.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday 15 June 2011

f331ba92bbe8f0056ca02ca40439cbbb Kebun Cinta
Buah Cinta Zaid bin Haritsah
Jika ada penyimpan Rahsia terbaik, maka ini adalah orangnya Zaid bin Haritsah.
Beliau adalah anak angkat Rasulullah saw, sahabat juga orang yang sangat dikasihi dalam Islam.

Jika ada wanita yang sering Rasulullah SAW sebut-sebut sebagai Ibu maka wanita inilah orangnya
“Ummu Aiman adalah ibuku satu-satunya sesudah ibunda ku yang mulia wafat,
dan satu-satunya keluargaku yang masih ada.”
Inilah gambaran Kecintaan Rasulullah saw, kepada Ibu susuannya itu.

“Siapa yang mahu menikahi wanita Syurga, maka Nikahilah Ummu Aiman” Seru Rasulullah SAW
Maka Zaid bin Haritsah lah yang mengangkat tangan, ketika semua tangan ragu melihat perbezaan umur yang sangat jauh, dengan Ibu susuan Rasulullah SAW itu.
Tetapi Allah mempunyai rencana lain, selisih dua generasi antara Zaid dan Ummu Aiman, mengundang kebarakah Allah, dengan hadirnya putera mereka yang bernama Usamah bin Zaid, Panglima perang termuda dalam sejarah sahabat nabi.
Di bawah bimbingan Ummu Aiman dan Zaid , Usamah membesar menjadi anak yang Soleh
Dalam rakaman sejarah, kita lihat bagaimana Usamah menangis.
Sewaktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin Zaid datang ke hadapan Rasulullah SAW beserta serombongan anak-anak sebayanya. Mereka ingin turut jihad fi sabilillah. Sebahagian mereka diterima Rasulullah dan sebahagian lagi ditolak kerana usianya masih sangat muda.
.
Usamah bin Zaid termasuk kelompok yang tidak diterima. Kerana itu, Usamah pulang sambil menangis. Dia sangat sedih kerana tidak diperkenankan turut berperang di bawah bendera Rasulullah.
Apa yang menggerakkan si kecil Usamah untuk berperang? kalau bukan bimbingan kedua orang tuanya yang soleh

Maka benarlah ungkapan Rasulullah SAW terhadap Usamah,
“Al-Hibb wa Ibnil Hibb” (kesayangan, anak kesayangan).
Usamah lahir dari buah Cinta Lelaki Soleh Zaid bin Haritsah
Yang meletakkan cinta di tempat semestinya..


Sumber: Kebun Cinta | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/kebun-cinta/#ixzz1PMJeVhZ3

Tuesday 14 June 2011

Enta Bila Lagi?

"Arief, ana banyak baca kisah nikmatnya berpacaran selepas nikah, malah nta pun selalu aje guna ayat tu kalau melihat orang tgh bercouple kan? ye, ana akui. tp seumur hidup ana, setakat ini ana hanya membaca kisah di dalam buku sahaja, ntah bilalah pula ana sendiri dapat dengar dari mulut kenalan sendiri berdasarkan pengalamannya bercinta selepas nikah? hehe.. mana tahu nta ke org pertama yg bakal bercerita dekat ana nanti?" rakanku memulakan perbualan sewaktu diriku sedang sibuk melayan laman sesawang mencari sedikit maklumat(kononnya.. tp facebook aje) memang tersentap seketika dengan ayat dari sahabatku sebentar tadi.

"erm? apa dia akh? ana xdengar la? nta nak dengar kisah ana? haha.. silap2 nta yg citer kisah nta dekat ana dulu kot? ana lama lagi la. bnyk benda kena buat. erm, kalau nta nak dengar kisah pahlawan Tariq b Ziyad, Sultan Muhammad Al Fateh, ha.. itu ana boleh ceritakan" aku agak malas melayannya kali ini kerana agak sibuk pada waktu itu. mungkin harapan jawapanku sebentar tadi bakal mematikan perbualan pada kali ini.

" eleh.. nta ingat ana xtahu? nta xpndai sembunyikan perasaan nta.. dalam blog nta tu kenapa bnyk post pasal cinta? angau sangat ye?" aku diuji lagi.. hurm.. kali ini aku terus melayannya dan menutup komputer ribaku..

"Syeikh, ana buat mcm tu untuk peringatan buat ana. supaya ana akan memilih bakal isteri yang sebegitu. pada masa yang sama, ana hendak berkongsi dengan muslimat di luar sana. bukan apa pun. maaflah. ana sebenarnya hendak jaga betul2 hubungan ana dengan muslimat. tp xtahulah, kalau ad urusan kerja aj, mesti kena berurusan dengan mereka. tgk kerja kali ini, ana seorang sahaja lelaki syeikh, yg lain muslimat. mmg ana betul2 kena jaga batas" aku terangkan satu persatu.. agak menyimpang disitu jawapan. tp aku harap ianya tidak disedari oleh sahabatku ini bahawa aku cuba untuk mengelak..

