The Mines boleh naik ktm.." aku membalas..khusyuk dengan makananku.. memang aku kalau tengah makan,tidak suka diganggu.. "kau nak aku kena culik ke?" dia tersengih.cuba untuk bergurau.. lantas aku pun meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan.."apa dia?weyh.. aku yg hot ni pun kalau naik ktm sorang2 xkena culik, inikan pula engkau>?" aku membalas..semua rakanku ketawa..termasuklah dia.. "weyh! Arief semalam kenduri tunang.. untunglah..sebab tu dia touching aku xdtg"kawan aku mengenakan aku.habis dia hebahkan dekat semua orang!!!.. aku hanya mendiamkan diri.. memang kenduri bertunang buat dekat rumah lelaki pun..aku mendiamkan diri.ketawa kecil.barangkali boleh juga buat kenduri kesyukuran..mungkin dia berfikir sebegitu..haha

entah mengapa.. ketika aku sedang asyik mengambil makanan untuk disajikan di khemah hadapan, aku melihat makteh aku dan emakku berbisik sesuatu.dan memandang ke arahku sambil tersenyum..hurm.. entahlah..aku tau topik apa yang mereka bualkan..aku hanya buat xtahu..xd kerja la ni..mesti cakap pasal aku.. yang emakku pula xboleh nak rahsiakan..yang makteh aku pula cuba mengorek rahsia.. " ala..tunggu ajelah masa.. sampai masa, akan tiba kad.. xperlu nak risaukan aku.." itu bisik hatiku.. ramai juga sahabatku yang sudah berkahwin.. ada yg jemput, ada pula yang langsung nak merahsiakan perkahwinan mereka.. sedangkan kami agak rapat.. memang aku terkilan.. tp prinsip aku, sukati merekalah.. malas nak ambil tahu.. selain itu,maklongku juga sibuk ttg perkahwinan aku..haha..muka nak kahwin sangat ke ni? entahlahh..

ketika bersalam dengan nenekku, ketika nenekku hendak pulang, sempat juga aku berbisik kepadanya..doakan saya ya nek.. hehe..dah boleh kahwin kan? aku mengusik nenek ku.. "dah ada duit ke?eh,,paling kurang sekarang wang hantaran kena ada rm10 000 tau"nenekku memerhatikanku.. "haha...insyaAllah nenek..nenek ni..mana ada apa lah..saya gurau aje..nenek doakan ajelah.."aku sengaja mengusikknya.. "bukan apa,kalau dah ada duit, kahwinlah.." nenekku seperti memberi lampu hijau.. aku hanya mengangguk.. usai bersalaman, aku pergi semula ke arah sahabatku hisyam dan juga bob..melayan kerenah mereka..rindu dengan mereka hakikatnya..bercadang hendak keluar stay up, tidak jadi..kerana aku berasa sungguh letih dan juga ada periuk yang kena basuh!!! again n again.... 




ketika itu, saya berharap agar dapat mengetahui pengakhiran cerita puteri santubong... entah dia terfikir kan diri ini atau tidak..biarlah.. segan hendak ambil tahu lagi..

Saturday 23 June 2012

Tomato dan ukwah?


inilah ukwah..salah seorang ni selalu buat salah, namun xlama selepas itu, ia akan mula sedar akan kehilangan sahabatnya itu.. rindu kot.. lepas tu, xmustahil sahabatnya itu akan dipujuk... inilah ukwah..berlapang dada lah... credit to izzudin from china.. rindu kat kau..haha

Friday 22 June 2012

kura2...

Diceritakan bahawa ada seorang anak kecil yang memelihara seekor kura-kura.

Dia sentiasa memberi makan dan bermain dengan kura-kuranya itu.

Pada suatu malam di musim sejuk,anak kecil itu datang kepada kura-kura yang sangat disayanginya itu akan tetapi dia mendapati kura-kura itu sedang berada di dalam cengkerang kerasnya kerana ingin mendapatkan suhu panas.

Anak kecil itu bersungguh-sungguh mencuba untuk mengeluarkan kura-kura itu dari cengkerangnya,tetapi ia masih enggan untuk keluar.

Anak kecil itu memukul pula kura kura-kura itu dengan kayu,tetapi masih gagal membuatkan kura-kura itu keluar.

Anak kecil itu menjerit pula menjerkah kuranya untuk keluar,semakin menjadi pula kura-kura itu melawan.

Tiba-tiba Ayah kepada anak kecil itu datang padanya dan melihat anaknya itu dalam keadaan marah dan masam mencuka mukanya.

Si Ayah pun bertanya : Apa halnya dengan kamu wahai anakku?Apa yang berlaku padamu?

