.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Tuesday, 26 March 2013

bertemu

setelah lama berdoa dan hampir putus asa, Alhamdulillah.. akhirnya dia bertemu kembali sahabat lamanya. lebih muda darinya.. perselisihan faham yang berlaku membuatkan mereka terpisah dan masing-masing membawa diri. ketika terpisah hampir setahun, mereka ditakdirkan bertemu.. ketika itu masing-masing cuba untuk berlapang dada.. terkejut. namun Ahmad mengajak Fazli untuk berbual. suasana sepi seketika. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. di hujung taman permainan itu, mereka berdua memerhatikan gelagat kanak-kanak bermain layang-layang. keduannya mendiamkan diri..

Ahmad membuka bicara. "kita ni, tak tau siapa kita pada masa akan datang. mana tahu org yang baik, mungkin boleh jadi jahat satu masa nanti.. orang yang sangat jahat pula mungkin boleh jadi sangat baik satu masa nanti." Ahmad hanya memandang jauh ke depan. manakala Fazli hanya menundukkan muka dan mendiamkan diri..

"Allah uji kita, Allah bagi peringatan kepada kita. tapi sayang bila peringatan itu sebenarnya diturunkan atas kesilapan kita, kita salahkan orang lain. kau lah punca aku gagal.. kau lah punca aku jadi mcm ni.. macam2 lagi.. walhal kita xnampak kesilapan kita.. kerana apa? sebab kita cuba meletakkan setiap kesalahan kepada orang lain.bukan ujian yang menimpa untuk kita sama-sama bermuhasabah semula.. manusia ini ego.." Ahmad menambah lagi..

"manusia ni, bila ada dugaan, baru ingat Allah.. Allah.. Allah.. baru mengeluh sebut nama Allah.. masing2 ada buat silap.. Fazli ada, Abang pun ada.. tapi terpulang untuk kita lihat bagaimana. kerana manusia itu berubah.. tapi sayang, manusia suka pandang kejahatan orang, bukan kebaikan".. Ahmad bangun dan terus beredar.. selepas dua langkah, dia kembali dan menepuk bahu Fazli "maafkan Abang"..dan Ahmad terus beredar..

Fazli tidak dapat menahan sebak, ego yang dibinanya runtuh.. menitis air matanya.. namun dia kaku, dia tidak berdaya untuk membuat apa2. maka dia hanya memerhatikan kelibat sahabat yang sudah dianggap seperti abang itu pergi dan menghilang.. dia kelu.. dia kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa....

teruskan melangkah

No comments:

Post a Comment