.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Wednesday, 27 February 2013

Apabila hati mula berbicara...


Kerana aku hanya manusia biasa. Lepas satu satu masalah yang dihadapi. Hakikatnya berpunca dari aku? Entahlah. “Arief, kau ni terlalu baik,smpai org pijak kepala kau” tegur sahabatku.. ya, dia sangat memberi semangat dan selalu juga faham akan masalah ini. ya, aku sering memikirkan orang lain dari diri sendiri. Bukankah itu tahap yang paling tinggi dalam ukwah? Melebihkan orang lain berbanding diri sendiri?. Hakikatnya aku silap. Aku terlupa ukwah bukan sebegini! Kalau silap tegur, ya aku menegur.. tp selemah-lemah iman dengan menegur dalam hati. Itu yang aku lakukan.
Aku bermenung. Melihat masa silam. Mungkin ada khilaf sana sini, sehingga membuatkan aku dilemparkan dengan kata-kata yang amat mendukacitakan. Menggigil menahan geram, rasa hendak lepas kan geram dengan mengeluarkan kata2 tidak elok, rasa hendak pukul orang. Tp akal masih mendahului emosi. Kalau diikutkan nafsu ni, kira sama sahajalah aku dengan mereka. maka bersabar itu adalah jalannya. Aku berasa sangat lemah, sangat geram. Aku anggap mereka sebagai keluargaku, namun akhirnya berkecai. Maka benarlah mereka yang robohkan rumah itu!!!
Dahulu aku sering mendiamkan diri jika mereka bertanya tentang aku, bukan tidak tahu, tp sengaja buat tidak peduli. Namun kali ini rasa lain. Apa salah aku berkawan? Haha. Aku tak pernah pula terfikir perkara jijik sebegitu melainkan orang yg dah biasa bergelumang dengan benda2 mcm tu.. itu sahaja fikirku.. namun itulah, aku tidak suka untuk mengaibkan orang. Pernah dengar macam2, tp tetap bersangka baik. Mereka tidak tahu apa yg aku rasa kerana aku tidak pernah menceritakan perkara ini kepada mereka. lebih selesa mengadu kepada sahabat yg lain. Dan Alhamdulillah sehingga skearang mereka merahsiakan, kerana apa? Kerana tidak mahu AIB orang terbuka. Percayalah, kita buka AIB orang, AIB kita lagi akan terbuka.. =)
Saat aku jatuh, aku teringat seseorang. Seseorang yang sangat aku sayangi selain keluargaku. Seseorang yang aku tunggu bertahun lamanya..

First...mgkn Allah nk uji sejauh mana tahap sabar awk dan mcmana indahnya sabar tu...klau kita tgk para anbiya' lg teruk fitnahnya...bkn seorg dua yg fitnah malah beratus org yg fitnah...bkn sehari dua mereka bertahan malah bertahun2 mereka sabar...
Second..
Mgkn Allah nk uji keikhlasan awk dlm bersahabat dgn dorg...org balas jahat kita balas dgn kebaikan..dakwah jgk tu...
Geram benci..itu sememangnya manusia normal akan rs bila difitnah..tp spt rkn pantun awk ckp td..klau awk xbuat..x salah..xperlu takut atau lari..
Klau x salah sepatutnya kita hadapi dgn tenang..dgn niat kita ikut cth akhlak rasulullah n scr xlgsung sbg dakwah secara peribadi dgn mereka...
Klau dpt berdepan dgn mereka yg mfitnah awk tu lg baik..ckp dgn baik n tenang..sbb sememangnya awk x salah kan...selebihnya awk tawakal pd Allah...
Arief,
Ada seorang akhwat...ramai lelaki yg ggu dia...ramai mslmn yg mahu melamar dia..mcm2 cara mslmn nk pikat dia...smpi timbul fitnah ttg dia..
Kmudian dia mengadu pd sorg shbt...
Shbt tu ckp....mgkn,terjatuhnya hati ssorg lelaki tu pd kita,atas perbuatan kita sndiri...atas pcakapan kita sendiri..
mksd shbt tu...kita juga perbaiki n muhasabah diri sndiri...