" ye ana faham. xpelah kalau nta rasa mcm tu. ana just doakan nta berjayalah. semoga bnyk lagi post kisah sebegini.. ana suka baca.. ringkas, tp mendalam. org yg mcm 'biasa2' pun boleh faham n amik apa yg nak disampaikan. baguslah.. cuma ana nak cakap, kalau sudah berkenan, istikharah dahulu.. setelah itu, jangan lupa solat hajat.. mana tahu, doa diperkenan, maka ia akan menjadi jodoh kita? namun syeikh, kena jaga batas. semakin kita hendak mengikat sesuatu hubungan, lebih bnyk dugaan yg datang. harap nta sabar menghadapi dugaannya.. jgn cepat mengalah, dan yg paling penting, kena pandai membawa diri dan jangan sampai membawa fitnah kepada agama" MasyaAllah.. nasihat yg cukup bermakna buat masa ini. yg mmg diperlukan pada waktu ini.. aku berdiamkan diri seketika.. terfikir juga.. kenapa dengan diriku ini? semakin ramai yang berbicara soal sebegini.. hurm.. aku hanya mengiyakan. malas hendak melayan atau membantah..risau tergendala kerjaku nanti..ehehe.. ak lantas melihat kembali ke arah diriku ini.. sudah bersediakah diri ini? mmg usiaku baru mencecah 21 tahun. xkan hendak kahwin tahun ni, baru sibuk nak mencari ilmu? aku sudah mula berfikir.. Aku perlu lakukan sesuatu..

Aku hanyalah manusia yang lemah..
Namun itu tidak bermakna aku cepat mengalah..
Perjuangan ini merupakan satu lumrah..
Menjadikan diriku ini insan yg tabah..

Lumrah manusia mesti ditemani..
Semoga ianya merupakan pejuang disisi..
Yang x gentar berada di sayap kiri
Sering bersama sehidup semati..

Doa disusun memohon Rahmat..
Semoga dipertemu insan yang Thabat..
Bakal menjadi tulang yg kuat..
kasih diberi beserta taat..


Monday 13 June 2011

Harapan Setiap Insan Bernama Adam..


Saudariku..
Aku suka sekiranya engaku seperti mawar...
Aspirasi setiap mujahidah..
Dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa Keimanan..
Dan keindahan kepada Allah..

Saudariku..
Hiasilah wajahmu dengan titisan Wudhu'...
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah..
Ia tidak melihat kepada lelaki..
Dan lelaki tidak melihat kepadanya..

Saudariku..
Sesuatu yang bertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan yang terdedah..
Umpama sebutir permata yang didedahkan kepada umum..
Dengan permata yang diletakkan di dalam bekas yang tertutup..
Sudah pasti keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah..

Saudariku..
wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al Khaliq..
dalam melayari liku-liku kehidupannya..
Adalah harapan setiap insan bernama Adam..

Sunday 12 June 2011

khabar gembira dari seorang sahabat


entah kenapa rakanku begitu excited kali ini mendengar anganku yang akan menjadi kenyataan barangkali..
"arief, benarkah apa yg ana dengar? baguslah.. sebab benda yang baik tak perlu tunggu lama." rakanku menelefonku..perbualan kali ini agak panjang berbanding sebelumnya. "ana tumpang gembira..xsangka.. mungkin ini yang terbaik.. boleh ana tahu siapakah orangnya?" rakanku sudah mula bertanyakan siapakah gerangan bakal berjuang bersamaku itu." erm..erk, adalah.nta kenal orgnya itu.. ana sudah lama menunggu dia.." aku cuba memberi hint kepadanya.. mungkin dia sudah sedar siapakah orangnya barangkali..

"wuah!!! xsangka arief.. penantian nta berbaloi.. mmg dia seorg muslimah yg baik dan sesuai untuk bersama nta.." rakanku tidak dapat menyembunyikan keseronokannya.. "sabar dulu.. ini baru perancangan.. tp ana sudah bgtau parents ana. mereka sudah setuju semuanya.. kalau ada jodoh, adalah.. ana sabar menanti kali ini. dan ana benar-benar tekad.. istikharah kali ini dilakukan bagi mencari jawapan.. Allah menjadi perantara.." aku cuba menenangkan perasaanku dan mengatur kata satu persatu..

"Ana faham.. ntahlah..ana pula yg excited lebih. tp kena fikir tanggunjawab kita. bagaimana.. itu amanah..besar arief.. tp ana yakin nta mampu lakukan.. ana doakan.." rakanku memberi sedikit nasihat disamping berdoa yang terbaik bg diriku..

