.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Tuesday, 26 March 2013

bertemu

setelah lama berdoa dan hampir putus asa, Alhamdulillah.. akhirnya dia bertemu kembali sahabat lamanya. lebih muda darinya.. perselisihan faham yang berlaku membuatkan mereka terpisah dan masing-masing membawa diri. ketika terpisah hampir setahun, mereka ditakdirkan bertemu.. ketika itu masing-masing cuba untuk berlapang dada.. terkejut. namun Ahmad mengajak Fazli untuk berbual. suasana sepi seketika. angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. di hujung taman permainan itu, mereka berdua memerhatikan gelagat kanak-kanak bermain layang-layang. keduannya mendiamkan diri..

Ahmad membuka bicara. "kita ni, tak tau siapa kita pada masa akan datang. mana tahu org yang baik, mungkin boleh jadi jahat satu masa nanti.. orang yang sangat jahat pula mungkin boleh jadi sangat baik satu masa nanti." Ahmad hanya memandang jauh ke depan. manakala Fazli hanya menundukkan muka dan mendiamkan diri..

"Allah uji kita, Allah bagi peringatan kepada kita. tapi sayang bila peringatan itu sebenarnya diturunkan atas kesilapan kita, kita salahkan orang lain. kau lah punca aku gagal.. kau lah punca aku jadi mcm ni.. macam2 lagi.. walhal kita xnampak kesilapan kita.. kerana apa? sebab kita cuba meletakkan setiap kesalahan kepada orang lain.bukan ujian yang menimpa untuk kita sama-sama bermuhasabah semula.. manusia ini ego.." Ahmad menambah lagi..

"manusia ni, bila ada dugaan, baru ingat Allah.. Allah.. Allah.. baru mengeluh sebut nama Allah.. masing2 ada buat silap.. Fazli ada, Abang pun ada.. tapi terpulang untuk kita lihat bagaimana. kerana manusia itu berubah.. tapi sayang, manusia suka pandang kejahatan orang, bukan kebaikan".. Ahmad bangun dan terus beredar.. selepas dua langkah, dia kembali dan menepuk bahu Fazli "maafkan Abang"..dan Ahmad terus beredar..

Fazli tidak dapat menahan sebak, ego yang dibinanya runtuh.. menitis air matanya.. namun dia kaku, dia tidak berdaya untuk membuat apa2. maka dia hanya memerhatikan kelibat sahabat yang sudah dianggap seperti abang itu pergi dan menghilang.. dia kelu.. dia kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa....

teruskan melangkah

Monday, 18 March 2013

kampung melewar

ada sebuah kampung di hujung kuala. nama kg tersebut adalah kg melewar..penduduk di situ  hidup dengan aman damai. Ada seorang tok penggawa yang sangat disegani oleh penduduknya.. penduduk kg sering bercerita suka, duka bersama ketua kampung.. kemudian, ada org baru yang masuk ke kg. kehadirannya menceriakan penduduk di situ..namanya Latifah. bergurau senda adalah perkara biasa.. namun, suka dan tawa itu hanya seketika, ada anai-anai yang merosakkan rumah harmoni yang telah dibina.. 

satu demi satu dituduh, dijaja cerita dan sebagainya.. maka penduduk kampung yang sudah ketahui akan hal ini bersikap berdiam diri. sebilangannya malas hendak ambil peduli. "asalkan aku bahagia dengan kehidupan aku sudah.." malah ada antara mereka yang sengaja lari dari kampung tersebut semata-mata tidak tahan dengan cerita yang dibawa.. 

mungkin segelintir penduduk kg berasakan ini adalah cara terbaik. berdiamkan diri dan lari dari kg melewar. Namun sayang, orang yg baru berpindah itu masih juga membawa cerita yang entah sampai bila akan berhenti.. siapa lagi kalau bukan latifah.. penduduk masih lagi berdiam diri..

ramai yg kecewa apabila ketua kg melewar yg sangat baik, sangat dihormati dan disayangi itu seolah-olah hilang pertimbangan.. masih percaya kata-kata dusta latifah.. ramai penduduk tidak mahu menegur tok penggawa kerana bimbang tok penggawa tidak percaya.. hakikatnya, mereka selalu mendoakan agar tok penggawa sedar akan apa yg berlaku.. masakan kg melewar yg dahulunya aman dan kemudian kini menjadi porak peranda? masakan ia tidak tahu puncanya.. ramai penduduk mengeluh.. namun mereka hanya mendiamkan diri.. 

kadang kala, ahmad (penduduk yg berpindah ke kg seberang kerana hiruk pikuk kg melewar) mendapatkan juga khabar tentang kg melewar. bukan kerana hendak menjaga tepi kain, namun kerana masih sayangkan kampungnya.. sayangkan tok penggawa yang banyak membantunya susah dan senang.. namun sayang apabila, latifah menuduhnya bukan-bukan. membawa cerita ke seluruh penduduk kg yang menyatakan bahawa ahmad ini lupakan budi, kacang lupakan kulit dan pelbagai lagi.. Ahmad tersentak, namun dia hanya tersenyum.. berharap tok penggawa tidak percaya dan mainkan peranan. perbetulkan Latifah.. namun harapan Ahmad hanya sia-sia.. hatinya hampa..

