Banyak entry kali ini.. lewat jam 4.00am.. tidak mampu untuk melelapkan mata..usai solat sunat, hati ini menjadi tenang. Alhamdulillah..entah kenapa kali ini hati ini rasa tersangat rindu..hurm.. maka, seperti biasa, diri ini benar-benar melepaskan segalanya kepada Allah.. dia yang Maha mengetahui..dan dia juga yang membolak balikkan hati ini.. aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa..kerana aku ini hanya insan yang kerdil. apatah lg untuk menguasai hati org lain. itu sangat tidak adil dan tidak layak.. maka kerana itu kita perlu bergantung dan meletakkan sepenuh harapan kepada Allah..
merenung jauh.. insyaAllah..aku akan meninggalkan bumi Malaysia ini.. bagaimana dengan kerja? Perodua? Kahwin? semua itu tidak perlu aku fikir dulu, org lain yg tny dulu..hurm.. siapa yg lg penting ni? aku ke, atau kerja aku semua? =_=" InsyaAllah, akan kerja di Perodua dulu, namun pada masa yg sama apply untuk belajar di luar negara. biasiswa Perodua lagi..insyaAllah. namun, jika mempunyai peluang yang lebih hebat, aku akan pergi meninggalkan penajaku ini.. im willing to pay rm37,000 to Perodua!!! gila? xpe..sebab itu bukan minat saya... hurm..kahwin? insyaAllah, kahwin tetap kahwin la.. apa masalah dia? lepas tu boleh bawa anak bini ke sana kan? bukannnya rancang nk berhijrah skrg, mggu depan aku akan ke sana... tp InsyaAllah jika hati ini masih memerlukan ruang, dan jika ujian ini masih lg berbaki, maka aku akan pergi..
harap kepada mereka yg membaca blog ini tidak bertanya kenapa dan mengapa ingin sangat diri ni ke luar negara.. Allah.. hanya aku yg mengerti.. kerana pengalaman pahit ini membuatkan diri ini hendak mencari hakikat kehidupan ini di bumi perantauan.. biarlah diri ini pergi seketika sebelum pergi selamanya.. teringat sewaktu aku hendak pergi ke luar negara sewaktu mewakili UKM ke program ASEAN,sahabatku menghantarku.. aku memeluk mereka..berat hati ingin tinggalkan mereka walaupun hanya seketika.. entah, mungkin perasaan itu akan muncul semula nanti.. tp barangkali mereka yang akan berat hati meninggalkan aku.. kisah di AIRPORT banyak pengalamnnya..cerekanya.. sekali kita meninggalkan airport dengan menaiki kapal terbang, maka kita lepaskanlah segala kenangan pahit itu dan kita pergilah dengan tenang...
tidak perlu menoleh ke belakang..mulakan hidup baru.suasana yang baru.. manusia ini sering tidak pernah puas dengan apa yg mereka miliki.. maka dari situ mereka jarang bersyukur.. selepas kehilangan, baru dirasakan kesedihan.. bila ada, sering berasakan ketidakpuasan.. maka kadang kala jelik dengan sikap ini.. tinta ini akan terus menari selagi ada yang menggerakanya.. namun sampai satu masa, ia akan berhenti buat selamanya kerana tiada lagi yang menggerakkannya.. maka mulai saat itu, rmai yang akan merinduinya...
No comments:
Post a Comment