.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Sunday, 14 August 2011

Jauhkanlah dia dariku jika dia adalah jodohku..


Ya Allah...
jika benar ia adalah cintaku, maka kau jauhkanlah dia dariku..
kerana aku takut Ya Allah..
kerana takut manisnya perasaan ini akan hilang sewaktu dia sudah sah menjadi milikku..
Ya Allah...
Jika benar ia adalah pelengkap kepada tulang rusukku..
maka kau jagalah hatinya..
kerana diriku takut hatinya diuji oleh mana-mana muslimin pada ketika itu..
Ya Allah...
adalah tidak adil jika aku ini hanya meminta akan kesempurnaan darinya sahaja..
oleh itu Ya Allah...
Kau bimbinglah diriku ini..
kuatkanlah hatiku ini agar cintaku ini hanya untuknya sahaja..
tabahkanlah hatiku ini untuk menerima segala ujian dalam hidup ini..
Ya Allah..
kuatkan hatiku ini..
agar mampu untuk melawan nafsu dari melakukan segala maksiat..
kupohon juga.. agar hatiku ini kuat untuk tidak berhubung dengannya..
cukuplah sekadar mendoakan kebaikan buat dirinya dan keluarganya..
Ya Allah...
namun jika sudah tertulis bahawa dia bukan milikku...
kau tabahkanlah hatiku ini..
agar aku mampu menerimanya dengan redha dan pasrah..
kerana hanya engkau yang lebih memahami..

1 comment: