.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Tuesday, 21 February 2012

hatiku mula berkata2...

Alhamdulillah. bakal memasuki alam ke 22 pada tahun ini.. semakin matang barangkali. sempat juga pergi ke sekolah lamaku sewaktu cuti sem..
"arief? kamu bila lagi?dekat fb bukan main ayat2 jiwangnya? gatal sangat la ni?" salah seorang guruku bergurau sewaktu aku memasuki bilik guru. disebabkan diriku tahu ianya hanya gurauan, aku pun tidaklah mengambil port sangat.. "la.. sebab tulah saya datang.nak bagi kad dekat cikgu la ni.." aku tersenyum malu... "eh?betul ke ni?? awak ni.." semua cikgu menunjukkan muka excited... aku dan sahabatku masing-masing tergelak.. haha.. xdelah..saya gurau aje.. cikgu nak bergurau, saya pun bergurau lah.. hehe.. itu baru sekolah pertama..



kemudian aku menggagahkan diri untuk pergi ke pejabat pengetuaku.. Alhamdulillah. kerana baru ku tahu bahawa thun ini adalah tahun terakhir dia sebelum dia bersara pada bulan 5 ini. "arief, apa-apa pun belajar dulu.. jangan nak menggatal.." muka pengetua ku memang tegas.. namun seperti biasa, aku ni memang x makan saman.. "ala.. saya faham, tapi xsalahkan kalau kahwin sambil belajar..best apa? haha" aku sengaja mahu mengusiknya.. bukan apa, mahu "break the ice" sebenarnya.. namun Alhamdulillah.. beliau sempat juga memberitahu, kalau nak walimah, jangan lupa ajaknya.. yang mana mungkin dia akan berpindah ke Melaka dan menetap di sana. "InsyaAllah.."

hurm... itu baru sedikit..namun ada juga guruku yang bertanya, "arief, awak bila lagi?" mak ai..ada yang nak cepat.ada yang nak suruh aku habis belajar dulu. tapi bagi aku, biarlah diri ini menghabiskan dahulu sisa baki pembelajaran aku yang hanya tinggal setahun setengah.. seterusnya, ada rezeki, ada jodoh, Ya,,, moga dipermudahkan urusan ini  oleh Allah.

No comments:

Post a Comment