hidup ini tidak selalunya indah.. Alhamdulillah, ujian yang turun ini memberikan aku kekuatan untuk lebih memahami dan mendalami diri ini.. 22 tahun bakal digenapkan pada 25 julai ini.. bulan depan.. ya..sudah 22 tahun..mungkin itu proses untuk mematangkan lagi segala tindakan.. sungguh usia ini semakin matang...maka diri ini perlu bergerak ke arahnya.. "mak xnak nnti nak bertunang lama-lama.. cepat sikit nikah tu.."pesan ibuku.. "abang, jangan lama2 sangat.. cepat2 sikit"..usik adiknya.. aku hanya mendiamkan diri..kalau mereka sedar kondisi diri ini..mungkin mereka tidak berkata sebegitu. tertekan? tidak, kerana aku yakin dengan pilihan yang aku buat.. aku yakin dengan bakal isteriku yang setia menunggu diriku.. sedikit masa sahaja lagi.. banyak benda yang perlu difikirkan sebenarnya.. aku inginkan rumah, kereta supaya menyenangkan zaujahku... supaya dia selesa berada disampingku..kalau ikutkan hati, ya sekarang juga boleh bernikah.. mampu untuk menyara keduanya..namun keselesaan dan masa bagaimana pula.. seringkali masa untuk diri sendiri diabaikan...
aku sedar bahawa barangkali dirinya terasa kerana melebihkan diri orang lain daripada dirinya.. namun aku mengerti bahawa dia faham bahawa Cinta Selepas Nikah itu adalah yang paling Indah.. sebelum itu, aku ingin menunaikan umrah sebelum mendirikan masjid.. kemudian, ingin sekali menyimpan wang agar dapat pergi menunaikan rukun fardhu yang kelima itu bersama-sama.. itu yang aku sering doakan dan panjatkan.. selesa bersamanya.. senang..dia faham, dia penyabar.. kadangkala diri ini selalu buat xtahu..tp dia mengerti..kalau aku api, dia cuba menjadi air.. kalau dia cuba menjadi api, aku cuba menjadi air.. ini adalah proses untuk saling memahami dan mengerti pasangan..aku yakin , dengan izin Allah, pilihan hati ini adalah tepat.. telah bawa berjumpa dengan ahli keluargaku, memang mereka menyenanginya..
aku yakin, dia bakal melahirkan jundi2 pejuang yg hebat mengalahkan abah dan umminya.. yg mampu mendidik anak2ku menjadi anak yg soleh.. sudah pandai membaca seusia 3 tahun.. menjadi hafiz dan hafizah.. disegani oleh masyarakat..dan menjadi antara mereka yang berjuang demi Islam.. didikan untuk menjadi anak yang soleh mampu dipikul bersama.. kerana kalau aku sudah tiada, sekurang2nya amalan akan bertambah dengan doa anak yang soleh.. buat bakal zaujahku.........
Aku tidak mengharapkan apa-apa dari dirimu,
cuma aku mengharapkan bahawa dirimu faham tentang sifat diriku ini,
moga dirimu penyabar,tenang, dan bersama-sama dalam susah dan senang.
Aku hanya manusia yang lemah dan tidaklah sehebat Yusuf yang mampu meruntuhkan nafsunya,
Aku juga bukanlah sehebat Muhammad yang mampu menawan Khadijah,
namun aku berusaha menjadi seperti mereka..
Aku cintakan perjuangan Muhammad... aku kagum dengan persahabatan Abu Bakar,. aku bangga dengan perjuangan Al Fateh.. aku hormati Kerendahan budi Umar Aziz..
moga kita bakal mencorak golongan seperti ini yang mampu membawa panji2 Islam suatu hari nanti..
TAKBIR!!!
p/s: tp syarat dia, mesti kena pandai masak ayam masak lemak cili api dan rendang ayam =)
No comments:
Post a Comment