.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Thursday 20 June 2013

Warkah pantun terakhir..

Warkah Terakhir
Tempat : 406, Blok k5A,Kolej Aminuddin Baki
Traikh : 20/06/2013
Masa : 05:12PM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahun 1, saya hanya merupakan manusia biasa. Masuk pantun pun kerana dipaksa. Jujur ini adalah perancangan Allah dan dicaturkan olehNya. begitu juga dengan Azreen. Saya mengenali Neeya ketika masuk pantun UKM juga. Namun tidak pernah bertegur. Ketika itu saya hanya mempunyai Azreen untuk belajar berpantun dan kekuatan saya dalam arena pantun ini.

Ketika memasuki pertandingan, perkampungan diadakan sangat berat rasanya. Ketika itu Azreen, Awwab dan Ayu. Latihan di IZISH. Jujur rasa malas dan malu kerana tiada kawan. Namun teruskan juga, malah sebilik dengan Awwab pula ketika itu. Orang yang tidak kenal. Teruskan dan akhirnya masa dan latihan pantun ini menjadikan kami rapat. Awwab, mesti ingat lagi ketika diorang lain makan durin, kita ajar Azreen baca pantun yang mana ketika itu kita ikut mazhab kita sendiri. Sedap Azreen baca. Lepas tu bila A. Iejan dengar, Azreen kena kutuk dan kita hanya tergelak sahaja. Azreen, kau sangat sabar dengan aku. Mana tidaknya, kau lah orang yang selalu dengan aku, selalu menangis dengan sikap aku. Sebab hati kau sangat lembut, tapi lama-lama kau ok. Hati kau jadi sangat kuat. 

Awwab, ingat lagi waktu hantar kau balik. 2 kali. 2nd times kita singgah kat McD. haha.. Then bila aku balik waktu dari hantar kau, aku sesat. tapi Alhamdulillah aku ok. Jumpa juga jalan. Ayu? sangat baik. Kutuk la dia, senyum aja. Sempoi. Pergi Melaka sama2 dan makan ikan bakar. Semalam dengar kau n Awwab pergi Melaka. So, dalam diam teringat kenangan dulu. Dalam hati, hurm.. bila la kita nak pergi sama lagi..

Selepas tu, mula rapat dengan Neeya. Mula2 rasa janggal. Bila jumpa, dia dan kakaknya Ain lebih banyak main waktu latihan. Rimas juga waktu tu, berborak aja. Orang nak latihan terus dok melayan dia bercakap. Sebab tu juga Azreen duduk sorang2 kat hujung kerusi. Nak fokus kononnya. haha.. Tapi lama kelamaan, Neeya mula berubah. Setiap latihan dari hari ke hari, dia mula belajar dan lebih fokus. Mungkin penangan menjadi pengajar juga dan itu merubah dia 100%. Neeya, terima kasih sebab ajar aku. Faham dan layan otak aku yang gila ni. hehe

Abg iejan. Mula-mula sangat takut dengan dia.. Bila kena baca pantun aja dah rasa gelisah dah. Apalah nak jadi. "kau ni la anak murid paling derhaka" cakap abg iejan waktu tahun 1 ketika itu. Mana taknya, aku melawan cakap dia ketika jawab pantun. Haha.. dia cakap A, aku cakap B... semua gelak aja. Waktu tu juga A.Iejan cakap aku ni angin. kejap boleh jawab, kejap xboleh jawab.. hehe

A.Wan. mula2 masuk muka stress. jam 8.00pm kat Dectar latihan. Kami datang jam 8.15 tgk Abg wan dan duduk kat sana. sedih rasanya sebab kami x punctual. Mana tidaknya rasa menyusahkan orang. Tapi sangat best dengan A.Wan. u re just like a brother to me. Sangat meneutralkan keadaan. Tapi suka bila a.Wan buatkan kami pantun jenaka. Sangat saintifik sangat jenaka dia. Ketika itu saya hny pndang neeya, neeya pndang saya dan buat muka pelik.haha.. tp Abg Wan sangat baik.. thanks so much..

Kakton. lepas ni xnk panggil kak ton. Panggil mama ton je.. hehe. Mula-mula sangat takut. Gugup dengannya. Garang? tak garang. Sy semua tahu yang kadang2 kak ton ada terasa dengan kami. Sikap kami. Selepas tu, bila kak Ton pulang, saya dan neeya n Azreen selalu akan cuba positifkan balik keadaan. Pandang dari sudut positif setiap kritikan dari kak ton. memang betul sebenanrya. Semalam sempat berbual dengan kakton. Ya. Kak ton ceritakan pengalamannya sebelum ini. Sangat sedih, dan baru kami faham. Kalau latihan, kakton selalu bawa makanan. Moga dihalalkan ya semuanya. Terima kasih menjadi pengurus terbaik kami dan kami perasan mata kak ton akan merah dan berair tiap kali kami kalah dalam pantun. :p

Che Lah, terima kasih kerana mengajar kami dalam pantun. Ajar cara bacaan, Intonasi dan sebagainya.. Moga dihalalkan ilmu dan terima kasih untuk itu. 

Dr Zubir, terima kasih juga untuk segalanya. Waktu Bestari dr banyak tolong kami. teman kami, Bawakan cucur udang untuk kami. Tengok kami latihan dan cek pantun kami. ketika bestari, Saya, Azreen dan Neeya sangat rasa tiada tempat bergantung. Memang semuanya atas usaha sendiri. Nasib baik kami konsisten latihan ketika itu. Memang ia hasil usaha dari kami namun beserta juga dengan dorongan dan panduan dari Dr. Sangat sebak  sebenarnya ketika itu. Menangis depan dr, semua tu perkara biasa. Terima kasih untuk buku sulalatus Salatin dari Dr. Saya akan menjadi pengembara Alam Melayu selepas ini. =) Terkilan xdapat tulis di buku kenangan itu.. ='(

Abg Adham, Abg Firdaus dan Abg Pijon. Abg Pijon sangat garang. Serius dan sampai sekarang xleh nak masuk dengan dia. Segan sangat. Abg Firdaus, baru kenal n jumpa time pantun (time debat xnk ingat)... Best! dia gelakkan saya punya pantun, tpi saya xrasa apa2. saya gelak lagi adalah. haha.. Sangat diam, dan slumber je. kadang2 tergelak aja tengok gelagatnya. Abg Adham. Abang juga.. Senang nak adapt dengannya. Baik, slumber dan sangat menenangkan kami..

Adik2 pantun yg baru, Ainur, Syikin, Lulu, Efi, tolong belajar dan serius dalam latihan. jangan terlalu bergantung kepada U lain. UKM ada acuan tersendiri. Ikut acuan tersebut dan praktiskan. All of u have ur own potential dan warna tersendiri. Serlahkanlah dan jangan simpan! Buat yang terbaik, kalau latihan, serius dan buat pantun, buat pantun dan buat pantun!!! Jangan tengok internet, jangan tny dak u lain. Sebab korg pnya pantun sebenarnya lg sedap dari bebudak lain.. =)

Saya Arief Othman, A132902 ingin meminta maaf atas keterlanjuran kata, tingkah laku dan sebagainya. Saya mohon, jika ada hutang sana sini, sila tuntut kepada saya. Jika Kalin ada berhutang dengan saya, tidak mengapa, saya halalkan kerana saya tahu duit itu pasti digunakan untuk jalan yang berfaedah. 

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
kalau dikenang bertambah rindu..

Final Touched : 05:49 pm
Mood : Relaxing

No comments:

Post a Comment