dua hari lepas..Allah..mimpi apakah ini.. aku bermimpi berjumpa dengan ayahnya di dalam mimpi.. berbual mesra.. melayan ayahnya..senang hatiku.. berbual mesra... mungkin mainan tidur sahaja barangkali duhai hati.. =) aku menegur diriku..malas hendak berbicara tentang mimpi..aku meneruskan hidup seperti biasa.. kemudian sebentar tadi..aku bermimpi lagi.. tp kali ini bermimpi umminya.. aku melawat keluarganya.. berbual mesra dengan umminya.. dan ada perasaan berkecil hati pabila umminya menegur diri ini kerana jarang bertandang ke rumah.. aku hanya mendiamkan diri dan menyatakan agak sibuk pada waktu itu..
apakah maksudnya? hurm.. adakah ini petanda dirinya adalah jodohku? Allah..bukan sekali dua..tetapi tiap kali dahi ini menyembah tikar sejadahku meminta petunjuk, banyak petanda tentang dirinya... Allah.. aku dalam dilema.. tambahan pula, semakin ramai muslimat yang hadir dalam hidupku..namun diri ini hanya optimis yang mana ianya hanya untuk bergerak kerja semata2..
Kalau benar dia adalah jodohku..aku akan pergi jauh dari hidupnya.. kerana diri ini mahu yang terbaik untuk dirinya.. diri ini hanya akan menemuinya pabila sudah bersedia untuk membina baitul muslim..
Arief Othman. nama pena penulis ini.. merupakan manusia yang biasa. sedang mencari hakikat diri sendiri. penuh dengan lumpur dosa.. namun itu tidak bererti cuba untuk mencari sinar kebahagiaan. jangan pandang masa silamku, tetapi pandanglah diriku ini..pimpinlah diriku ini.. bukan menghina dan menjauh.. ini adalah blog peribadi..