Maka anak kecil itu pun menceritakanlah apa yang berlaku, permasalahan antaranya dengan si kura kesayangannya.

Maka tersenyumlah Si Ayah.Si Ayah berkata,biarkanlah kuramu itu dan ikutlah Ayah.

Lalu,Si Ayah menghidupkan pemanas haba (heater barangkali) dan duduklah mereka berdua bersebelahan pemanas haba itu bersembang dua anak beranak.

Tiba-tiba kura-kura itu mula bergerak sedikit demi sedikit menghampiri mereka,bergerak kerana ingin turut mendapat kepanasan dari alat pemanas tadi.

Si Ayah pun senyum kepada anaknya dan berkata :

"Wahai anakku,manusia itu seperti kura-kura. Jika engkau mahu mereka menerima saranan/pandanganmu,maka litup/panaskanlah(selesakanlah)mereka dengan kasih sayang dan kelembutanmu.

Bukannya dengan engkau memaksa mereka membuat apa yang engkau inginkan dengan menggunakan Tongkatmu (Dengan kuasa,paksaan,dan ugutan terhadap mereka)"

 

 

kini diri ini faham..bukan mudah nak bawa dan memimpin seseorang.. jujur aku pernah juga hampir putus asa.. semakin ditekan..semakin banyak benda yg diluahkan membuatkan diri ini rasa kecewa... xpelah...rahsia di hati xsiapa yg tahu.. =) terima kasih atas kejujuran dan semuanya..  ya,diri ini gagal barangkali.. jg diri...

Sunday 17 June 2012

Kerana dia Ayahku


Kerana dia Ayahku..

Ya hari ini hari ayah..waktu malam jam 2am aku mempunyai urusan.. sempat sahaja aku mempersiapkan segala barang keperluanku untuk pulang ke UKM. usai mengemas barang, maka aku pun membawa semuanya untuk turun ke bawah. kelihatan ayahku sedang nyenyak tidur beralaskan tilam. bukan tidak mahu tidur di dalam bilik, namun kadangkala dia tertidur sewaktu menonton bola dan sebagainya. aku memperlahankan langkah.. gerak langkahku penuh berjaga-jaga dan perlahan kerana bimbang aku membuatkan ayahku terjaga.. aku membuka gate , dan terus memanaskan enjin.. sempat juga melihatnya kerana bimbang dia akan terjaga.. namun aku sedar, kalau dia terjaga pun dia akan buat2 tidur.. ya,kali ini aku pergi tidak salam kedua tangan ibu dan ayahku..mungkin mereka akan fikir, aku sudah besar, boleh bawa diri sendiri, sebab tu xpayah nak salam tangan ibu dan ayah.. namun hakikatnya, aku tidak mahu mengejutkan mereka..kerana anaknya ini akan pulang juga.. tidak sampai hati mengejutkan mereka yg sedang nyenyak tidur.. 

teringat lagi waktu sekolah.. ketika ayahku sedang nyenyak tidur, aku sungguh berasa beralah kerana terpaksa mengejutkannya dari tidur semata-mata untuk menghantarku ke kelas tambahan,.. berhati2 aku mengejutkannya.. risau kena marah.. risau juga menyusahkan.. bagiku, ala, bukannya penat jemput dan hantar..naik kereta kan..sehinggalah tiap kali cuti sem, tiap kali ayahku sakit, aku yang menggalas tanggungjawabnya dengan menghantar adik2ku ke sekolah..memang letih.. terasa...walaupun aku ini muda, ya, memang kadang kala tidak cukup masa untuk berehat..petangnya perlu dihantar ke sekolah agama lagi..ingat lagi kerana tidak mahu menyusahkan, jika ada kelas tambahan, aku akan bersama rakanku untuk stay up..selalunya ak akan beriktikaf di masjid sebelah sekolah.. itulah tempat aku tidur, belajar dan sebagainya.. 

"balik rumah x ni? itu ayat yang selalu dihantar menerusi sms.. "balik.." ya.. kadangkala lewat malam baru aku pulang..jam 1am baru bertolak dari bumi bangi ini hendak ke batang kali.. jarak perjalanan yang seringkali memakan masa selama satu jam setengah.. namun bila aku pulang, aku melihat ayahku masih lagi berjaga..menonton televisyen..namun kadang2 tv dimatikan, namun aku sedar yang ayahku buat2 tidur.. ayahku tidak akan tidur selagi anaknya tidak selamat sampai ke rumah..itulah ayahku.. kasih sayangnya tidak pernah ditunjukkan kepada kami.. tidak seperti dahulu. yang mana ketika aku dibesarkan di kampung, aku,kakakku dan adikku seringkali menunggu ibu dan ayahku pulang dari KL untuk bertemu kami di waktu hujung minggu..selalunya hari jumaat malam mereka akan tiba.. dan ketika itu juga kami tidak tidur malam..tunggu kepulangan mereka..kadang2 aku buat2 tidur..menyorok belakang pintu dan sebagainya.. dan ketika hari ahad, aku mahu ikut mereka pulang ke KL.. walaupun mereka berjauhan, namun kasih sayang mereka tetap sama..dan ketika itu aku kecil dan tidak tahu apa2.. masih bersekolah rendah ketika itu..tahap satu barangkali..

