kalau rindu, tidak semestinya perlu berjumpa..
kalau sayang tidak semestinya perlu selalu berhubung..
hati ini bukan untuk diragui..
tapi masing2 sedaya upada untuk menjaga..
kita beri nasihat kepada orang, dan kita kena buat..
sabarlah wahai hati,,
perancangan ini jika tidak selari dengan kehendak Illahi,
maka ianya tidak akan menjadi..
Usaha, Doa dan Tawakal..
masing-masing mahu persiapkan diri..
UBM..biasalah, akhir tahun ni..
pergi sana sini org sibuk suruh isi borang..
namun menolak.. kerana ckp sudah berpunya..
terjemahan Quran diberi kepadaku, memang taknak ambil..
namun kerana menjaga hati tetap diambil...
namun dibiarkan sahaja atas meja pejabatku,,
infaqkan kepada pejabat supaya org lain membacanya..
susah nk jg hati semua orang..
sampai hati sendiri tak terjaga..
kalau diri komited, aku akan bersungguh2..
sabarlah wahai hati..
jangan melayan sangat perasaan hati ini..
...................................................................................................................................................................
Ya.. sudah melupakan dirinya...
termimpi dua kali...
kali pertama membuatkan aku menangis dalam mimpi sampai terbawa sewaktu bangun tidur..
kali kedua mimpi lebih kurang sama...
namun hati ini makin keras...
sudah melupakannya...
pabila sahabatku berkata berkaitan dengan dia,,,
hatiku rasa sgt marah... sori...
diri dia yg ambil keputusan sebegitu,,
bukan aku...
bukan tidak berusaha untuk memperbaiki kesilapan...
semuanya sudah.. cukuplah sebelum ini rasa sangat perit dan pedih diperlakukan sedemikian...
selamat tinggal!
Arief Othman. nama pena penulis ini.. merupakan manusia yang biasa. sedang mencari hakikat diri sendiri. penuh dengan lumpur dosa.. namun itu tidak bererti cuba untuk mencari sinar kebahagiaan. jangan pandang masa silamku, tetapi pandanglah diriku ini..pimpinlah diriku ini.. bukan menghina dan menjauh.. ini adalah blog peribadi..
.
Saturday, 1 June 2013
Thursday, 9 May 2013
Kali Pertama
teringat kisah.. dahulu di Semashur.. ketika itu aku di tingkatan 4. ada pertandingan forum remaja. kebetulan ketika itu pertandingannya dua hari, dan giliran kami adlaah pada hari kedua. maka pada hari pertama aku datang untuk melihat sahaja. sahabatku, Fadia menjadi pengerusi forum ketika itu. "Arief, aku ada kawan, nak jumpa x? " dia mengajakku.. aku hanya menggelengkan kepala.. entah kenapa rasa risau dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Fadia pula merajuk. "hurm.sudahlah kau..aku pergi sendiri aje..berlagak!" itulah Nur Fadia ilham.. sahabatku.. memang macam tu..tp kami macam adik beradik. selalu bergaduh.. ingat lagi ketika itu aku duduk di belakang dewan. Forum Remaja? argh!! bosan..mengantuk.. kemudian terus balik dan berlatih semula..
esok giliran kami. giliran yang terakhir tidak silap. ketika perform, ramai yang terpegun. ramai yang mendengar. tidak seperti sekolah lain. ketika itu Semashur sudah membuat persembahannya.. maka kami harus perform lebih baik dari mereka.. ketika di atas pentas, aku melihat seorang penjaga masa. tersenyum sahaja dia.. aku memerhatikannya.. tersenyum juga aku.. entah kenapa memang ketika apa2 pertandingan, aku akan senyum.. itu normal.. =_=" selepas persembahan, aku bersama rakana2 team forum mencari makanan. ketika itu Fadia cakap dia hendak jumpa kawan yg dia jumpa di kem pengawas. Kawan dia yg semalam. "ha! nak ikut!!! hehe.." aku memberitahu Fadia.. "kau ni sibuk aj.semalam jual mahal.."Fadia membalas.. namun aku tetap mengikut.. kemudian jumpalah.. sahabat Fadia yang dr semalam nak jumpa sangat tu.. hari itu 26.04.2006... kemudian aku cuba menegur..siapa nama? rakan fadia pun menjawab.. entah.. aku lupa.. ingat nama ayahnya..Abu Bakar (slumber je..sebenarnya silap).. sekejap sahaja dan kemudian kami beredar..
pengunguman dibuat, dan kami mendapat naib johan. Alhamdulillah. pencapaian yg terbaik setakat ini.. kemudian, start dari situ, aku rasa sesuatu.. entah kenapa, aku rasa terkenang seseorang.hurm.. "Fadia, nak no dia.. kawan kau tu" aku meminta.. "Wuahh!!! Arief dah jatuh cinta!! first time tgk arip jatuh cinta!".. Haisyh..memang sabar jelah dengan Fadia ni..aku pula ketika itu memang jahil.. haha.. budak2..malu sungguh.. tapi tetap minta, dan akhirnya dapat.. kalau diingat kembali ketika itu, sungguh malu..jujur malu..namun,itulah kenangan.. yg tidak dapat dilupakan...
akan bersambung.....
rahsia hati tak siapa yang tahu
Alhamdulillah. empat jahitan.. so, patah kaki jugalah sebenarnya.. hehe.. =)
sebelum tu semapt lagi bawa adik dan sepupu pergi main bowling, makan2.. then, go to clinic.. erm, telefon abang angkatku.. the only one.. Marwan namanya..
Dalam perbualan, dia menasihatiku.. "kalau buat amalan semata-mata kerana manusia, dan bukan kerana Allah, maka dalam perasaan enta masih lagi bertuhankan manusia.." pesannya.. "bukan dalam ayat Al Quran mengandungi ayat2 yang boleh naikkan aura seseorang, yang boleh buat orang senang dengan kta ke?" aku bertanya.. "memang. tp kalau enta beramal dengan ayat itu semata2 untuk buat org suka dekat enta, maka enta bukan melakukannya kerana Allah".. sebab itu hendak buat amalan,kena betul2 ikhlas kerana Allah..
kisah rahsia hati.. dia tidak pernah tahu yg aku selalu membuka blognya.. satu blog tidak boleh dibuka..entah apa rahsia yg hendak disorokknya =_=".. satu lagi selalu buka.dengan harapan akan ada penulisannya yg terbaru.. namun seringkali hampa.. kemudian buka blog juniornya yang terlalu admire akan Si Dia.. hurm..penulisan yg sama. namun kerap juga aku membaca dan tidak pernah bosan.. itulah satu cara bila aku teringatkan dia..dia tidak pernah mengetahui..namun kini aku menulis juga..
kalau teringat, selain berdoa, maka aku akan tgk fb dia.. buka dan like semua status.. kadang2, tgk sahabat aku pun like status dia.. cemburu? ya.. sedikit.. normallah.. =) namun anggap itu seperti biasa. kadang2 sms adiknya, tanya khabar keluarnga.. tanya juga tentang dia.. maaf, kerana tidak pandai menunjukkan perasaan ini. namun seringkali berfikir.bukan rasa ia membebankan.. namun berat kerana mahukan yg terbaik sebenarnya.. hendak memberi kegembiraan setelah dia melalui kedukaan.. =)
"Abang arief nak kahwin? awal lagi la bang" adik angkatku berseloroh.. haisyh.. "sebab tu abg lepak dengan korg.. lepas ni abg dah jarang, sibuk" sengaja.. aku tahu mereka berat barangkali melepaskan aku.. tp ini life aku.. hakikatnya, ini naluri normal manusia yang mahu saling lengkap melengkapi.. maka nak buat mcm mana.. kawan2,sahabat dan rakan rapatku pun kadangkala terasa bibit cemburu.. kerana mereka fikir aku tidak akan bersama dengan mereka lagi..namun "ya! memang xnak sama dengan korang lagi..sebab nak lepak dengan bini aku aje!!"sengaja aku bergurau dan mengusik.. namun mereka akan faham nanti..
Thursday, 2 May 2013
apa yg berlaku
pantun sudah. isu air kolej sudah (skrg tgh follow up punca syabas), pru tgh berlangsung dan apa lagi? ntah...
Ku Lihat Bulan.. =)
Pantun
Alhamdulillah. johan.. rezeki daripada Allah. tutup tirai pantun ini. saya ada teratak baru.. biasa..kecil sahaja.. namun inshaAllah kesemuanya gembira di dalamnya.. saya ada ramai ahli keluarga baru.. saya senang bersama mereka.. lupakan? hurm..sukar.. tidak boleh.. namun saya mulakan catatan yang baru.. hakikatnya 29 april adalah peristiwa yang sukar untuk aku harungi. final pantun.. begitu juga dengan peristiwa tahun lepas.. namun, aku melaluinya seperti biasa.. sudah lupa.. maka aku mengharapkan yang sudah pergi itu, jangan sesekali datang..kerana aku tidak mahu melihatnya lagi.. =) aku senang, aku tenang.. pergilah jauh2 seperti mana yg engkau ingini..
Kawan
seorang sahabatku memberitahu. 'adik' nya mengajaknya untuk berjumpa. tiba2 aku berasa sangat marah. kenapa baru skrg hendak mengajak jumpa. baru skrg hendak msg dia? kalau dia sibuk, terus dia buang sahabatku ini..asgment la..exam la.. alasan.. fikir diri sendiri.. sori,..cukup2lah memperbodohkan org lain.. namun bila dia rindu, nak jumpa, baru cari.. pleaselah..selfish!!! aku menasihati rakanku untuk cuba buat2 sibuk. tidak perlu layan org seperti itu. kacang lupakan kulit..berdasarkan pengalaman lepas, ya, aku akui sahabatku perlu untuk melupakan dia.. sungguh aku berasa sangat marah terhadap perlakuannya.. mujur sahabtku itu ada orang baru dalam hidupnya..maka sudah2lah.. susah org muda yg xpndai hormat org tua... sorry, kamu mmg pandai,tapi sayang, kamu tak pandai untuk memandaikan diri kamu dari segi akhlak..
dapat tau result, haha.. tersenyum sendiri.. ingat lg dulu akulah dikatakan punca kepada ketidak'perform' kamu.. =)
dapat tau result, haha.. tersenyum sendiri.. ingat lg dulu akulah dikatakan punca kepada ketidak'perform' kamu.. =)
Aku
seperti biasa.. rasa berdosa sebab xbnyk boleh sumbangkan dekat pru kali ni. cuba sedaya upaya.. sangat rasa terkilan. tp sedaya upaya cuba untuk menginfakkan diri ini ke jalan Allah..yeayh! dua bulan lg nak habis belajar.. xsabar... xlama lg nak kerja..lepas tu mula hidup baru.. target nak jd manager dalam tempoh 5 tahun.. target nak jadi ceo perodua one day!ameen... ramai org pergi..ramai org hadir.. kini lebih belajar untuk menghargai..lebih belajar untuk seimbangkan semua tuntutan. malas nak puaskan ht semua org. mana lebih aula, aku akan pergi.. aku bahagia sekarang.. Alhamdulillah.. lepas ni nak kahwin.. so, kena cukupkan amalan.. sebab nak jadi imam bukan mudah.. duit.. hurm.. hehe..(moga xletak hantaran tinggi sangat ye..).. saya cuba untuk lupakan benda lalu..masih mencuba.. maka jangan sesekali cuba untuk hadirkan diri dalam hidup ini jika anda yg pilih sebegitu...
*"perangai dia mmg mcm tu arief..dia tny juga pasal kau.." terang sahabat aku.. maaflah.. tak berminat nak tau.. just anggap mcm budak2 u tny ttg arief othman sahaja.. dat all.susah kalau org xhargai org...aku tak suka dipaksa.. sori..
*"perangai dia mmg mcm tu arief..dia tny juga pasal kau.." terang sahabat aku.. maaflah.. tak berminat nak tau.. just anggap mcm budak2 u tny ttg arief othman sahaja.. dat all.susah kalau org xhargai org...aku tak suka dipaksa.. sori..
Ku Lihat Bulan.. =)
Sunday, 7 April 2013
3bulan sahaja lagi
aku membuka gelanggang pantun dengan menyertai pertandingan Pantun Bestari 2011. tidak silap la.. lupa tarikh itu.. dan kini InshaAllah akan menutup tirai pantun ini di gelanggang yang sama juga.. di UM. letih, lelah smeuanya ada.. kini hanya kami bertiga sahaja. suka, tawa, semuanya dikongsi bertiga.. akan cuba timba pengalaman ini dengan sebaik mungkin. selepas ini, tidak berasa lagi untuk berada bersama satu pasukan. masing-masing membawa arah sendiri. aku akan terus bekerja walau hakikantya bercadang hendak menyambung master, Neeya kalau ada rezeki memang ingin menyambung master begitu juga Azreen. semuanya hebat2.. mungkin juga aku orang pertama dalam pasukan ini yang akan meninggalkan bumi UKM ini dahulu =)
tiba masanya, kenangan segala ilmu yang ditimba ini akan diluahkan sepenuhnya.. pengalaman ini menjadikan aku lebih matang dan berusaha untuk meggarap segala masalah itu dan bertindak secara rasional untuk diselesaikan. satu per satu hujung2 sem ini masalh datang, namun hatiku cuba untuk menyelesaikan dengan hati yang terbuka. ingat lagi, "biar orang buat kita, tapi kita jangan buat orang" pesan kakakku.. aku cuba untuk ingat dan amalkan. sekarang, makin ramai yang masuk dalam hidupku.. walaupun tidak rapat, namun ianya cukup menjadikan sesuatu dalam hidup ini lebih bermakna. seperti biasa, aku melayan semua orang dengan biasa.. tidak lebih dan tidak kurang.. jenis meraikan dan melayan semua orang.. =)
tinggal 3 bulan sahaja lagi.. selepas ini, aku akan melangkah ke dunia realiti pekerjaan yang hakikatnya lebih mencabar.. doakan
Tuesday, 26 March 2013
bertemu
setelah lama berdoa dan hampir putus asa, Alhamdulillah.. akhirnya dia bertemu kembali sahabat lamanya. lebih muda darinya.. perselisihan faham yang berlaku membuatkan mereka terpisah dan masing-masing membawa diri. ketika terpisah hampir setahun, mereka ditakdirkan bertemu.. ketika itu masing-masing cuba untuk berlapang dada.. terkejut. namun Ahmad mengajak Fazli untuk berbual. suasana sepi seketika. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. di hujung taman permainan itu, mereka berdua memerhatikan gelagat kanak-kanak bermain layang-layang. keduannya mendiamkan diri..
Ahmad membuka bicara. "kita ni, tak tau siapa kita pada masa akan datang. mana tahu org yang baik, mungkin boleh jadi jahat satu masa nanti.. orang yang sangat jahat pula mungkin boleh jadi sangat baik satu masa nanti." Ahmad hanya memandang jauh ke depan. manakala Fazli hanya menundukkan muka dan mendiamkan diri..
"Allah uji kita, Allah bagi peringatan kepada kita. tapi sayang bila peringatan itu sebenarnya diturunkan atas kesilapan kita, kita salahkan orang lain. kau lah punca aku gagal.. kau lah punca aku jadi mcm ni.. macam2 lagi.. walhal kita xnampak kesilapan kita.. kerana apa? sebab kita cuba meletakkan setiap kesalahan kepada orang lain.bukan ujian yang menimpa untuk kita sama-sama bermuhasabah semula.. manusia ini ego.." Ahmad menambah lagi..
"manusia ni, bila ada dugaan, baru ingat Allah.. Allah.. Allah.. baru mengeluh sebut nama Allah.. masing2 ada buat silap.. Fazli ada, Abang pun ada.. tapi terpulang untuk kita lihat bagaimana. kerana manusia itu berubah.. tapi sayang, manusia suka pandang kejahatan orang, bukan kebaikan".. Ahmad bangun dan terus beredar.. selepas dua langkah, dia kembali dan menepuk bahu Fazli "maafkan Abang"..dan Ahmad terus beredar..
Fazli tidak dapat menahan sebak, ego yang dibinanya runtuh.. menitis air matanya.. namun dia kaku, dia tidak berdaya untuk membuat apa2. maka dia hanya memerhatikan kelibat sahabat yang sudah dianggap seperti abang itu pergi dan menghilang.. dia kelu.. dia kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa....
teruskan melangkah
Monday, 18 March 2013
kampung melewar
ada sebuah kampung di hujung kuala. nama kg tersebut adalah kg melewar..penduduk di situ hidup dengan aman damai. Ada seorang tok penggawa yang sangat disegani oleh penduduknya.. penduduk kg sering bercerita suka, duka bersama ketua kampung.. kemudian, ada org baru yang masuk ke kg. kehadirannya menceriakan penduduk di situ..namanya Latifah. bergurau senda adalah perkara biasa.. namun, suka dan tawa itu hanya seketika, ada anai-anai yang merosakkan rumah harmoni yang telah dibina..