Ahmad yang sudah berlembut hati ingin pulang, kembali mengeraskan hatinya.. sudahlah..sekarang dia benar-benar malas hendak mengambil tahu lagi..Ahmad dia bernasib baik kerana zaman tersebut tiada teknologi, kalau ada, barangkali di facebook akan dijaja ceritanya sehingga kalau boleh inginkan satu dunia tahu.. =)

kini, Ahmad meneruskan kehidupan seperti biasa. meneruskan hidup dan tetap melangkah. tidak mempedulikan kg melewar tersebut.. jika dahulu ada yg merosakkan rumah tersebut dan dia cuba perbaiki, namun tidak boleh, kini dia membina rumah baru.. rumah yang penuh dengan keikhlasan.. semua orang boleh masuk ke dalam rumah tersebut.. yang penting, hati kena ikhlas dan tidak boleh ada perasaan iri dan hasad di dalamnya.. Ahmad sentiasa menantikan rumah tersebut dihuni oleh mereka dan seringkali mendambakan rumah itu bakal menjadi seperti rumah keluarga di kg melewar dahulu.. penghuni di dalamnya mesra, ketawa, menangis bersama, susah senang bersama..seringkali dia mendambakan rumah yg dibina itu mampu menggantikan rumah yang rosak itu,..namun hakikatnya ia sedar ia tidak mampu terjadi.. namun sekurangnya ia mencuba...

Ahmad memaafkan latifah, dia pernah berfikir kenapa latifah membuatnya sebegitu, akan tetapi, dia tiada jawapan. tidak mahu menjadi seperti latifah yg hanya tahu memfitnah itu dan ini.. dia tidak mahu bermain spekulasi semata2 kerana tidak mahu menjadi seperti perangai jijik latifah.. "kalau tidak mampu menjadi garam, jangan jadi langau yang merosakkan daging".. rupanya ada lebih teruk dari lalat.. =)

ini teratak itu.. =)

ukwah bukan dinilai berdasarkan berapa bnyknya pertemua, tetapi berapa bnyk kt mendoakan sahabat kita.. _Imam Ghazali_






a few month later, i will leave UKM.. but please do believe me that i will remember for every seconds moments when were being together.. thaxs to the person who i respect so much.. terima kasih ajar pantun, gave me an inspired dan pengalaman ini..  jasad hilang, namun jiwa tetap bersama.. =)

lagu?

ketika memandu kenderaan, memasang radio dan kemudian terdengar satu lagu ni.. sebelum ini aku cuba untuk memahami lagu ini, namun tidak faham.. selepas apa yang berlaku, aku mendengar dan aku memahami.. namun mengikut penginterpretasian aku sendiri.. berdasarkan kisah aku.. 

aku maafkan kamu, 
tak perlu kita bertemu cukup kau tahu,
yang aku maafkan kamu,
tolong teruskan hidup jangan sebut namaku..

(aku sudah memaafkan, yes, i do respect u,
but biasa, diri ini memang mudah memaafkan,
tapi sukar melupakan..)


ku ditimbang tanpa neraca di awal usia,
ku dihukum masuk neraka oleh manusia,
jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu..

(senang kata, benda buruk org cakap yg hakikatnya aku tak buat,
but as usual before this hanya mendiamkan diri,
but now, tidak lg.. tidak perlu memarahi mereka,
but, just tegur.. bila masing2 xngaku,
just jauhkan diri.. )

maafkan mereka,
mereka tidak tahu,
mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu

(lagu aku maafkan kamu malique dan jamal abdillah)

(ya, aku maafkan, 
aku anggap mereka tidak faham..)

aku tersenyum mendengar lagu ini.. =)


Tuesday, 12 March 2013

pergilah kau jauh....

kalau ada masalah, lebih selesa menulis daripada bercakap..
rasa hendak pergi jauh..
lepaskan segala hiruk pikuk manusia yang tak pernah puas..
manusia yang dengki..
manusia yang suka mencaci..
manusia yang semakin suka menghina...
manusia yang kurang akhlaknya..
kerana mereka itulah manusia yang PELUPA
mereka fikir mereka sudah cukup baik, dan mereka fikir mereka betul...

tolong pergi jauh dari hidupku...
malas hendak berkata2 kerana manusia semua sama...
depan malaikat dan belakang syaitan...
sudah dan sudahlah...