*maka apa yang perlu aku lakukan adalah berlapang dada, terima dengan hati terbuka, dan berusaha untuk lebih menjadi baik dan paling penting intai kelemahan diri sebelum intai dan jaja kelemahan orang.. =)

p/s: tidak ada niat untuk kutuk,caci sesiapa, ini pandangan peribadi yg sudah lama tersimpan. Ini Hak saya dalam berukwah. Jika dinafikan, saya akan tuntut hak saya diakhirat kelak. Sebab kita ISLAM dan kita akan MATI dan kita akan DIHITUNG =)

Monday, 31 December 2012

Maafkan aku

bukan hajat mempermainkan. Allah. hanya kau yang mengerti. banyak komitmen buat masa ini. masa, memang mencemburui. bukan tiada kesungguhan. pretend to b Happy Arief.. im not good enough dalam melayan manusia. im admit.. entahlah.. kadang2 diri ini selalu rasa selalu melebihkan org lain dr hidup, tp selalu jg rasa diri ini xernah memuaskan ht semua.. blur.. Allah dah aturkan jalan yg cukup cntik buat kita semua.. untuk saya, untuk awak juga.. sampai satu masa, jodoh kita sudah sampai, maka kita takkan lewat, mahupun cepat.. kerna ia takir yg tersurat. 01.01.2013.  aku masih menunggu.. sabarlah.kerana yakin akan ada kemanisan di hujungnya.. 

hanya Allah yg mengerti perasaan ini. kalau boleh dipercepatkan. kalaulah adat tidak melampaui tuntutan. terlalu banyak kalau. kalaulah yg senang itu tidak dipermudahkan.. kalaulah syariat itu melebihi segala tuntutan.. kalaulah masyarakat ini memahami.. tidak sekali.. jarang sekali mereka yang faham.. maka kadangkala tertanya, kemahuan Allah atau kemahuan famili dan masyarakat yg harus diutamakan? mak nak mcm ni.. ayah nak mcm tu.. kakak, adik,,, pakcik makcik.. nnti apa diorg ckp? masalahnya kenapa kena fikirkan mereka..

bersabarlah wahai hati. tiba-tiba sangat berasa diri ini tidak berguna.. pernah cuba ditawar oleh sahabtny untuk berniaga on9 la,,apalah..untuk membantu.. masalahnya, ini bukan masalah berkaitan dengan wang.. ini masalah keperluan dan juga masa.. entah.. ramai sahabatku yg sudah mendirikan rumah tangga.. seronok? ya.. tp apa yg aku perhatikan, smpai ada yg tangguh belajar, xfokus gerak kerja dan lain2, menjadikan diri aku ini berfikir kembali.. 

individu muslim,baitul muslim,masyarakat muslim =)

hati ini hny mampu mengadu kepada Allah. letih barangkli dengan persoalan sahabat2.. rakan2.. guru2.. awak bila lagi? aku tunggu kau arief.. ak nk nasi minyak.. kalaulah mereka faham.kalau ikutkan ht hari ni jg nak dirikan baitul muslim.. tp untuk melahirkan dan mendirikan baitul muslim perlu melihat diri dan menjadi diri dahulu. 10 asas perlu diamalkan betul2.. baru akan menjadi lelaki soleh dan solehah. kemudia jika disatukan baru akan membentuk keluarga yg dirahmati..melahirkan jundi2 yg hebat..

InsyaAllah aku akan bersedia. tahun ini mungkin tahun akhir aku membujang.. maka, bahagiakan mereka sekeliling.. insyaAllah... 

p/s:bnyk perkara nak ubah dan perbetulkan hasil kesilapan yg lalu

Wednesday, 26 December 2012

pergilah sejauhnya...

Banyak entry kali ini.. lewat jam 4.00am.. tidak mampu untuk melelapkan mata..usai solat sunat, hati ini menjadi tenang. Alhamdulillah..entah kenapa kali ini hati ini rasa tersangat rindu..hurm.. maka, seperti biasa, diri ini benar-benar melepaskan segalanya kepada Allah.. dia yang Maha mengetahui..dan dia juga yang membolak balikkan hati ini.. aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa..kerana aku ini hanya insan yang kerdil. apatah lg untuk menguasai hati org lain. itu sangat tidak adil dan tidak layak.. maka kerana itu kita perlu bergantung dan meletakkan sepenuh harapan kepada Allah..

