.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Sunday 12 June 2011

Apa Khabar bakal isteriku


Hampir berusia 21 tahun insan ini.. melihat ramai rakanku berbicara soal rumah tangga, cinta kadang kala membuatkan aku juga berasa ingin menikmati apakah hebatnya cinta itu. Namun, Alhamdulillah. tatkala aku hendak mula hanyut, imanku mengejutkanku.. tiada cinta sebelum pernikahan. itu yg pasti. Bagiku aku sudah mula matang untuk berbicara berkaitan cinta, namun bukan untuk bercinta. aku sudah boleh mencari bakal isteriku dan berusaha untuk mendapatkannya dan bukan untuk merosakkannya.

Kini ak sendiri ternanti-nanti siapakah dia yang bakal mengisi kasih sayang di dalam hatiku ini. melengkapkan kehidupanku ini dan mencintaiku diriku ini dengan sepenuh hati setelah mencintai Allah dan Rasul. Aku mencari seorang pejuang. yang sanggup berjuang bersama-samaku. Yang Faham perjuanganku.Yang sayangkan Keluargaku. bahtera yg bakal dilayar bukanlah senang untuk di lalui kerana perlu menghadapi pelbagai dugaan. aku berdoa agar bakal isteriku merupakan seorang yg faham akan diriku dan sabar melayani kerenah diriku ini.

"mak kalau kamu nak kahwin, mak nak jumpa bakal isteri kamu.. nak tnya, sanggup ke tahan sabar dengan mohamad Arief ni." he.. pesan ibuku lagi, " kalau boleh, mak nak wanita pertama yg datang ke rumah kamu, yang kamu bawa, itulah yg kamu pilih dan kekal dengan dia. xnak hari ini bawa lain, esok bawa lain" disebabkan itu, pabila berbicara berkaitan cinta, aku tidak gemar. kerana diriku kadang kala belum bersedia. Biarlah ilmu penuh di dada. InsyaAllah, suatu hari nanti, aku akan menemui bakal isteriku yang akan ku jaga sepenuh hati.. Alhamdulillah sekali lagi, kerana aku tidak pernah lagi membawa wanita datang kerumah yg kononnya cinta sehidup semati.. 

Kepada Bakal Isteriku...

Aku mahu dirimu menjadi peneman setia perjuanganku,
Aku mahu dirimu mencintaiku bukan kerana apa yg ada pada diriku,
Tetapi cintailah diriku kerana agamaku,akhlakku.
Aku mahu dirimu melahirkan anak-anak yg berani menyambung perjuanganku,
Aku mahu dirimu menyayangi diriku seperti mana aku menyayangimu..

Kepada cintaku...

Aku sedar dirimu tidak boleh diluruskan, kerana bimbang akan patah,
Namun jika dilentur ianya akan bengkok,
Oleh itu, aku hendak dirimu faham bahawa tanggungjawab sebagai suami adalah berat,
begitu juga diriku hendak dirimu faham bahawa tggungjawab seorg isteri juga tidaklah mudah.

Kepada Teman Seperjuanganku...

Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Allah..
Setiap nafasku hanyalah pinjaman dari Allah..
Dirimu hanya pinjaman dari Allah kepadaku..
Begitu juga diriku ini hanya pinjaman kepadamu..
Jika suatu hari nanti diriku ini sudah tiada,
Janganlah hendak menangis dan patah semangat..
Teruskanlah menyambung perjuangan kita bersama...
Semoga kita bakal bertemu di syurga Abadi..


Khas buat bakal Isteriku... Apa khabar dikau di sana?.... diriku ini sedia menunggumu..

5 comments:

  1. Moga cepat bertemu jodoh.. first entry pasal cinta ke Arief?? hihihi..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. insyaallah , allah pasti akan tmukan abg arief dgn jodoh yang terbaik yang abg inginkan :) amin2

    ReplyDelete
  4. semoga berkekalan hingga ke akhirnya.insyaALLAH..=)

    ReplyDelete
  5. cinta adalah suatu tanggungjawab yang memerlukan keikhlasan hati yang tinggi. Ikhlasnya seseorang kerana cinta akan menerima segala kekurangan dan kelemahan. ikhlasnya dia dengan Allah ikhlaslah juga hatinya dengan ibu bapanya apatah lagi suaminya. sudah tiba masanya mencari keikhlasan itu :) semoaga abg Arif berjumpa jodoh yang baik itu :D

    ReplyDelete