benar kata orang, semakin dekat, semakin banyak ujian. kali ini sudah berkali diri ini dilamar.. diluahkan perasaan dan sebagainya. Allahurabbi.. aku hanya redha menerima ujian dan dugaan ini. kenapa tidak. perasaan cinta itu bukan aku yang paksa,maka aku tidak menyalahkan mereka. diri ini mengakui terlalu sibuk, terlalu banyak kerja,kadangkala diri sendiri tak terurus, inikan pula untuk mengambil tahu tentang diri orang lain. kalau ambil tahu ttg orang lain, mengambil berat, namun tidak diendahkan, barangkali tidak berguna juga. maka diri ini seperti selalu. membawa diri sendiri.
"Arief, sampai satu masa, kalau perlu kahwin, maka kahwinla.. atleast isteri enta boleh jaga enta.kerja pmukm ni bukan mudah.kerja nak bawa Islam ni".. nasihat seniorku.. dan Alhamdulillah dia sudah juga mendirikan baitul muslim. aku hanya mampu merenung jauh kata-katanya. sudah bersediakah aku? kalau ikutkan hati sudah bersedia. namun adakah kedua2 belh famili sudah bersedia. beri kefahaman? maka selayaknya perlu namun tidak juga mereka faham. hendak kerja part time cari duit lebih? yang xkerja sekarang ni pun xterurus. bagaimana kalau sudah bekerja nanti?"..aku hanya mampu mengeluh.. biarlah ia berlalu seperti plan asal. kalau ada jodoh awal, maka ia tidak akan ke mana..
buat bakal Isteriku yang akan bersama2 denganku..
aku memilih dikau kerana dikau faham akan perjuanganku..
justeru aku mengharapkan akan diberi sokongan bukan diberi halangan dan rajukan..
aku tidak mengharapkan apa2, cuma mengharapkan kefahaman..
maka fikrah yang jelas menjadi pilihan..
diri ini penuh dengan cacat cela, hina suatu masa dahulu..
dikau sendiri mengetahuinya, namun kini dikau sudi menerima..
Alhamdulillah dan terima kasih untuk itu..
moga kita mampu melahirkan jundi2 yang hebat..
tidak perlu menjadikan generasi yang pintar, bijak, namun akal dan adabnya jelik..
biarlah generasi kita adalah generasi yang disegani kerana akhlaknya, ilmunya, kefahamannya..
maka letakkanlah Islam itu sebagai yang teratas..
kerana kita membina baitul muslim bukan kerana cintakan pasangan..
tetapi matlamat utama adalah kerana ingin membina sebuah taman - taman di syurga...
berkat mendidik generasi yang lahirnya suatu hari nanti mampu menjadi pejuang..
mampu menyambung rantai2 perjuangan yg tidak pernah putus dan berpenghujung..
yang sentiasa mendoakan abi dan uminya..
tinggalkan perkara xpenting, dahulukan gerak kerja jemaah selepas ini =)