.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Thursday, 9 August 2012

Al Quran

Usai mengaji, aku cuba untuk melelapkan mata. ingat lagi,letih barangkali,. ketika itu, bulan ramadhan. mengantuk dan membuatkan aku tertidur. pelajar tahun 1 di ukm pada waktu itu membuatkan aku banyak menghabiskan masa di bilik dan kolej. pada waktu itu roomateku sedang mengulang kaji pelajarannya. ketika itu juga mataku terlelap.

sedang lena tidur, aku bermimpi yang mana aku berseorangan. menghadap satu komuniti masyarakat. kebanyakan mereka memandangku. memang ketika itu aku hanya mendiamkan diri. kemudian sehinggalah muncul seorang lelaki berjubah hijau, keluar dari kelompok masyarakat tersebut. kemudian datang kepadaku, aku melihat tangannya memegang sesuatu. Ya! Al Quran! Al Quran aku tak silap,. kemudian dia menghulurkan Al Quran itu kepada aku dengan tersenyum. maka aku terus mengambil Al Quran tersebut dan terus terjaga.

ketika itu aku benar-benar terkejut dan badanku berpeluh2. walaupun tika itu tidak mengenakan baju. roomateku yg sedang khusyuk belajar terkejut dan terus menoleh kepadaku. "kenapa Arief?" dia kebingungan. kaget barangkali. "siapa kawan kau yg  beri Al Quran kat aku tadi" entah kenapa aku gelarkan kawan dia sedangkan org itu sudah berusia di dalam mimpi sebentar tadi. "kawan apa kau ni? Al Quran? mana ada? mengigau kau ni? dia cuba menenangkan aku.  "ala..ada, kawan kau bg Al Quran dekat aku tadi.." aku menjelaskan. kemudian aku melihat di sebelah kananku, Al Quran itu molek tersusun  sebelah bantalku.

Allah. aku terus terdiam sejenak. tidak tahu apa yg berlaku pada ramadhan kali ini. sebelum itu, ramdhan tahun lepas, dikejutkan dengan cahaya yg Subhanallah indahnya..benar2 di atas kepada aku dan rakanku turunnya dari langit secara perlahan.. Allahuakbar! ketika itu aku hanya mampu mengalirkan air mata. adakah ini lailatul qadar?! Allah.. aku tidak berani membuat kenyataan..maka aku tahu Allah sayangkan diriku ini..

Al Quran tersebut merupakan Al Quran yg aku sayang. itulah terjemahan pertama yg dibeli setelah lama menyimpan hasrat untuk membelinya. pernah suatu ketika sewaktu di kem, tertinggal, dan kemudian ada sahabat yg memulangkannya semula. begitu dekat denganku. kini ia bertukar tangan. telah aku hadiahkan kepada seseorang. moga dia memanfaatkan isi kandungan Al Quran itu. membacanya.. kerana ia punya jiwa...

No comments:

Post a Comment