Sedang aku leka melayari laman facebook, salah seorang MPP
datang. membelek-belek surat khabar. Aku hanya buat tidak tahu dan fokus
menghadap komputer. "Ustaz, semalam yang Ustaz post gambar tu, buat ana
sedih". dia memberitahuku. "Rupanya MPP ni semakin hampir untuk
berpisah". Dia menambah. Aku semakin tersentak. Tersenyum, dan entah
mengapa tidak tahu hendak berkata apa. Memang itu realiti yang bakal berlaku.
Hurm.. Benar, banyak sungguh dugaan ini. Hak kami ini dinafikan itu perkara
biasa. Kerana kami tidak pernah berharapkan agar red carpet dihamparkan
seluas-luasnya sewaktu kami menjadi MPP. Benarlah kata sahabatku "Hanya MPP
yang faham keadaan MPP". Sungguh benar. Namun, sayang tidak ramai yang
mengerti.
Dahulu, aku berasa sungguh seronok hendak meninggalkan UKM.
Kononnya hati ini tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke UKM. Oh.. .
Rupanya aku silap. Semakin menunggu waktu hendak konvo, semakin rapat pula
dengan mereka. Bukan sahaja bersama adik2 PMUKM, malah bersama sahabat2 ISI
UKM. "Usrah kita ni terlampau sweet2", "kita ini terlalu
manja", "kita ni terlalu sentimental".. Peduli apa aku, aku
tetap mahu menulis.. =)
"Mr President, Shukran. Ya, kita banyak kali juga
selisih faham. Banyak idea kita yang tidak selari. Namun sebenarnya ia
menguatkan kita. Kita hanya menjadi rapat sewaktu kita mula-mula bertanding.
Teringat waktu di DG. "ana kalah Shuk.." itu sering keluar dari
mulutku ketika menunggu keputusan. Entah kenapa rasa akan kalah dalam PRK.
Bukan sedih kerana kalah, namun sedih kerana bakal meninggalkan sahabat
perjuangan". Alhamdulillah, menang juga. Thanks kadang2 percayakan ana.
"Ana nak cakap apa ya bila kita keluar dewan nanti?". Entah kenapa
waktu di DG itu antara perkara yang ana sering ingat.
“Izati Othman, farhana, Afifah. To Izati, gelak to slow2
sikit. =) Lepas ni xde orang nak tegur enti gelak kuat sangat.. heee.. Bila nak
belanja kami makan nasi ayam padprik yang selalu dibeli bersama buah di
Pusanika? Dari tahun 1 waktu pesta konvo kita kerja sama2. SU yang sangat
mantap! Farhana, sempoi. Slumber. Kadang2 suka juga melawan. Ana senang dengan
ur idea. Xfaham tanya. Suka berterus terang. Teruskan sikap sebegitu ada rezeki
nanti ana belanja coklat lagi. =) Afifah, ana ingat lagi waktu enti tahun 2.
Time PRK. Sama-sama dengan azzyati. Turun naik pusanika nak minta cop. Jujur
waktu tu sangat kasihan dengan kalian, namun sudah dibuktikan yang enti memang
boleh buat dan ada karismatik tersendiri. Ana nak minta maaf juga khilaf
sana-sini. Tegur direct semua. 0-0 jela.
Afiah, ana kadang2 dulu marah bukan sebab apa. We know that
u have the potential untuk lagi maju. Malah sudah ditunjukkan pun. Maaf sebab
selalu kacau2, tp dulu jela. Sekarang dah xde dah pun..haha.. Ajma a.k.a mak
jemah. Hee.. walaupun sebaya, namun dah macam kakak dalam PMUKM. Kadang-kadang
kita rasa taklifan yang diberika kepada kita tidak cocok ataupun padan dengan
kita, namun mungkin itulah yang terbaik buat kita. =)
Marwan! Yeayh... makan tu kurang2 la sikit..hee.. sangat
baik budak ni. Ada masa jumpa lagi. And ada waktu kita pergi jalan2 UPM lagi
ya. =) Mustapha. Kadang2 letih juga
melayan dia. Terutama time dia layan lagu dusun dia tu. Tapi layankan jela.
Sempoi.. happy go lucky. Professional. Paling penting Mus suka bercerita.. =)
Mufadhal. Pasni kami dah xde. Enta kena kuat. Kagum dengan gerak kerja enta.
Teruskan momentum. Kalau ada apa-apa nanti, kita share la ya..
Mus dan juga Mufadhal. Dua orang yang memang gila2. Suka
cari pasal. Menghidupkan suasana. Tapi time kerja serius, so sangat baguslah.
Kepada Azrai, minta maaf sebab xselalu bersama kau dan tolong kau waktu kau
dalam PMUKM. Minta maaf sangat2. Anyway, tq sebab selalu beri nasihat time aku
tengah down.
Khamis, Syafiq, Hidayah... semoga terus berjaya dalam bidang
kalian yang telah kalian pilih.