"arief, mana girl friend kamu?" itulah soalan yg sering dilontarkan oleh guruku kepada aku setiap kali pergi ke sekolah untuk melawat. hurm.. "xdelah cikgu,sapelah nak saya ni" aku hanya memberi jawapan sebegitu. "arh.. kamu ni..ramai yg minat, tp kamu jual mahal sangat." sinis guruku.. "senang-senang, cikgu carikan aje untuk saya..haha" aku sekadar bergurau. tapi itulah jawapanku setiap kali guruku bertanya soalan yang sama. cukup rimas.. namun kadangkala hati ini terfikir, bagaimana isteri aku nanti. dapatkah dia menerima diriku ini? perangai ku ini? sikapku ini? siapalah yang mampu membuatkan hatiku ini bertaut..
ya, tidak dinafikan, mmg sukar untukku menerima wanita dalam hidupku ini. mungkin kerana aku terlalu memilih.. namun itu tidak menjadi masalah..kerana aku yakin bakal zaujahku itu adalah org yang sempurna bagi pandangan mataku. boleh menerima kekuranganku. dan yang paling penting, aku mahu menikahi dia adalah kerana agama yg ada padanya. oleh kerana itu, biarlah aku melihat akhlaknya. mendengar khabarnya dari ahli keluarganya. kerana aku risau.. doa sering ku panjatkan agar aku menikahinya bukan kerana nafsu yang banyak cabangnya.. kepada bakal pejuang sayap kiriku, akan ku jaga hati ini agar cintaku ini hanya mampu diusik olehmu. kerna sebelum itu, tidak sesekali aku akan ungkapkan perkataan cinta kepada sesiapa kecuali hanya untuk dirimu..
Kerana Sesungguhnya Kau adalah AMANAH untukku..
No comments:
Post a Comment