teringat kata2 dari adikku.. "abang nanti nak kahwin, kesianlah shah.. mesti lupakan shah.. mesti kena fokus dengan keluarga" hurm..itu yg keluar dari mulutnya.. aku hanya mendiamkan diri..erm, memikirkan jawapan.. erm, "abang seperti biasalah.. kalau dah berumah tangga, abang akan jadi suami, maka menjadi tanggungjawab abang untuk menjaga keluarga.. tp, itu xbermakna nak lupakan Shah terus la.. silap2, Shah yang lupakan abang" aku hanya tersenyum melihat telatahnya.. dia menundukkan mukanya..ya,selalu menundukkan mukanya bila aku bercakap...fokus..dan kalau aku memandang tempat lain jika dia berbicara, maka dia akan memarahi aku..hurm..jelas riak sedih diwajahnya.."sayang juga dia dekat abang dia ni.. " bisik hatiku.. "ala..memang Shah nak lupakan abang pun bila abang nak kahwin besok.. Shah nak pergi jauh dari hidup abang.." dia membalas.. Allah.. budak2.. mungkin dia berkata berdasarkan pengalamannya sewaktu dengan kakaknya.. ya, budak2 mungkin tidak suka org yang dikasihinya "dirampas" oleh orang lain.. mereka inginkan perhatian..
sampai begitu sekali..seperti mengugut diri ini.takkanlah smpai dia mahu lupakan aku terus. aku hanya mendiamkan diri..tidak mahu untuk berbahas.. kerana bagiku,biarlah dia reda dahulu..tapi perkara itu seringkali diungkit...sehinggalah aku sendiri menjadi sebak mendengarnya..aku sudah mempunyai perancangan masa hadapan. even aku sudah berumah tangga sekalipun. dia tetap akan dilayan seperti adikku juga..tidak lebih dan tidak kurang..
Ya, dia memang banyak kali terasa hati dengan sikapku.. terasa hati kerana aku selalu mengguris hatinya..namun, hanya Allah yang tahu bertapa aku sayangkan ukwah ini.. hurm.. semalam memang dia kecewa sangat denganku.. aku berasa bersalah sehingga sekarang ini..namun,apakan daya..aku hanya manusia yang lemah.. kali ini aku berusaha untuk menjaga hatinya.. dalam tempoh dua tahun ini, memang aku akan fokus kepadanya..InsyaAllah.. biarlah apa orang nak cakap. pernah juga dia berasa sangat kecewa, tetapi aku berasa biasa sahaja.. tapi pernah juga aku berasa sangat marah, tetapi dia buat muka slumber.. maka, aku perlu menjadi lebih penyabar agaknya.. hurm..anggap ajalah ini latihan menguji kesabaran sebelum tempoh berkehidupan berumah tangga..hehe..
Dalam pada waktu itu juga, aku bersyukur kerana ada yang selalu memberi suntikan semangat. sebelum ini aku jrg untuk membalas dan melayan sms kerana terlalu sibuk, namun kini, aku punyai sedikit masa.. Terima kasih.. selain dari family, guru, ada dua insan yang memang aku hargai dalam hidupku ini.. seorang adalah bakal zaujahku...dan seorang lagi adalah adikku.. aku tidak pernah memilih siapa dan mengapa.. apa yg penting adalah moga ukwah ini berada di landasan yang betul...Thanxs for the Text..
Ya Allah, titipkanlah rahmatMu kepada si dia dalam berjuang di jalanMu,
Peliharalah dia dari berputus asa..
Tatkala dia lemah,bangkitkanlah dia dengan petunjukMu,
Jadikanlah kegembiraan dan kebahagiaannya hadir dariMu dan keranaMu,
Tatkala dia berasa letih, berikanlah ruang padanya untuk bernafas dengan kasih sayangMu,
Tatkala tiada yang memahami dirinya,
Tunjukkanlah kasih sayangMu kepadanya..
kerana aku yakin,hanya Engkau Ya Allah,
Sebaik-baik pemelihara untukknya..
Sebaik-baik pemelihara untukknya..
Amin Ya Allah...
No comments:
Post a Comment