Sunday, 10 March 2013

Siapa boleh lupa dengan mudah...

tiba-tiba teringat perkara lalu. masih berbekas dan ya, memang sukar untuk melupakan. memang sebelum ini sudah melupakan, tidak langsung mengingatkan tentang perkara lepas. hal ini ditambah dengan kesibukan gerak kerja PMU, PRU, Thesis, Belajar dll.. Allah.. aku seronok dengan keadaan sebegini. namun, baru-baru ini, dimaklumkan oleh sahabatku bahawa ada perkara yang mengingatkan semula aku kepadanya. kali ini, ya, tidak seperti selalu, asyik terfikir, namun cuma terfikir juga =_=" (ayat apa ni)".... hehe.. maksudnya, bila dapat tau apa yg berlaku, membuatkan aku terfikir sejenak. apa masalah yang sebenarnya berlaku. entahlah.. cuma dia yang pilih jalan hidup sebegitu barangkali..

aku merenung masa depan.. one day, if dia dtg semula kepadaku, meminta tolong, adakah aku akan menolongnya? entahlah.. InsyaAllah akan menolongnya, tp sebagai orang biasa yg memerlukan pertolongan dan bukan sesiapa yg penting lagi dalam hidupku... LIFES GO ON!!!!

semoga angin ini berhembus membawa doa di bawah bayu...

Monday, 4 March 2013

bila bercakap

dua tiga hari kebelakangan ni sering menelefon abang angkatku. mungkin ramai tidak kenal dan aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa. the only one. belajar pondok di fattani, dan berkenalan pada mulanya hanya di fb. sangat hebat orangnya, dan Insha Allah ada rezeki, dia akan berlepas ke Al Azhar pada tahun ini. semoga dipermudahkan. "enta ni gile la" selalu ayat tu yg akan keluar dariku pabila dia selalu menyakatku..dia hanya tergelak.. lucu dan senang bersamanya. dua kali berjumpa yg mana kali pertama dia melawatku di UKM kebetulan sahabatnya berada di Bangi juga, dan kali kedua berjumpa di Perhimpunan Hkr di Masjid Negara.seketika sehaja. sekurangnya dapat juga berjumpa denganya. 

selalu apabila menelefon dia, sering hanya berbual kosong, dan kemudian akan memberi nasihat, berceramah kepadaku. sering sahaja beliau menceritakan kitab2 yg dibacanya kepadaku. "enta bila nak mai pondok kat sik ni?" ajaknya. bukan sekali, bahkan banyak kali. aku hanya mendiamkan diri. jauh dan sibuk selalu dengan jadual harianku. InsyaAllah suatu hari nanti. dia sering cakap aku ini ego, berlagak namun sering ketawa dengan sikapku.. bab mengejek nombor satu. tapi aku selesa sahaja. sebab ilmunya, sebab sikapnya. 

tapi InsyaAllah, beliau sering mendoakan aku. walaupun jarang berjumpa, kadang2 nasihat dia boleh pakai gak la.haha.. terima kasih sebab terima budak degil ni sebagai mad'u enta.. =) 

Sunday, 3 March 2013

tulis je la

Arief, kita hidup di dunia ni xlama. sekejap aja. tidak perlu untuk mencari musuh. kita cuba untuk mencari kawan, teman, namun jika masih ada yang mahu bermusuh, maka kita biarkan.. proses peralihan menuju kematangan. sudahlah dengan kenangan silam yang tidak menguntungkan aku. kalau diingat, aku jadi menyampah. better ingat perkara-perkara manis. kakak aku sering berpesan, "jangan cakap orang.nnti kita kena balik"..maka selorohku kadang2 terdiam. ye,  takut menimpa diriku pula. hidup inikan bagaikan roda. kejap di atas, kejap dibawah. kalau diikutkan dengan telatah manusia ni, memang tidak dapat dinafikan, kalau mengikut rentak mereka, kita sendiri akan berasa letih. maka percaya dengan kata hati. selagi xsalah, just move on. 

perkara yang lepas, yang mencelarkan sejarah hidupku, sudah aku lupakan. namun ia masih lagi tetap terpahat dan berbekas. mana boleh dihilangkan sebegitu. cuma, kali ini hanya memandang sebelah mata sahaja perkara tersebut. malas hendak melayan. sometimes, kita terlalu rasa kita ini baik, kita lupa ada org yg boleh jadi lebih baik dari kita. kadang2 kita nk berubah, kita buang semua parasit yg hadir dalam hidup kita. tapi hakikatnya kita masih lagi tetap menjadi sampah, jika ditinggal dosa ini, kita buat dosa lain pula. tetapi mereka yang dihina dengan kejahilan mereka ini yang berubah malah lebih baik dari apa yang kita ada. 

