.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Tuesday, 21 February 2012

sedang memandu di dalam keadaan hujan yang lebat.. agak kabur pandangan mataku ini. sempat juga aku menjeling tingkap sisi sebelah kiri. pemanduan kali ini agak berhati-hati. perlahan... aduh...lambat dah ni.. mengantuk pula tu. al maklumlah kalau hujan-hujan kena air cond kan... hurm..berat rasanya kelopak mataku ini. kemudian aku terlihat seorang pasangan berada di atas motor.. suami isteri barangkali dan ditengahnya ada seorang anak kecil yang dipelu ibunya. muda lagi pasangan ini.. hatiku mula meruntun. sedih mengenangkan budak kecil itu.



aku mengelamun sebentar.. bermonolog. kalaulah aku berada dalam keadaan sebegitu. hurm.. kesian dan isteri aku. aku ni xpelah lagi.. macam mana nasib mereka. aku cuba untuk meletakkan situasi aku ke dalam diri mereka. bukan senang hidup ini. daripada itu aku tekad. jika hendak berumah tangga, memang asas kefahaman agama itu penting. kerana lelaki perlu menjadi Imam. bernikahlah untuk mencari redha Allah. namun bagi diriku juga, di samping itu, aku perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk bakal isteriku.. kerana aku mahu menyenangkannya. tidak mengapa jika hanya mempunyai kereta kecil, kerana sekurang2nya mampu memudahkan kami untuk bergerak ke sana kemari.. pulang ke kampung halaman dan pelbagai lagi.  kemudian, biarlah ada rumah sendiri. tp jika tidak mampu, tidak salah duduk di rumah ibu ayah dahulu. memang ramai yang ingin bernikah awal. namun, aku harus berfikir sedalam-dalamnya tentang keperluan. kerana ini adalah hubungan yang panjang. hubungan hingga ke syurga. bukan hubungan untuk tempoh waktu sekejap. bagaimana dengan makan,pakai dan pelbagai lagi..


kadangkala, perkara ini membuatkan diriku berfikir,, bukan sengaja untuk melengahkan walimah dan sebagainya, namun, aku perlu berfikiran ke hadapan.. untuk menyenangkan bakal isteriku juga..

hatiku mula berkata2...

Alhamdulillah. bakal memasuki alam ke 22 pada tahun ini.. semakin matang barangkali. sempat juga pergi ke sekolah lamaku sewaktu cuti sem..
"arief? kamu bila lagi?dekat fb bukan main ayat2 jiwangnya? gatal sangat la ni?" salah seorang guruku bergurau sewaktu aku memasuki bilik guru. disebabkan diriku tahu ianya hanya gurauan, aku pun tidaklah mengambil port sangat.. "la.. sebab tulah saya datang.nak bagi kad dekat cikgu la ni.." aku tersenyum malu... "eh?betul ke ni?? awak ni.." semua cikgu menunjukkan muka excited... aku dan sahabatku masing-masing tergelak.. haha.. xdelah..saya gurau aje.. cikgu nak bergurau, saya pun bergurau lah.. hehe.. itu baru sekolah pertama..



kemudian aku menggagahkan diri untuk pergi ke pejabat pengetuaku.. Alhamdulillah. kerana baru ku tahu bahawa thun ini adalah tahun terakhir dia sebelum dia bersara pada bulan 5 ini. "arief, apa-apa pun belajar dulu.. jangan nak menggatal.." muka pengetua ku memang tegas.. namun seperti biasa, aku ni memang x makan saman.. "ala.. saya faham, tapi xsalahkan kalau kahwin sambil belajar..best apa? haha" aku sengaja mahu mengusiknya.. bukan apa, mahu "break the ice" sebenarnya.. namun Alhamdulillah.. beliau sempat juga memberitahu, kalau nak walimah, jangan lupa ajaknya.. yang mana mungkin dia akan berpindah ke Melaka dan menetap di sana. "InsyaAllah.."

hurm... itu baru sedikit..namun ada juga guruku yang bertanya, "arief, awak bila lagi?" mak ai..ada yang nak cepat.ada yang nak suruh aku habis belajar dulu. tapi bagi aku, biarlah diri ini menghabiskan dahulu sisa baki pembelajaran aku yang hanya tinggal setahun setengah.. seterusnya, ada rezeki, ada jodoh, Ya,,, moga dipermudahkan urusan ini  oleh Allah.