pernah juga aku ditampar kerana degil.. dan sebagainya,,namun itu adalah proses mendidik dan aku tidak pernah salahkannya sekarang.. aku faham dan mengerti.. "abah kalau orang nak marah kau sebab sikap kau, sebab salah kau, abah biarkan aja..salah diri sendiri kan" itu ayatnya.. ayat yg diingati smpai sekarang..ingat lagi sewaktu kecil.bagiku keseronokan meminta duit raya itu adalah perkara biasa.. seringkali mengira duit raya dan bersaing siapa mendapat duit raya paling lebih tahun ini..pernah sekali aku mengira duit raya di dalam kereta.ketika sahaja sampai ke rumah yang dituju,duit tersebut cepat2 aku sorokkan.." abah xsuka kalau datang rumah org nak duit raya..xsuka anak2 abah meminta2.. nak berapa duit abah boleh bagi" ayahku menegurku..spoil mood raya ketika itu... namun dengan teguran itu ketika aku kecil lagi, sehingga sekarang aku amat takut untuk meminta sesuatu dari rakan2.. terutama meminta tolong.. tiap kali meminta apa2 dr rakan, even inginkan gula2 yg mampu dibeli dengan harga sepuluh sen 2 biji, aku tetap malu dan akan teringat pesan ayahku..dan sebab itu juga, bila org memberi duit raya, aku akan menolak..melainkan dipaksa untuk menerima.niat datang ikhlas, dan bukan lagi kerana duit raya..

itulah antara pengalaman dan pesanan dr ayahku yg aku ingat smpai sekarang..walaupun tidak rapat seperti dahulu, namun aku tahu dia sayangkan anak2nya..dia bangga dengan anak2nya..dan aku adalah hasil dari didikan ayah dan ibuku.,...love u all.....

Wednesday 13 June 2012

one day.. =)


saya hendak makan ini di tawau...siapa lagi yang nak bawa kalau bukan dia.. =)


berobbok..


Buras...


jangan merajuk lagi ya.. =) nanti belanje abg tau.. haha.. but the most important things is.....

air ni suka since sek menengah..time baya kamu..time f5.. tgk chinese gurl, namanya deborah, selalu beli... then try, terus suka... hehe.. sori, abg xpndai pujuk shah.. tp ni pun kire ok kot.. abg kan laki... blur2 lagi ni..hehe.. hope when ur read my blog, u will smile alone... =)

Tuesday 12 June 2012

Bakal genap 22 tahun =)

hidup ini tidak selalunya indah.. Alhamdulillah, ujian yang turun ini memberikan aku kekuatan untuk lebih memahami dan mendalami diri ini.. 22 tahun bakal digenapkan pada 25 julai ini.. bulan depan.. ya..sudah 22 tahun..mungkin itu proses untuk mematangkan lagi segala tindakan.. sungguh usia ini semakin matang...maka diri ini perlu bergerak ke arahnya.. "mak xnak nnti nak bertunang lama-lama.. cepat sikit nikah tu.."pesan ibuku.. "abang, jangan lama2 sangat.. cepat2 sikit"..usik adiknya.. aku hanya mendiamkan diri..kalau mereka sedar kondisi diri ini..mungkin mereka tidak berkata sebegitu. tertekan? tidak, kerana aku yakin dengan pilihan yang aku buat.. aku yakin dengan bakal isteriku yang setia menunggu diriku.. sedikit masa sahaja lagi.. banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya.. aku inginkan rumah, kereta supaya menyenangkan zaujahku... supaya dia selesa berada disampingku..kalau ikutkan hati, ya sekarang juga boleh bernikah.. mampu untuk menyara keduanya..namun keselesaan dan masa bagaimana pula.. seringkali masa untuk diri sendiri diabaikan...

