Allahuakbar!!! ISLAM telah menang di bumi UKM. kali kedua aku memasuki pilihan raya kampus dan kali ini aku telah diberi taklifan yang sungguh besar..sebagai wakil pelajar.. teringat dahulu, sering berbual soal amanah. aku ingin menjadi seperti Umar Aziz..itu idolaku!!! namun, kini, baru ku sedar bertapa rendahnya aku untuk menjadi sepertinya.. namun aku yakin aku akan berusaha ke arah itu. dalam kesibukan, memang ramai sahabat yang berasa hati dengan diriku ini. oleh yang demikian, aku tidak pernah beritahu yang aku bertanding untuk prk kali ini. kerana aku tahu akan dihalang oleh mereka. namun aku harap mereka mengerti perjuanganku. kerana ini bukan perjuangan untuk nama,pangkat dsbg..tp ini adalah perjuangan untuk menyebarkan syiar Islam di bumi UKM ini. walhal suatu ketika dahulu, pernah juga dihalang supaya bertanding kerana risau tidak dapat memberi perhatian kepada orang sekeliling. namun aku harus akui. memang amanah ini menjadikanku sebegitu. hakikatnya ingin mencari, ingin bersama org2 yg disayangi.. namun amanah ini lebih besar.. ditambah pula dengan pelajaran dan sebagainya..
luar senyum,namun hati berat memikirkan amanah..kerana aku bukan YB, tetapi akulah kuli..
"Arief, banyak pic kau tersebar..bersabarlahya".. aku mendapat sms.. mendapat call dr sahabat2.. aku tidak tahu kenapa.rupanya poster aku yang di super imposed separuh naked disebar ke twitter, kolej dan juga fakulti. namun Alhamdulillah, rakan2 ku sempat mengutip semuanya dan membuangnya.. aku bersyukur lagi kerana pic tersebut kebanyakannya rosak sebab terkena air dek hujan pada malam tersebut. Alhamdulillah =) kalau tidak, memang malu walaupun bukan pic dri ini.namun inilah ujian. aku hanya mampu bergurau dan tidak mengambil isu itu untuk merencatkan semangatku.. hakikatnya, diri ini membawa satu semangat selain diri ini..membawa semangat orang lain bersama dengan diriku.. maaf kerana tidak mencari, kerana tidak menghubungi.. hakikatnya bukan kerana terlalu sibuk, kerana kt semua mempunyai masa yg sama 24 jam, tetapi hakikatnya aku sedar bahawa bersendiri itu penting bagi dirimu... wallahualam
No comments:
Post a Comment