.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Tuesday, 6 August 2013

Melangkah ke alam baru.

Alhamdulillah.. sudah bersawang agaknya blog ini..sebab itu dipanggil laman sesawang barangkali.. kerana tidak selalu untuk dilayari.. =) Kini sudah menjalani LI dan selepas itu sudah tamat belajar kiranya.. hehe.. Alhamdulillah.. Walaupun dalam tempoh belum benar2 habis belajar, dan sepatutnya kena masuk kerja selepas konvo, tapi big bos minta untuk terus sahaja kerja.. berat hati rasanya kerana dalam hati ingin mencari peluang pekerjaan yang lain dan lebih baik. Namun jika Allah menyatakan aku akan berjaya di Perodua, maka mungkin ini tempat aku mencari makan.

Kawan aku pernah kata. "kita ini time nak berpisah aja sedih2. lepas tu masing2 bawa haluan sendiri".. maka aku berasa sangat setuju. Tambahan pula, tidaklah sesedih mana sewaktu meninggalkan UKM. mungkin sekarang teknologi mampu menghubungkan disamping kenderaan yg membolehkan untuk aku terus sahaja memandu ke UKM untuk bejumpa sesiapa jika berkeinginan. Kini aku sudah mula menjalani jadual kehidupan yang dahagakan masa. Duit? inshaAllah selepas ini akan cukup. tapi masa? xpernahnya cukup. pergi kerja bergerak seawal 6.30am. sampai jam 7.00.. sejam awal di office. hendak mengelak jam sebenarnya ditambah pula dengan memang terikut style parents yg mmg suka pergi kerja awal. kemudian balik pula dalam jam 6.30pm.. sengaja untuk balik lewat juga.. kira 11 jam aku menghabiskan diri aku di banggunan korporat itu.. separuh dari masa. belum kira waktu tidur lagi, perjalanan ke tempat kerja dll.memang aku tidak ada masa..!

Namun aku bersyukur kerana kini aku lebih memikirkan tentang masa depan, tentang produktiviti kerja aku yg perlu diimprove dari hari ke hari. bukan lagi memikirkan tentang masalah peribadi yg tidak pernah berkesudahan. =) So, aku sudah mula melangkah ke alam baru.. selepas ini ke alam lain pula.. semuanya memerlukan pengorbanan dan memerlukan persediaan.. Alhamdulillah...Kawan yg rapat kt U pun mungkin sekarang sudah sibuk..so, biarjelah... 

No comments:

Post a Comment