aku sedar bahawa barangkali dirinya terasa kerana melebihkan diri orang lain daripada dirinya.. namun aku mengerti bahawa dia faham bahawa Cinta Selepas Nikah itu adalah yang paling Indah.. sebelum itu, aku ingin menunaikan umrah sebelum mendirikan masjid.. kemudian, ingin sekali menyimpan wang agar dapat pergi menunaikan rukun fardhu yang kelima itu bersama-sama.. itu yang aku sering doakan dan panjatkan.. selesa bersamanya.. senang..dia faham, dia penyabar.. kadangkala diri ini selalu buat xtahu..tp dia mengerti..kalau aku api, dia cuba menjadi air.. kalau dia cuba menjadi api, aku cuba menjadi air.. ini adalah proses untuk saling memahami dan mengerti pasangan..aku yakin , dengan izin Allah, pilihan hati ini adalah tepat.. telah bawa berjumpa dengan ahli keluargaku, memang mereka menyenanginya.. 

aku yakin, dia bakal melahirkan jundi2 pejuang yg hebat mengalahkan abah dan umminya.. yg mampu mendidik anak2ku menjadi anak yg soleh.. sudah pandai membaca seusia 3 tahun.. menjadi hafiz dan hafizah.. disegani oleh masyarakat..dan menjadi antara mereka yang berjuang demi Islam.. didikan untuk menjadi anak yang soleh mampu dipikul bersama.. kerana kalau aku sudah tiada, sekurang2nya amalan akan bertambah dengan doa anak yang soleh..  buat bakal zaujahku.........



Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dirimu,
cuma aku mengharapkan bahawa dirimu faham tentang sifat diriku ini,
moga dirimu penyabar,tenang, dan bersama-sama dalam susah dan senang.

Aku hanya manusia yang lemah dan tidaklah sehebat Yusuf yang mampu meruntuhkan nafsunya,
Aku juga bukanlah sehebat Muhammad yang mampu menawan Khadijah,
namun aku berusaha menjadi seperti mereka..
Aku cintakan perjuangan Muhammad... aku kagum dengan persahabatan  Abu Bakar,. aku bangga dengan perjuangan Al Fateh.. aku hormati Kerendahan budi Umar Aziz.. 

moga kita bakal mencorak golongan seperti ini yang mampu membawa panji2 Islam suatu hari nanti..
TAKBIR!!!

p/s: tp syarat dia, mesti kena pandai masak ayam masak lemak cili api dan rendang ayam =)

Monday 11 June 2012

La Tahzan Innallaha ma'na

Alhamdulillah..nampaknya sekarang dia bahagia.. dengan life dia..mungkin aku yg merosakkan kebahagiaannya sebelum ini.. xpelah.. sedar dan faham.. im ok.. =)

hati ini diuji

minggu ni exam.. tp hati ini diuji.. terdapat beberapa perkataan yg mmg diingati smpai skrg..terngiang2.. terkjut diri ini.. mungkin sudah hlg respectnya pada manusia yg serba kekurangan ini... hari ni paper 2jam, terus jawab dalam masa sejam.. Ya Allah.. hati ini cuba kuat..cuba senyum depan semua org, namun hakikatnya kali ini benar2 lemah... siapa tak rteringatkannya..semalam sms diberi, "alhamdulillah" namun takut hendak membalas..kerana takut diri ini dibenci.. tkut jg kerana diri ini seringkali buat salah..maka dibiarkannya sahaja..hakikatnya, Allah sahaja yg tahu... kalau dia rasa kehilangan, dia akan cari.. hati ini tetap tunggu.. nasib barangkali...

Tuesday 5 June 2012

menanti

jam 12.49pm.. mengharapkan benda yg tidak pasti..walaupun tahu ia hanya angan2,namun tetap menunggu dan sabar menunggu.. entah kenapa...

Monday 4 June 2012

La Tahzan

memang sedih pabila orang yg disayangi mempunyai masalah..namun kita tidak dapat selesaikannya.. Allah.. aku hanya mampu untuk memberi kata2 penguat agar dirinya terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini..hidup ini bukan mudah.. La Tahzan.. pernah baca buku ini kan? kata2 semangat dan bagaimana kita perlu menghadapi kehidupan ini.. sy tahu awak kuat.. insyaAllah.. bersabar..xlama sahaja lagi.. sama-sama kita berdoa kepada Allah.. kerana Dia Maha Mendengar.. dalam kesempitan yg dirasakan, kita perlu sedar bahawa ramai lagi yg menyayangi diri kita.. cuba ambil kekuatan dari mereka.. bukan mudah untuk berjaya.. ingat, matlamat kehidupan awak.. itu lebih utama.. =) dalam kehidupan ini, saya akui bahawa kekuatan mental lebih diperlukan daripada kekuatan fizikal.. xkan xpernah ada pengalaman yg berharga yg boleh dikenang.. insyaAllah.. hanya mampu memberi semangat,kerana diri ini tidak mampu untuk membuat apa2 buat masa kini.. insyaAllah suatu masa, awak akan tersenyum gembira juga..