ada sebuah kampung di hujung kuala. nama kg tersebut adalah kg melewar..penduduk di situ hidup dengan aman damai. Ada seorang tok penggawa yang sangat disegani oleh penduduknya.. penduduk kg sering bercerita suka, duka bersama ketua kampung.. kemudian, ada org baru yang masuk ke kg. kehadirannya menceriakan penduduk di situ..namanya Latifah. bergurau senda adalah perkara biasa.. namun, suka dan tawa itu hanya seketika, ada anai-anai yang merosakkan rumah harmoni yang telah dibina..
satu demi satu dituduh, dijaja cerita dan sebagainya.. maka penduduk kampung yang sudah ketahui akan hal ini bersikap berdiam diri. sebilangannya malas hendak ambil peduli. "asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku sudah.." malah ada antara mereka yang sengaja lari dari kampung tersebut semata-mata tidak tahan dengan cerita yang dibawa..
mungkin segelintir penduduk kg berasakan ini adalah cara terbaik. berdiamkan diri dan lari dari kg melewar. Namun sayang, orang yg baru berpindah itu masih juga membawa cerita yang entah sampai bila akan berhenti.. siapa lagi kalau bukan latifah.. penduduk masih lagi berdiam diri..
ramai yg kecewa apabila ketua kg melewar yg sangat baik, sangat dihormati dan disayangi itu seolah-olah hilang pertimbangan.. masih percaya kata-kata dusta latifah.. ramai penduduk tidak mahu menegur tok penggawa kerana bimbang tok penggawa tidak percaya.. hakikatnya, mereka selalu mendoakan agar tok penggawa sedar akan apa yg berlaku.. masakan kg melewar yg dahulunya aman dan kemudian kini menjadi porak peranda? masakan ia tidak tahu puncanya.. ramai penduduk mengeluh.. namun mereka hanya mendiamkan diri..
kadang kala, ahmad (penduduk yg berpindah ke kg seberang kerana hiruk pikuk kg melewar) mendapatkan juga khabar tentang kg melewar. bukan kerana hendak menjaga tepi kain, namun kerana masih sayangkan kampungnya.. sayangkan tok penggawa yang banyak membantunya susah dan senang.. namun sayang apabila, latifah menuduhnya bukan-bukan. membawa cerita ke seluruh penduduk kg yang menyatakan bahawa ahmad ini lupakan budi, kacang lupakan kulit dan pelbagai lagi.. Ahmad tersentak, namun dia hanya tersenyum.. berharap tok penggawa tidak percaya dan mainkan peranan. perbetulkan Latifah.. namun harapan Ahmad hanya sia-sia.. hatinya hampa..
Ahmad yang sudah berlembut hati ingin pulang, kembali mengeraskan hatinya.. sudahlah..sekarang dia benar-benar malas hendak mengambil tahu lagi..Ahmad dia bernasib baik kerana zaman tersebut tiada teknologi, kalau ada, barangkali di facebook akan dijaja ceritanya sehingga kalau boleh inginkan satu dunia tahu.. =)
kini, Ahmad meneruskan kehidupan seperti biasa. meneruskan hidup dan tetap melangkah. tidak mempedulikan kg melewar tersebut.. jika dahulu ada yg merosakkan rumah tersebut dan dia cuba perbaiki, namun tidak boleh, kini dia membina rumah baru.. rumah yang penuh dengan keikhlasan.. semua orang boleh masuk ke dalam rumah tersebut.. yang penting, hati kena ikhlas dan tidak boleh ada perasaan iri dan hasad di dalamnya.. Ahmad sentiasa menantikan rumah tersebut dihuni oleh mereka dan seringkali mendambakan rumah itu bakal menjadi seperti rumah keluarga di kg melewar dahulu.. penghuni di dalamnya mesra, ketawa, menangis bersama, susah senang bersama..seringkali dia mendambakan rumah yg dibina itu mampu menggantikan rumah yang rosak itu,..namun hakikatnya ia sedar ia tidak mampu terjadi.. namun sekurangnya ia mencuba...
Ahmad memaafkan latifah, dia pernah berfikir kenapa latifah membuatnya sebegitu, akan tetapi, dia tiada jawapan. tidak mahu menjadi seperti latifah yg hanya tahu memfitnah itu dan ini.. dia tidak mahu bermain spekulasi semata2 kerana tidak mahu menjadi seperti perangai jijik latifah.. "kalau tidak mampu menjadi garam, jangan jadi langau yang merosakkan daging".. rupanya ada lebih teruk dari lalat.. =)
ini teratak itu.. =)
ukwah bukan dinilai berdasarkan berapa bnyknya pertemua, tetapi berapa bnyk kt mendoakan sahabat kita.. _Imam Ghazali_
a few month later, i will leave UKM.. but please do believe me that i will remember for every seconds moments when were being together.. thaxs to the person who i respect so much.. terima kasih ajar pantun, gave me an inspired dan pengalaman ini.. jasad hilang, namun jiwa tetap bersama.. =)
No comments:
Post a Comment