merenung jauh.. insyaAllah..aku akan meninggalkan bumi Malaysia ini.. bagaimana dengan kerja? Perodua? Kahwin? semua itu tidak perlu aku fikir dulu, org lain yg tny dulu..hurm.. siapa yg lg penting ni? aku ke, atau kerja aku semua? =_=" InsyaAllah, akan kerja di Perodua dulu, namun pada masa yg sama apply untuk belajar di luar negara. biasiswa Perodua lagi..insyaAllah. namun, jika mempunyai peluang yang lebih hebat, aku akan pergi meninggalkan penajaku ini.. im willing to pay rm37,000 to Perodua!!! gila? xpe..sebab itu bukan minat saya... hurm..kahwin? insyaAllah, kahwin tetap kahwin la.. apa masalah dia? lepas tu boleh bawa anak bini ke sana kan? bukannnya rancang nk berhijrah skrg, mggu depan aku akan ke sana... tp InsyaAllah jika hati ini masih memerlukan ruang, dan jika ujian ini masih lg berbaki, maka aku akan pergi..

harap kepada mereka yg membaca blog ini tidak bertanya kenapa dan mengapa ingin sangat diri ni ke luar negara.. Allah.. hanya aku yg mengerti.. kerana pengalaman pahit ini membuatkan diri ini hendak mencari hakikat kehidupan ini di bumi perantauan.. biarlah diri ini pergi seketika sebelum pergi selamanya.. teringat sewaktu aku hendak pergi ke luar negara sewaktu mewakili UKM ke program ASEAN,sahabatku menghantarku.. aku memeluk mereka..berat hati ingin tinggalkan mereka walaupun hanya seketika.. entah, mungkin perasaan itu akan muncul semula nanti.. tp barangkali mereka yang akan berat hati meninggalkan aku.. kisah di AIRPORT banyak pengalamnnya..cerekanya.. sekali kita meninggalkan airport dengan menaiki kapal terbang, maka kita lepaskanlah segala kenangan pahit itu dan kita pergilah dengan tenang... 

tidak perlu menoleh ke belakang..mulakan hidup baru.suasana yang baru.. manusia ini sering tidak pernah puas dengan apa yg mereka miliki.. maka dari situ mereka jarang bersyukur.. selepas kehilangan, baru dirasakan kesedihan.. bila ada, sering berasakan ketidakpuasan.. maka kadang kala jelik dengan sikap ini.. tinta ini akan terus menari selagi ada yang menggerakanya.. namun sampai satu masa, ia akan berhenti buat selamanya kerana tiada lagi yang menggerakkannya.. maka mulai saat itu, rmai yang akan merinduinya...

Sunday, 16 December 2012

biarlah aku hanya menjadi pendengar setia

insyaAllah. tak lama lg nak habis sem 1 tahun 3. lepas ni cuti semster, lepastu sambung lg 1 sem lepastu GRAD!!! Alhamdulillah.. rasa rindu dekat bumi bertuah ini. bnyk ilmu yg aku timba. pengalaman mengajar aku erti kedewasaan. lebih menghargai orang sekeliling, menjadi yg terbaik, dan menjadi manusia yg lebih baik dan baik!!! 3x aku ulang untuk menjadi lebih baik.. ya, sebab itu harapan aku dan itu yg plg aku belajar sewaktu berada di bumi UKM ini.. eh? tiba-tiba teringat "hendak pimpin dan sama-sama masuk ke syurga".. minta maaf kerana tidak mampu untuk meneruskan apa yg dikotakan. dek kerana jahilnya diri ini..lemahnya diri ini.. Allah..tiba-tiba rasa sebak dan bersalah yang amat sangat.. namun tidak mengapa.. sabar, ada hikmahnya..namun hati ini tidak jemu2 berdoa agar dipermudahkan.. semoga semuanya selamat mencapai apa yg diingini..

kini lain pula cabarannya.. banyak lg ujian dan dugaannya..lain pula perangainya.. mcm2.. tp seperti biasa,, hny melihat sahaja kali ini..mendiamkan diri dan hny membiarkan semuanya diceritakan..dan aku hny menjadi org yg mendengar.. menghabiskan sisa-sisa hidupku semasa bujang ini.. senang untuk menyenangkan org berada di sekelilingku.. ya, aku amat garang..tegas.. tp sangat menyayangi.. "abg arief ni garang sangatlah" luahan junior pemantunku.. haha.. itupun selepas kena paksa untuk cakap ttg diriku ini.tp hakikatnya dia tahu aku menyayangi mereka semua.. satu demi satu .. sorg dtg, seorg pergi.. yg pergi belum tentu ada pengganti.. yg dtg mungkin lebih baik barangkali..