satu demi satu dituduh, dijaja cerita dan sebagainya.. maka penduduk kampung yang sudah ketahui akan hal ini bersikap berdiam diri. sebilangannya malas hendak ambil peduli. "asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku sudah.." malah ada antara mereka yang sengaja lari dari kampung tersebut semata-mata tidak tahan dengan cerita yang dibawa..
mungkin segelintir penduduk kg berasakan ini adalah cara terbaik. berdiamkan diri dan lari dari kg melewar. Namun sayang, orang yg baru berpindah itu masih juga membawa cerita yang entah sampai bila akan berhenti.. siapa lagi kalau bukan latifah.. penduduk masih lagi berdiam diri..
ramai yg kecewa apabila ketua kg melewar yg sangat baik, sangat dihormati dan disayangi itu seolah-olah hilang pertimbangan.. masih percaya kata-kata dusta latifah.. ramai penduduk tidak mahu menegur tok penggawa kerana bimbang tok penggawa tidak percaya.. hakikatnya, mereka selalu mendoakan agar tok penggawa sedar akan apa yg berlaku.. masakan kg melewar yg dahulunya aman dan kemudian kini menjadi porak peranda? masakan ia tidak tahu puncanya.. ramai penduduk mengeluh.. namun mereka hanya mendiamkan diri..
kadang kala, ahmad (penduduk yg berpindah ke kg seberang kerana hiruk pikuk kg melewar) mendapatkan juga khabar tentang kg melewar. bukan kerana hendak menjaga tepi kain, namun kerana masih sayangkan kampungnya.. sayangkan tok penggawa yang banyak membantunya susah dan senang.. namun sayang apabila, latifah menuduhnya bukan-bukan. membawa cerita ke seluruh penduduk kg yang menyatakan bahawa ahmad ini lupakan budi, kacang lupakan kulit dan pelbagai lagi.. Ahmad tersentak, namun dia hanya tersenyum.. berharap tok penggawa tidak percaya dan mainkan peranan. perbetulkan Latifah.. namun harapan Ahmad hanya sia-sia.. hatinya hampa..
Ahmad yang sudah berlembut hati ingin pulang, kembali mengeraskan hatinya.. sudahlah..sekarang dia benar-benar malas hendak mengambil tahu lagi..Ahmad dia bernasib baik kerana zaman tersebut tiada teknologi, kalau ada, barangkali di facebook akan dijaja ceritanya sehingga kalau boleh inginkan satu dunia tahu.. =)
kini, Ahmad meneruskan kehidupan seperti biasa. meneruskan hidup dan tetap melangkah. tidak mempedulikan kg melewar tersebut.. jika dahulu ada yg merosakkan rumah tersebut dan dia cuba perbaiki, namun tidak boleh, kini dia membina rumah baru.. rumah yang penuh dengan keikhlasan.. semua orang boleh masuk ke dalam rumah tersebut.. yang penting, hati kena ikhlas dan tidak boleh ada perasaan iri dan hasad di dalamnya.. Ahmad sentiasa menantikan rumah tersebut dihuni oleh mereka dan seringkali mendambakan rumah itu bakal menjadi seperti rumah keluarga di kg melewar dahulu.. penghuni di dalamnya mesra, ketawa, menangis bersama, susah senang bersama..seringkali dia mendambakan rumah yg dibina itu mampu menggantikan rumah yang rosak itu,..namun hakikatnya ia sedar ia tidak mampu terjadi.. namun sekurangnya ia mencuba...
Ahmad memaafkan latifah, dia pernah berfikir kenapa latifah membuatnya sebegitu, akan tetapi, dia tiada jawapan. tidak mahu menjadi seperti latifah yg hanya tahu memfitnah itu dan ini.. dia tidak mahu bermain spekulasi semata2 kerana tidak mahu menjadi seperti perangai jijik latifah.. "kalau tidak mampu menjadi garam, jangan jadi langau yang merosakkan daging".. rupanya ada lebih teruk dari lalat.. =)
ini teratak itu.. =)
ukwah bukan dinilai berdasarkan berapa bnyknya pertemua, tetapi berapa bnyk kt mendoakan sahabat kita.. _Imam Ghazali_
a few month later, i will leave UKM.. but please do believe me that i will remember for every seconds moments when were being together.. thaxs to the person who i respect so much.. terima kasih ajar pantun, gave me an inspired dan pengalaman ini.. jasad hilang, namun jiwa tetap bersama.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

