InsyaAllah esok akan pergi ke Bangkok atas urusan kerja. hurm.. ala, baru Bangkok. xkisahla.. yang penting datang bukan niat hendak bercuti, tp atas urusan. lagipun ia adalah tajaan daripada kedutaan Thailand itu sendiri. berat sangat hati ini hendak pergi sebenarnya. maklumlah bahawa banyak urusan di UKM yang belum lagi settlekan.. isu bas. memang cukup hangat. terpaksa sub tugas ini kepada sahabatku yang lain. ikutkan hati nak cancelkan aja pergi ke sana. tapi nanti burukkan nama UKM lagi sebab ticket semua sudah ditempah. membazir la pula kan..
aku merenung masa depan. terasa ingin meninggalkan bumi malaysia ini. berasa ingin sekali melanjutkan pelajaran di luar negara. menyambung master di sana. itu yang aku harapkan. mengharapkan tajaan daripada Perodua sekali lagi supaya membenarkan aku melanjutkan pelajaranku.. =) bagaimana pula nasib yang menunggu aku? insyaAllah, plan itu tetap diteruskan. tp ini mungkin hanya angan-angan sahaja untuk berhijrah di bumi orang lain..
satu demi satu manusia yang hadir dalam hidupku. semakin ramai. Alhamdulillah. namun semakin berat amanah ini untuk dipikul. aku yakin, setiap yang berlaku itu Allah sudah tentukan. bercakap berkaitan dengan soal masa depan dan masa lalu. masa lalu di bumi UKM ini ada kesan yang sangat mendalam buat diri ini. namun, Allah yang membolak-balikkan hati ini. maka aku hanya bergantung kepadaNya dalam segala urusan. sedih,tawa,duka...semuanya ada.. kalau gembira? jarang sekali ingatmu Ya Allah.. malu dengan diri sendiri..
aku memang jenis sukar untuk melupakan. sangat susah.. kalau menunggu, aku akan terus menunggu. begitu juga, berkat hampir 6 tahun menunggu, Alhamdulillah.. dipertemukan.. begitu juga dengan beberapa aspek yang lain.. kadang kala sakit dan marah dengan hati ini. namun sering kali mengingatkan bahawa jangan bertindak melebihi kewarasan akal.. jangan beremosi..
pernah dan dengar kata2 dari rakanku yg menyatakan bahawa aku ini seorang baik. malah ada beberapa junior cakap "abang ni baiklah".. entahlah.. aku hanya mampu untuk menidakkan.. aku tidak baik.. cuma Allah menutup segala keaiban diriku.. walhal aku ini jahat sebenarnya,,, penuh dengan lumpur dosa.. namun itu tidak bermakna aku tidak mahu berubah..sedangkan hati ini seringkali merintih agar menjadi seorang hambaMu yang soleh..yang beriman.. dan manusia yang menyenangi semua manusia disekeliling...
kini hanya terus melangkah ke hadapan... perkara yg lalu jangan dikenang.. ? hakikatnya perlu dikenang sebagai pengajaran dan untuk ditangisi kerana dosa yg lalu..maka, segeralah bertaubat..
jujur sy malu dengan diri saya...
No comments:
Post a Comment