dahulu tidak pernah terfikir langsung utnuk menyertai pertandingan pantun. asyik terfikir untuk masuk debat pidato dan sebagainya. sehinggalah dipaksa oleh senior untuk wakil kolej, maka pada waktu itu, aku beranikan diri untuk mencuba. sewaktu terpilih untuk mewakili UKM ke peringkat Varsiti di Melaka, aku,Awwab,Abg Ijan, Ayu dan Azreen berkampung di Ibu Zain. sangat susah waktu itu sebab kami xkenal sangat satu sama lain. Abg Ijan, Ayu dan Awwab rapat sebab mereka satu kolej. hanya aku dan Azreen terpinga-pinga ketika itu. cara bacaan intonasi pun agak janggal. "bukan gaya ukm"!!! =)
ingat lagi ketika dahulu, nak buat pantun sikit punya susah. "betul ke apa aku buat ni?" pantun ni ok x? "xde isu la pantun ni" ..argh.. nak isu macam mana.. ingat lagi, pantun pertama yang aku buat adalah bertemakan bahasa. waktu tersebut aku dan azreen sangat takut untuk memberi pantun jual kami kepada Abg Iejan yang memang sudah super duper pemantun UKM. banyak anugerah pemantun terbaik yang diterimanya.. seterusnya, sewaktu pertandingan Bestari RTM. sangat memalukan diri aku. kali pertama naik ke pentas pantun sewaktu sekolah dahulu berulang kembali. digelakkan satu dewan sekolah lain, dan begitu juga digelakkan oleh mereka di UM.. kerana lupa pantun pembukaan dan tersilap. selepas itu aku cuba untuk mengundurkan diri dari bidang ini. Pesta Pantun Integrasi UKM, aku menrik diri. berentetan dengan beberapa sebab lain yang hanya beberapa orang sahaja yang tahu.. =)
selepas itu, sewaktu pesta pantun bestari UM.. aku menjadi malas. Allah..mengharapkan orang menyuapkan pantun kepadaku. tidak lengkap pantun aku. sedangkan waktu bertanding sudah tiba. mara ke suku akhir ketika itu. aku hanya mengharapkan Che Lah untuk membuatkan pantun berserta juga rakan lain. entah kenapa rasa malas sangat hendak berpantun. KOSONG mood. namun pada masa yang sama berasa sungguh bersalah dengan itu. kemudian, Kak ton,pegawai UKM memberitahu yang aku ini tak nak buat pantun.. Che Lah pun cakap begitu.. ya, aku mengaku dan aku menerima..sebab itu memang salah aku.. =)
tapi dari situ aku simpan semangat untuk membuktikan kepada mereka yang aku juga boleh membuat pantun..
sehinggalah pesta pantun UKM. ketika itu, aku dan Azreen sahaja yanga da pengalaman. nak xnak, kena juga untuk berpantun dan membuat pantun. maka terpaksalah bertungkus lumus. "boleh juga rupanya korg buat pantun kan?" salah seorng alumni memberitahu.. hehe.. nak seribu daya, xnak seribu dalih..
kemudian mengajar pelajar permata. lagi membuatkan aku serius dalam hal pantun ini. terpaksa membuat dan menjawab pantun. makanya, ilmu pantun ini sentiasa berkembang dan tidak berkarat. selepas itu, sewaktu cuti, aku sering 'dipaksa' melayan beberapa kerenah orang lain untuk berpantun. menjawab dan membuat pantun. kerena dia sangat sukakan pantun ini. Alhamdulillah, boleh juga untuk menjawab pantun secara spontan yang sama rima tengahnya.. =) tapi masih tidak berani untuk berbuat sebegitu kalau pertandingan..hehe
inilah Abg Iejan.. sangat garang pada mulanya bagi aku.. bila satu team, untuk cr keserasian sangat sukar. dan kini Alhamdulillah..
Sifu terbaik!!!
ini pula abg wan. sangat baik.sanggup berkorban utnuk team. org mcm nilah yg kita tahu minatnya memang untuk pantun..
sangat penyabar dengan telatah kami semua.. haha =)
inilah mak tiri kami..hehe.. kami "dipaksa" untuk mencari duit tambahan dengan masuk pantun..haha
kakton sangat baik dan xmcm dulu..dulu sangat garang... sori dengan kedegilan kami kakton.. =_="
Azreen, pemantun yg benar2 gadis melayu terakhir la..
dari tahun 1, smpai final year. selalu beri semangat kepada diri masing2..
paling penting sangat penyabar dan pernah menangis sebab kn mrh dgn aku..
tp demi pantun, tetap teruskan.. :p
ini ha budak paling sempoi.. nakal gila.. haha..tp sangat memahami diri ini..
saling beri nasihat walaupun dia ada masalah juga.hatinya sangat kental..
penakut dengan hantu nasi lemak.. =)
3 orang depan ni junior yg sangat bagus.kena berlatih lg. maaf kalau sangat garang..
sebab nak korg jd yg terbaik..lepas ni kami da xde..so korg la kena ajar adik2..
biar kita terus membumi, namun berisi..ingat tu!!!
kita satu team, gerak dalam pasukan, bukan perseorangan
kiri sekali Efi.. budak yg baik.. YDP Ibu Zain.sangat sibuk..
dan faham keadaan barangkali.. lepas ni jgn give up dgn pantun..
senior garang sebab tahu potensi diri kamu semua
ini ha budak baru masuk.. munawar. ingat pesan senior2,.try untuk ambil sebanyak mgkin ilmu..
atleast once a life nak juga naik atas pentas untuk bertanding..
belajar basic dulu iaitu intonasi menjual pantun.. dan menjawab..
ingat amanat ak, azreen n neeya...
xlupa juga kepada Dr Zubir dan Che lah yang banyak ajar saya.. lepas ni, kami da xde..tp ilmu semua pengajar akan saya bawa bersama..
selepas ini akan fokus semula dengan keluarga PMU saya.. kembali hidup tidak normal dengan tidur lewat dan sebagainya untuk gerak kerja..
mungkin lepas ini, saya tidak akan masuk pantun lagi.. tp saya akan tetap bersama.. sebagai composer sahaja barangkali.. =)
anda semua telah memberi warna baru dalam hidup saya.. terima kasih semua.. =)
p/s : pantun ini telah memberi bnyk kenangan kepada diri ini.. pahit manis.. semuanya ada..hanya org disisi yang memahami,,,
bawa dupa anak bupati,
sama baldu tidak beralas,
ubat apa rajuknya hati,
sedang merindu tidak berbalas.
boleh tak jgn buat aku tacing bila baca blog kau :(
ReplyDeletex sedih punn.... =( hahahaha
ReplyDelete