sedang memandu di dalam keadaan hujan yang lebat.. agak kabur pandangan mataku ini. sempat juga aku menjeling tingkap sisi sebelah kiri. pemanduan kali ini agak berhati-hati. perlahan... aduh...lambat dah ni.. mengantuk pula tu. al maklumlah kalau hujan-hujan kena air cond kan... hurm..berat rasanya kelopak mataku ini. kemudian aku terlihat seorang pasangan berada di atas motor.. suami isteri barangkali dan ditengahnya ada seorang anak kecil yang dipelu ibunya. muda lagi pasangan ini.. hatiku mula meruntun. sedih mengenangkan budak kecil itu.
aku mengelamun sebentar.. bermonolog. kalaulah aku berada dalam keadaan sebegitu. hurm.. kesian dan isteri aku. aku ni xpelah lagi.. macam mana nasib mereka. aku cuba untuk meletakkan situasi aku ke dalam diri mereka. bukan senang hidup ini. daripada itu aku tekad. jika hendak berumah tangga, memang asas kefahaman agama itu penting. kerana lelaki perlu menjadi Imam. bernikahlah untuk mencari redha Allah. namun bagi diriku juga, di samping itu, aku perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk bakal isteriku.. kerana aku mahu menyenangkannya. tidak mengapa jika hanya mempunyai kereta kecil, kerana sekurang2nya mampu memudahkan kami untuk bergerak ke sana kemari.. pulang ke kampung halaman dan pelbagai lagi. kemudian, biarlah ada rumah sendiri. tp jika tidak mampu, tidak salah duduk di rumah ibu ayah dahulu. memang ramai yang ingin bernikah awal. namun, aku harus berfikir sedalam-dalamnya tentang keperluan. kerana ini adalah hubungan yang panjang. hubungan hingga ke syurga. bukan hubungan untuk tempoh waktu sekejap. bagaimana dengan makan,pakai dan pelbagai lagi..
kadangkala, perkara ini membuatkan diriku berfikir,, bukan sengaja untuk melengahkan walimah dan sebagainya, namun, aku perlu berfikiran ke hadapan.. untuk menyenangkan bakal isteriku juga..
Arief Othman. nama pena penulis ini.. merupakan manusia yang biasa. sedang mencari hakikat diri sendiri. penuh dengan lumpur dosa.. namun itu tidak bererti cuba untuk mencari sinar kebahagiaan. jangan pandang masa silamku, tetapi pandanglah diriku ini..pimpinlah diriku ini.. bukan menghina dan menjauh.. ini adalah blog peribadi..
untungla kepada bakal pelengkap rusuk kiri awk...haha
ReplyDeleteke sy yg untung ? haha
ReplyDelete"Ya Allah, permudahkan urusannya.."
ReplyDelete