.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday, 25 September 2013

Hubungan itu bukan mudah

Sudah lepas tahun tiga dan menunggu waktu untuk ke sidang konvokesyen. Ketika ini masih lagi ada yang bertanya, bercerita tentang UBM dan sebagainya. Hampir tiap hari membuatkan aku kadang kala agak letih. Tidak berkembang! Kadangkala melayan, kadangkala hanya meminta untuk dialih topik. Sungguh, diri ini berasakan tidak lagi layak untuk sesiapa. Allah, kadangkala benarlah. Kita kena cari muslimat yang faham perjuangan kita. Supaya dia faham dan redha dengan perjalanan ini. Kadang-kala hanya mereka yang bergerak kerja dengan kita sahaja yang faham perjuangan kita. 

"Enta memilih sangat ni Arief." terang sahabatku. Aku hanya mendiamkan diri. bukan memilih, namun aku berasakan bahawa aku ini tidak layak. Siapa mahu Arief Othman yang sering berseluar jeans? berbaju t-shirt serta digayaan dengan jacket? aku tidak berkopiah, bukan juga sering memakai jubah dan baju melayu seperti sahabat muslimin yg lain. Iman bukan pada itu, namun pada hati? Aku hanya tersenyum. kadangkala ini memberi impression juga. Aku tidaklah komited seperti ahli lain. Kini sampai satu masa, biarlah aku melalui hidup ini seperti biasa. Fokus kerjaya. Jodoh? malas hendak fikir. Cukup la aku menunggu selama lebih dari 5 tahun untuk itu. Kemudian ia kembali kepada seperti dahulu. Tiada hala tuju. 

View aku sangat besar. hendak membina biah soleh ini bukan mudah. Banyak lagi perlu diperbetulkan untuk diri ini. Untuk zaujah, untuk famili. Membina keluarga yang bahagia. Makanan yang sihat, gerak kerja bersama2. Kenapa bukan sekarang? "ana nak kereta, ana nak rumah" itu yang sering aku katakan. Walau sehebat mana sekalipun, jika hidup susah, kadang kala kebahagiaan itu akan tergugat juga. Maka, aku tidak mahu zaujahku berasa susah apabila bersamaku. Biarlah dia berasa senang bersamku.

Mungkin ini agak sukar untuk dilakukan dan dicari. Terlalu memilih barangkali. namun sebenarnya hendak membina baitul muslim ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak bersedia, maka jangan mulakan. 

mulakan perjalanan seperti dahulu. fokus dan mara ke hadapan. 

No comments:

Post a Comment