"InsyaAllah .. ana doakan nta juga bakal mendapat pejuang yg lebih hebat dan baik lagi.. sama2 doakan. lepas ni nta kena jaga ana. kalau ada silap dilakukan, nta kena tegur ana.. InsyaAllah ya akhi?" aku cuba memberi harapan kepada salah seorang sahabat yg aku sayangi ini..

InsyaAllah Arief,..sama-sama kita berdoa..

Doa Munajat..

Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian sejahtera nan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan Milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari pandanganku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
melontar bayangan jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan 
Adalah yang terbaik buat diriku
kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambamu ini

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjurus aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang berIMAN
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh

Amin Ya Rabbal A'lamin.




Surat Untuk Kekasihku

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.

Ba’da tahmid dan shalawat…


Sykur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


ukhti,rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf ukhti, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan ukhti, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Ukhti, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Ukhti, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Ukhti, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, Ukhti. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang lelaki soleh. Ya, lelaki soleh yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, Ukhti.


Ukhti, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, Ukhti. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku.



Maaf Ukhti, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salim A.Fillah ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’

Apa Khabar bakal isteriku


Hampir berusia 21 tahun insan ini.. melihat ramai rakanku berbicara soal rumah tangga, cinta kadang kala membuatkan aku juga berasa ingin menikmati apakah hebatnya cinta itu. Namun, Alhamdulillah. tatkala aku hendak mula hanyut, imanku mengejutkanku.. tiada cinta sebelum pernikahan. itu yg pasti. Bagiku aku sudah mula matang untuk berbicara berkaitan cinta, namun bukan untuk bercinta. aku sudah boleh mencari bakal isteriku dan berusaha untuk mendapatkannya dan bukan untuk merosakkannya.

Kini ak sendiri ternanti-nanti siapakah dia yang bakal mengisi kasih sayang di dalam hatiku ini. melengkapkan kehidupanku ini dan mencintaiku diriku ini dengan sepenuh hati setelah mencintai Allah dan Rasul. Aku mencari seorang pejuang. yang sanggup berjuang bersama-samaku. Yang Faham perjuanganku.Yang sayangkan Keluargaku. bahtera yg bakal dilayar bukanlah senang untuk di lalui kerana perlu menghadapi pelbagai dugaan. aku berdoa agar bakal isteriku merupakan seorang yg faham akan diriku dan sabar melayani kerenah diriku ini.

"mak kalau kamu nak kahwin, mak nak jumpa bakal isteri kamu.. nak tnya, sanggup ke tahan sabar dengan mohamad Arief ni." he.. pesan ibuku lagi, " kalau boleh, mak nak wanita pertama yg datang ke rumah kamu, yang kamu bawa, itulah yg kamu pilih dan kekal dengan dia. xnak hari ini bawa lain, esok bawa lain" disebabkan itu, pabila berbicara berkaitan cinta, aku tidak gemar. kerana diriku kadang kala belum bersedia. Biarlah ilmu penuh di dada. InsyaAllah, suatu hari nanti, aku akan menemui bakal isteriku yang akan ku jaga sepenuh hati.. Alhamdulillah sekali lagi, kerana aku tidak pernah lagi membawa wanita datang kerumah yg kononnya cinta sehidup semati.. 

Kepada Bakal Isteriku...

Aku mahu dirimu menjadi peneman setia perjuanganku,
Aku mahu dirimu mencintaiku bukan kerana apa yg ada pada diriku,
Tetapi cintailah diriku kerana agamaku,akhlakku.
Aku mahu dirimu melahirkan anak-anak yg berani menyambung perjuanganku,
Aku mahu dirimu menyayangi diriku seperti mana aku menyayangimu..

Kepada cintaku...

Aku sedar dirimu tidak boleh diluruskan, kerana bimbang akan patah,
Namun jika dilentur ianya akan bengkok,
Oleh itu, aku hendak dirimu faham bahawa tanggungjawab sebagai suami adalah berat,
begitu juga diriku hendak dirimu faham bahawa tggungjawab seorg isteri juga tidaklah mudah.

Kepada Teman Seperjuanganku...

Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Allah..
Setiap nafasku hanyalah pinjaman dari Allah..
Dirimu hanya pinjaman dari Allah kepadaku..
Begitu juga diriku ini hanya pinjaman kepadamu..
Jika suatu hari nanti diriku ini sudah tiada,
Janganlah hendak menangis dan patah semangat..
Teruskanlah menyambung perjuangan kita bersama...
Semoga kita bakal bertemu di syurga Abadi..


Khas buat bakal Isteriku... Apa khabar dikau di sana?.... diriku ini sedia menunggumu..