selepas ini, aku bakal meninggalkan semuanya.. pergi dari semua orang.. maka, akan mempergunakan diri ini sehabis mungkin untuk menceriakan semua orang.. menjadikan mereka semua rasa kehadiran insan yg biasa ini.. namun, harapnya pemergianku nanti bukan untuk ditangasi, namun untuk dirasai.. sekurang2nya, mereka akan cakap.. "kalau Arief/abg Arief ada sekarang, mesti dia ........" "dulu Arief selalu tgk cermin, betul2kan rambut"... dll... 

benarlah kita akan rasa sangat kehilangan jika org yg kita sayang itu berlalu pergi meninggalkan kita... biarlah masa berlalu begitu saja...


Aku tidak baik..

InsyaAllah esok akan pergi ke Bangkok atas urusan kerja. hurm.. ala, baru Bangkok. xkisahla.. yang penting datang bukan niat hendak bercuti, tp atas urusan. lagipun ia adalah tajaan daripada kedutaan Thailand itu sendiri. berat sangat hati ini hendak pergi sebenarnya. maklumlah bahawa banyak urusan di UKM yang belum lagi settlekan.. isu bas. memang cukup hangat. terpaksa sub tugas ini kepada sahabatku yang lain. ikutkan hati nak cancelkan aja pergi ke sana. tapi nanti burukkan nama UKM lagi sebab ticket semua sudah ditempah. membazir la pula kan.. 

aku merenung masa depan. terasa ingin meninggalkan bumi malaysia ini. berasa ingin sekali melanjutkan pelajaran di luar negara. menyambung master di sana. itu yang aku harapkan. mengharapkan tajaan daripada Perodua sekali lagi supaya membenarkan aku melanjutkan pelajaranku.. =) bagaimana pula nasib yang menunggu aku? insyaAllah, plan itu tetap diteruskan. tp ini mungkin hanya angan-angan sahaja untuk berhijrah di bumi orang lain..

satu demi satu manusia yang hadir dalam hidupku. semakin ramai. Alhamdulillah. namun semakin berat amanah ini untuk dipikul. aku yakin, setiap yang berlaku itu Allah sudah tentukan. bercakap berkaitan dengan soal masa depan dan masa lalu. masa lalu di bumi UKM ini ada kesan yang sangat mendalam buat diri ini. namun, Allah yang membolak-balikkan hati ini. maka aku hanya bergantung kepadaNya dalam segala urusan. sedih,tawa,duka...semuanya ada.. kalau gembira? jarang sekali ingatmu Ya Allah.. malu dengan diri sendiri..

aku memang jenis sukar untuk melupakan. sangat susah.. kalau menunggu, aku akan terus menunggu. begitu juga, berkat hampir 6 tahun menunggu, Alhamdulillah.. dipertemukan.. begitu juga dengan beberapa aspek yang lain.. kadang kala sakit dan marah dengan hati ini. namun sering kali mengingatkan bahawa jangan bertindak melebihi kewarasan akal.. jangan beremosi..

pernah dan dengar kata2 dari rakanku yg menyatakan bahawa aku ini seorang baik. malah ada beberapa junior cakap "abang ni baiklah".. entahlah.. aku hanya mampu untuk menidakkan.. aku tidak baik.. cuma Allah menutup segala keaiban diriku.. walhal aku ini jahat sebenarnya,,, penuh dengan lumpur dosa.. namun itu tidak bermakna aku tidak mahu berubah..sedangkan hati ini seringkali merintih agar menjadi seorang hambaMu yang soleh..yang beriman.. dan manusia yang menyenangi semua manusia disekeliling... 

kini hanya terus melangkah ke hadapan... perkara yg lalu jangan dikenang.. ? hakikatnya perlu dikenang sebagai pengajaran dan untuk ditangisi kerana dosa yg lalu..maka, segeralah bertaubat.. 
jujur sy malu dengan diri saya...

