aku membuka gelanggang pantun dengan menyertai pertandingan Pantun Bestari 2011. tidak silap la.. lupa tarikh itu.. dan kini InshaAllah akan menutup tirai pantun ini di gelanggang yang sama juga.. di UM. letih, lelah smeuanya ada.. kini hanya kami bertiga sahaja. suka, tawa, semuanya dikongsi bertiga.. akan cuba timba pengalaman ini dengan sebaik mungkin. selepas ini, tidak berasa lagi untuk berada bersama satu pasukan. masing-masing membawa arah sendiri. aku akan terus bekerja walau hakikantya bercadang hendak menyambung master, Neeya kalau ada rezeki memang ingin menyambung master begitu juga Azreen. semuanya hebat2.. mungkin juga aku orang pertama dalam pasukan ini yang akan meninggalkan bumi UKM ini dahulu =)
tiba masanya, kenangan segala ilmu yang ditimba ini akan diluahkan sepenuhnya.. pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dan berusaha untuk meggarap segala masalah itu dan bertindak secara rasional untuk diselesaikan. satu per satu hujung2 sem ini masalh datang, namun hatiku cuba untuk menyelesaikan dengan hati yang terbuka. ingat lagi, "biar orang buat kita, tapi kita jangan buat orang" pesan kakakku.. aku cuba untuk ingat dan amalkan. sekarang, makin ramai yang masuk dalam hidupku.. walaupun tidak rapat, namun ianya cukup menjadikan sesuatu dalam hidup ini lebih bermakna. seperti biasa, aku melayan semua orang dengan biasa.. tidak lebih dan tidak kurang.. jenis meraikan dan melayan semua orang.. =)
tinggal 3 bulan sahaja lagi.. selepas ini, aku akan melangkah ke dunia realiti pekerjaan yang hakikatnya lebih mencabar.. doakan