.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Sunday 25 November 2012

terkenang




Memori Bahagia.. sengaja mengimbau lagu ini.. =)
moga Allah menjaga diri kamu semua.. 

Monday 12 November 2012

=)

kalau dibenci, berdoalah..
berdoa akan kebaikan dirinya...
tidak perlu untuk mengadu kecuali hanya kepada Al-Khaliq...
manusia...
itu lumrah...
biarlah hanya kita yg mengerti dan memahami...
suatu hari nanti, ketika perhitungan...
insyaAllah org yg membenci itu akan tahu yg kt sering mendoakan dirinya...
maka daripada itu, sudah tidak berguna dan tidak perlu ucapkan terima kasih...
kerana ketika itu, kita semua membawa haluan masing-masing...
manusia berubah...
jangan dipandang dosa-dosa yang pernah dibuatnya dahulu...
janganlah jadi pemerhati dan penghukum...
"manusia berubah"

Sunday 4 November 2012

Pesananku

benar kata orang, semakin dekat, semakin banyak ujian. kali ini sudah berkali diri ini dilamar.. diluahkan perasaan dan sebagainya. Allahurabbi.. aku hanya redha menerima ujian dan dugaan ini. kenapa tidak. perasaan cinta itu bukan aku yang paksa,maka aku tidak menyalahkan mereka. diri ini mengakui terlalu sibuk, terlalu banyak kerja,kadangkala diri sendiri tak terurus, inikan pula untuk mengambil tahu tentang diri orang lain. kalau ambil tahu ttg orang lain, mengambil berat, namun tidak diendahkan, barangkali tidak berguna juga. maka diri ini seperti selalu. membawa diri sendiri. 

"Arief, sampai satu masa, kalau perlu kahwin, maka kahwinla.. atleast isteri enta boleh jaga enta.kerja pmukm ni bukan mudah.kerja nak bawa Islam ni".. nasihat seniorku.. dan Alhamdulillah dia sudah juga mendirikan baitul muslim. aku hanya mampu merenung jauh kata-katanya. sudah bersediakah aku? kalau ikutkan hati sudah bersedia. namun adakah kedua2 belh famili sudah bersedia. beri kefahaman? maka selayaknya perlu namun tidak juga mereka faham. hendak kerja part time cari duit lebih? yang xkerja sekarang ni pun xterurus. bagaimana kalau sudah bekerja nanti?"..aku hanya mampu mengeluh.. biarlah ia berlalu seperti plan asal. kalau ada jodoh awal, maka ia tidak akan ke mana..

buat bakal Isteriku yang akan bersama2 denganku..
aku memilih dikau kerana dikau faham akan perjuanganku..
justeru aku mengharapkan akan diberi sokongan bukan diberi halangan dan rajukan..
aku tidak mengharapkan apa2, cuma mengharapkan kefahaman..
maka fikrah yang jelas menjadi pilihan..

diri ini penuh dengan cacat cela, hina suatu masa dahulu..
dikau sendiri mengetahuinya, namun kini dikau sudi menerima..
Alhamdulillah dan terima kasih untuk itu..
moga kita mampu melahirkan jundi2 yang hebat..

tidak perlu menjadikan generasi yang pintar, bijak, namun akal dan adabnya jelik..
biarlah generasi kita adalah generasi yang disegani kerana akhlaknya, ilmunya, kefahamannya..
maka letakkanlah Islam itu sebagai yang teratas..
kerana kita membina baitul muslim bukan kerana cintakan pasangan..
tetapi matlamat utama adalah kerana ingin membina sebuah taman - taman di syurga...
berkat mendidik generasi yang lahirnya suatu hari nanti mampu menjadi pejuang..
mampu menyambung rantai2 perjuangan yg tidak pernah putus dan berpenghujung..
yang sentiasa mendoakan abi dan uminya..

tinggalkan perkara xpenting, dahulukan gerak kerja jemaah selepas ini =)

kini dan selamanya

Ya ini adalah blog peribadi... kisah diri ini.. setelah beberapa lama, maka blog ini kembali seperti dahulu..dengan lagu yang sama sewaktu mula2 dahulu.. =)
letih dengan asgment? letih dengan kerja? tipu kalau tak letih, namun ia seronok.. =)
Alhamdulillah kerana diuji sebelum ini, dan ia menjadikan aku matang.. terima kasih Ya Allah kerana menguji aku dengan jawatan dan kesibukan ini agar aku mampu untuk melupakan segala perkara yang tidak penting.. Alhamdulillah..

kini usai tahun akhir..selepas ini, bakal menamatkan zaman bujang InsyaAllah.. moga bakal zaujahku setia menanti tanpa pernuh rasa iri hati ataupun perasaan berprasangka..aku tetap setia menunggu.. cuma diri ini agak sibuk..

bakal melabuhkan tirai pembelajaran, ini membuatkan diri ini sebak. tak sangka tempoh pengenalan pantun yang singkat, menjadikan kami rapat sbegini. abg iejan, abg wan, neeya, lulu,ain, azreen, membuatkan aku rapat dengan mereka.sebahagian dari keluarga mereka, ya aku meraikan mereka  dengan pelbagai perangai mereka. kadangkala tengah letih dan jemu, jika bersama mereka ketika latihan mampu membuatkan aku ketawa. teringat sewaktu pertandingan semi final pantun rakyat, itu adalah pertandingan yang paling seronok bagi aku..

namun rezeki tiada ketika itu, namun selepas itu, abg iejan meninggalkan msg kepadaku.. suruh tetap bersemangat. namun tiap kali itu, diri ini sebak. tiba2 mengalir air mata.kerana tidak pernah memberi harapan kemenangan kepada pasukanku untuk memenangi pertandingan ini.. walaupun telah cuba melakukan yg terbaik.namun kuakui bahawa rezeki itu di tangan Allah.. neeya, adalah seorang yang senang tika bersamanya.. seperti lulu.. banyak memberi nasihat dan faham dengan diri ini..sabar dengan kerenah aku... abg wan, seorang yg sangat baik hti.. selalu meletakkan kepentingan org lain mendahului kepentingan individu.. dan plg penting azreen, walaupun telah bnyk kali terasa, namun dia adalah org yg tetap sabar.. dan komited dalam berpantun.. ain, awwab,ayu jarang bersama kami.. ada yg konvo, dan ada yg membawa haluan masing2... namun itulah rencah kehidupan... =)

kini aku mempunyai 2 keluarga berbeda.. satu team pantun ukm..satu team PMUKM.. kedua2nya adalah dua entiti berbeda,corak yang berbeda juga..namun semua itu memberi warna dalam kehidupanku... =)

Saturday 3 November 2012

selamat tinggal

hidayah itu milik Allah...
biarlah aku menyendiri kali ini...
manusia berubah...
terkejut dengan semua yang berlaku...
namun,xkan manusia tiada ruang untuk berubah dan bertaubat....
maka biarlah aku mencari kehidupan menuju tuhan yang abadi...
selamat tinggal masa silamku...