Tuesday, 11 December 2012

ujian ini besar buatku...

kali ini menulis lagi. entah kenapa kali ini lebih gemar untuk menggerakkan jari jemari ini dalam menulis entry  kehidupan insan hina bergelar Arief Othman ini.. manusia berubah..banyak kali diungkapkan perkataan itu.. ya, manusia berubah.. itu kata-kata dari Ariff Hakim, rakan baikku sewaktu PLKN di kelantan. bukan itu yang mahu aku nukilkan di sini. 

hari yang berjalan seperti biasa, dalam waktu kesibukan, membuatkan aku lebih cuba untuk mencari masa bersama dengan tuhan.. Allah.. pengalaman yang lalu menjadikan diri ini lebih kuat dan lebih bijak untuk menggunakan kewarasan akal.. kadangkala apa yang beralku sebelum ini membuatkan diri ini sering bermuhasabah.. memikirkan bahawa diri ini masih lagi belum cukup sempurna untuk menjadi seorang Daie.. 


Ya Allah..berilah petunjuk kepadaku.. beberapa hari ini, ada seorang yg add aku di fb.. lepas spm.. namanya tidak ku kenal..mutual friends pun tiada.. dia ckp mukaku ini macam ustaz.. erk? mcm aje kot.. abang bukan ustaz..aku membalas msgnya.. kemudian, dia meneruskan perbualan.. aku bertanya, ini siapa? kenal ke? kemudian dia membalas, saya xkenal abang.. tp abang mungkin kenal saya?

'aik? =_=" mana kenal.. " aku membalas.. kemudian, dia menyatakan bahawa dia selalu muncul dalam rancangan RTM di tv 2.. rancangan *&%%.. mana aku tahu... xpernah tgk pun.. selepas itu, aku bertanya, "artis la ni? haha.. ada bukti/ sengaja meminta bukti..kerana takut fake profile..dan dia memberi bukti dan juga di laman youtube.. hurm.. parentsnya adalah cina dan india..kacukan..dan dia memberitahu dia berminat dengan ISLAM.. ALLAH.. aku terdiam.. berat sungguh amanah ini Ya Allah.. kenapa aku yang dicarinya.. aku menyatakan di dalam hati, kalau fake profile pun kenapa? kalau dia tipu pun apa masalahnya? kalau org lain pun peduli apa? tggungjawab aku untuk mengajarnya tentang ISLAM.. ramai ibu angkatnya terdiiri dalam kalangan ustazah.. 


aku kadangkala termenung sendirian.. teringat kisah lama.. dahulunya, seorang pun ak xmampu bawa, smpai jadi mcm ni,,, inikan pula nak bawa seorang itu dekat dengan Islam? Allah...moga diberi petunjuk..  aku tidak kuat... merindui seseorang...



Sunday, 9 December 2012

biarlah....

ramai yang cakap diri ini kejam. tidak berhati perut.. namun hanya mendiamkan diri. walhal hati ini tidak layak dan tidak mampu untuk diperkatakan dengan sebegitu rupa. hati ini sering kali diuji lagi.. cuba untuk tidak bermain dengan emosi. hanya mampu untuk mendiamkan diri dengan keadaan sekeliling. "eh? mcm ada kena mengena aja.. eh? bukan aritu kita makan kat sini ke? eh? cara dia sama dengan seseorang".. hakikatnya, memang sukar untuk melupakan. namun hanya boleh terdiam dan merenung.. Alhamdulillah. mendapat sms dari orang yang paling penting dalam hidupku selain ahli keluargaku.. beliau mengingatkanku bahawa "ingatlah bahawa yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu".. kata-kata ini cukup bermakna buat diri ini..

dia sangat penyabar dan penyabarlah senang cakap.. hehe =) 

mungkin ini satu kebetulan,aku hanya meminta Allah memberi petunjuk.. aku tidak akan meminta peluang kepada dirinya, tetapi aku ingin meminta peluang kedua daripada Allah untuk membuka dan lemebutkan hatinya semula..supaya lupakan segala kisah yang lalu dan menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang Daei dengan sehabis baik.. moga doa ini diperkenankan...  jika ada rakan2 pemantun yang bercakap tentang dirinya, ak lebih suka untuk berbuat seolah-olah tiada apa-apa.. ataupun cuba untuk pergi jauh.. biarlah.. hanya mengikut caturan daripada Allah..

X sabar nak kerja dan Kawen dan Ke Tanah Suci!!! =)