teringat kisah.. dahulu di Semashur.. ketika itu aku di tingkatan 4. ada pertandingan forum remaja. kebetulan ketika itu pertandingannya dua hari, dan giliran kami adlaah pada hari kedua. maka pada hari pertama aku datang untuk melihat sahaja. sahabatku, Fadia menjadi pengerusi forum ketika itu. "Arief, aku ada kawan, nak jumpa x? " dia mengajakku.. aku hanya menggelengkan kepala.. entah kenapa rasa risau dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Fadia pula merajuk. "hurm.sudahlah kau..aku pergi sendiri aje..berlagak!" itulah Nur Fadia ilham.. sahabatku.. memang macam tu..tp kami macam adik beradik. selalu bergaduh.. ingat lagi ketika itu aku duduk di belakang dewan. Forum Remaja? argh!! bosan..mengantuk.. kemudian terus balik dan berlatih semula..
esok giliran kami. giliran yang terakhir tidak silap. ketika perform, ramai yang terpegun. ramai yang mendengar. tidak seperti sekolah lain. ketika itu Semashur sudah membuat persembahannya.. maka kami harus perform lebih baik dari mereka.. ketika di atas pentas, aku melihat seorang penjaga masa. tersenyum sahaja dia.. aku memerhatikannya.. tersenyum juga aku.. entah kenapa memang ketika apa2 pertandingan, aku akan senyum.. itu normal.. =_=" selepas persembahan, aku bersama rakana2 team forum mencari makanan. ketika itu Fadia cakap dia hendak jumpa kawan yg dia jumpa di kem pengawas. Kawan dia yg semalam. "ha! nak ikut!!! hehe.." aku memberitahu Fadia.. "kau ni sibuk aj.semalam jual mahal.."Fadia membalas.. namun aku tetap mengikut.. kemudian jumpalah.. sahabat Fadia yang dr semalam nak jumpa sangat tu.. hari itu 26.04.2006... kemudian aku cuba menegur..siapa nama? rakan fadia pun menjawab.. entah.. aku lupa.. ingat nama ayahnya..Abu Bakar (slumber je..sebenarnya silap).. sekejap sahaja dan kemudian kami beredar..
pengunguman dibuat, dan kami mendapat naib johan. Alhamdulillah. pencapaian yg terbaik setakat ini.. kemudian, start dari situ, aku rasa sesuatu.. entah kenapa, aku rasa terkenang seseorang.hurm.. "Fadia, nak no dia.. kawan kau tu" aku meminta.. "Wuahh!!! Arief dah jatuh cinta!! first time tgk arip jatuh cinta!".. Haisyh..memang sabar jelah dengan Fadia ni..aku pula ketika itu memang jahil.. haha.. budak2..malu sungguh.. tapi tetap minta, dan akhirnya dapat.. kalau diingat kembali ketika itu, sungguh malu..jujur malu..namun,itulah kenangan.. yg tidak dapat dilupakan...
akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment