.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday, 19 June 2013

Warkah terakhir untuk dikongsi

Ini adalah blog peribadi. Blog keduaku. Pernah juga share dengan beberapa orang tertentu dan yang pastinya dia adalah orang terpenting dalam hidupku. Alhamdulillah. sudah 3 tahun berada di bumi UKM. Banyak ilmu yang aku pelajari sehingga membuatkan aku lebih kuat dan matang dari hari ke hari. Kini masing-masing hendak membawa diri. Masing-masing hendak pergi dengan haluan dan cita-cita masing-masing.

Jika mereka ingat, aku pernah buat status pasal perpisahan bersama rakan kelas di setiap penghujung sem. Namun ramai cakap, aku merepek. Lama lagi. Kini masanya sudah siap dan kelihatan ramai dalam kalangan mereka yang sudah mula post ayat-ayat sedih, meminta maaf dan sebagainya. Aku hanya melihat, dan tersenyum. Aku sudah rasa perasaan itu lebih lama lagi daripada mereka. Jarang hendak lihat rakan sekelas kita bersama. Ya, memang jarang. Dahulu, harapanku adalah ingin menutup lembaran UKM ini dengan satu peristiwa yang sangat manis untuk dikenang. Tapi penghujungnya aku hampa. Kecewa. Aku merenung, dan terdiam. "ala.mula-mula saja mereka sedih, nanti dah kerja, masing-masing lupalah tu. xpaya nak nangis sangatlah" Aku cuba memujuk hati dan rakan yang menyatakan kesedihannya kepadaku.

Dahulu aku berasa sedih hendak meninggalkan UKM ini. Namun kini tidak lagi. im feel blown! tolong cepatkan masa berlalu. Kisah gereja yang dua batu batanya diletakkan dengan tidak betul. Namun tetap diminati orang ramai kerana mereka memandang keseluruhan banggunan tersebut dan bukannya dua buah batu itu. Ternyata aku silap. sukar untuk melakukan dan mempraktiskannya.  

kepada rakan perempuan, minta maaf sebab aku aja yang selalu nak betul. Aku tak nak mengalah. Aku sangat garang, cakap lepas, cakap ikut sedap hati. Maaf tak pandai layan perasaan kalian. Cuba untuk menjadi rapat namun tidak mampu. Kerana batasnya. Fadzlun orang yang berani duduk di sebelah kiri seat driver.. nini pun pernah juga time aku memandu walhal dah beritahu hanya isteriku sahaja yang boleh duduk disebelah ku.. Faedzah yang selalu menyanyi dan gaduh dalam kereta tentang pichting nyanyian. Kinah, Farhana, Akidah yang sentiasa diam. Tapi aku sangat hormati. Far ain dan Ida yang sangat nakal dan manja yang perangainya sama sahaja seperti Idiani. Wada seperti keibuan di samping Hana yang sangat mengawal sahabat2nya. Tegas dan peka. =) Wani yang sangat menenangkan saya jika saya marah, begitu juga dengan Ann yang diam namun sangat baik orangnya.. Sha yang selalu dengan futsalnya dan Mimi seorang yang kuat semangat! u totally change Mimi n im pray that u will get a better person in ur life.. 

Kepada rakan lelaki dan sahabat lelaki. Sangat sabar kamu semua dengan telatah dan kerenah Arief Othman. Azrai seorang abang yang baik. Sangat bagus dan diam saja. Kevin, we re getting closer since we last sem in UKM. And Im thankfull for that. Resan, muka jangan serius sangat, senyum la sikit. =) Pravin teruskan menjaga badan supaya tough mcm Aron Aziz. Vinoth, u sangat care dengan i bila kita buat thesis sama2sama. terima kasih untuk itu. Wan toi, sori xrapat sangat, tapi sangat respect dengan kau. Rajin dan komited. Teruskan! Abang lom. hehe.. nakal.. banyak kerenah. banyak telatah. kadang2 letih juga melayan. tapi seronok. Banyak terasa dengan aku barangkali, namun aku tak pernah minta maaf. Minta maaf banyak2 kalau aku buat kau terasa, tapi kau banyak sangat tolong aku dan aku ucap terima kasih untuk itu. Ijat, kita x rapat sangat, kau selalu dengan dak kos lain. Tapi aku ingat waktu kita ke zoo melaka. Itu kita keluar sama. Buntham, sekarang bila tahun 3, kita da jarang sikit keluar makan sama. hehe.. but its ok. yang penting kita tetap rapat.=) Naim, sila jangan banyak main-main. Sudah besar kot. 23 tahun. Jangan loya buruk. Tapi kau kadangkala sangat memberi nasihat dan responsif tentang apa yang berlaku dekat kawan-kawan kau. Soleh? diva sangat. selalu ajak keluar tapi jarang sebab kau selalu tak da. Syukur kenal kau. Waktu aku ke kelantan tempoh hari, terima kasih bawa g tumpat dr KB. Khai, kita pernah rapat tahun 1 dulu. Sori ya sekarang tak rapat sangat. but atleast kita pernah keluar sama waktu tu pergi Mines! =) And the last is Gmie. Terima kasih sebab faham aku. Kalau aku marah2, kau diam. Kalau aku cakap itu ini, kau ikut juga. Sebab kau sabar dan tahu nak adapt dengan aku barangkali. Aku selalu cakap, lepas ni kita takkan jumpa da. Tapi kau selalu pesan, kita akan dapat jumpa sebab rumah akak aku ada kat sini. aku hanya tersenyum, namun aku tak percayakan itu sebenarnya. Kau orang pertama aku kenal. "Aku tak suka tangkap gambar, sebab nanti aku kalau tengok balik, aku akan sedih".. Aku ingat kata2 kau la.=)

Rakan dan Sahabat, aku mungkin bukan sahabat yang paling sempurna yang pernah hadir dalam hidup kalian. Aku jahat, aku pernah buat korang kecil hati, aku pernah buat korang terasa dan aku pernah buat juga orang benci aku. Dengan rasa rendah hati aku ingin memohon maaf atas segala khilaf aku. Dalam hati, jujur aku tak suka orang usik kawan aku. tak suka orang marah kawan aku. tak suka tengok kawan kita sedih, kawan kita down. Maaf juga kerana selalu dengan gang2 ISIUKM.. dengan gang2 ustaz n ustazah.. maaf sebab selalu sibuk since tahun1... Kevin pernah pesan, jika ada orang pernah buat u kecewa, sedih, kalau dia biarkan u maknanya u lupakan je dia. Tapi jika dia datang semula dekat u, maknanya dia itu sahabat u. Sahabat dan rakan adalah sesuatu yang sangat berbeza. Selang beberapa hari lagi kita akan pergi tinggalkan bumi UKM. Selang beberapa bulan kita akan berjumpa untuk menerima ijazah. Selang beberapa masa, kita tidak tahu apa pula yang akan berlaku. Maka, Maafkan saya. Mungkin kita tidak dapat jumpa lagi lepas ni, siapa yang tahu.. 

Maaf kerana tidak dapat tulis di pasir..


Aku tidak mahu tulis di pasir,
Aku tidak mahu ukir di batu,
Aku hanya mahu menaip.
Pasir akan hapus dihempas ombak,
Ukiran akan hilang dilitup lumut,
Blog ini akan tetap begini..
10,20,30,40,50 tahun lagi...
Ia akan tetap begini walaupun jika aku sudah tiada.. =)


No comments:

Post a Comment