hidup ni, tak perlu cakap orang. tengok diri kita. itulah manusia, pentingkan diri. cakap senang, tapi nak praktikkan memang susah. saya akui saya sukar untuk membenci orang,. ramai yang mengambil kesempatan atas itu, akan tetapi saya hanya mendiamkan. namun jika benar2 ia membekas, maka benci itu akan datang dan ketika itu, hendak memandang mukanya malah hendak menyebut namanya jauh sekali. maaf.. seribu kali maaf. namun ini hakikat dan kelemahan saya. hendak cuba ubah, namun tidak mampu kadang2.. maka saya cuba untuk melupakan semuanya dari memori ini. sy sentiasa berharap agar tidak bertemu dengan orang tersebut. jika ditakdirkan bertemu, maka saya sendiri akan buat tidak tahu. cukuplah, selalunya kalau salah diri ini, dengan serendah hati akan mengaku.. 

selesa dengan hidup sekarang. 

saya ada keluarga, kini saya taknak melebihkan orang lain dari keluarga saya sendiri. saya ada adik, saya ada kakak, saya ada emak dan juga ayah. hidup saya berbaki hanya untuk mereka buat masa ini. kalau ditakdirkan saya pergi awal, maka biarlah mereka sentiasa ingat kenangan gembira bersama mereka. =) 


entah kenapa aku hendak menulis hari ini, walhal sudah lama tidak menulis dan tidak ada hala tuju kali ini. 

Saturday, 2 March 2013

One Day

teruskan melangkah. Alhamdulillah. semakin tenang. dahulu kalau ada masalah sedikit, agak tidak layan. namun jika ia melibatkan emosi, agak tenggelam juga. namun itu dulu. tutup cerita. sudah besar dan sudah dewasa. banyak dugaan, melibatkan diri ini. kini diuji, namun entah kenapa seolah-olah tiada perasaan. kalau dahulu, lebih kurang selalu mengalah, tapi kali ini, dibiarkan sahaja. maka hidup ini diteruskan seperti biasa. tiada apa yang menghalang pun? kerja berjalan seperti biasa. sibuk dengan urusan, maka membuatkan aku lebih banyak berfikir memerah idea tentang kerja berbanding melayan kerenah orang lain. 

Aku bahagia sekarang. tidak lagi macam dulu. ramai orang bersama time susah dan senang. kadang-kadang cuba juga untuk lari dari kesibukan, maka aku akan mengembara seorang diri. itu lagi menenangkan.. "ish..susah la mcm tu.. sorang2" tegur salah seorang kenalanku.. " dah biasa, bila sorang2, kita akan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah"... terangku.. 

melangkah mencari sinar, kadang2 terjelopok dalam kegelapan. namun dari situ kita akan rasa nikmatnya cahaya. =) merepek? dari memikirkan benda yang menjatuhkan diri ni, baik kita pandang ke depan, fikir tentang apa aku nak capai dalam masa terdekat..

insyaAllah selepas habis belajar, settle semuanya, teringin hendak meninggalkan bumi Malaysia ini. tempat jatuh lagikan dikenang. memang benar. namun biarlah mencari rezeki dan pengalaman di tempat lain. diri ini sudah letih dengan keadaan di sini. one day, im gonna to say, " good bye Malaysia" 

one day.. 

Friday, 1 March 2013

hidup ini perlu diteruskan

kenapa Allah kurniakan perasaan kasih sayang? maka kerana melihat Adam dahulu berseorangan, maka Allah telah menciptakan hawa. untuk menjadi teman, namun hasil dari kesilapan mereka berdua, mereka terpaksa berpisah seketika. hasil rintihan bertaubat memohon keampunan, akhirnya mereka bertemu juga. itu kisah yang sering kita baca, sering kita hadam.

namun sayang, apabila erti kasih sayang itu disalah ertikan. kasih sayang itu bukan untuk pasangan isteri semata2. namun untuk semua orang. Alhamdulillah. ingat lagi pesan sahabatku, kalau hubungan kita dengan Allah baik, maka hubungan kita dengan manusia akan baik. tp jika kita hanya baik dengan manusia, tetapi tidak dengan Allah, lama2 hubungan dengan manusia akan jadi renggang.. =) maka carilah cinta Allah dahulu.  saya sudah praktikkan, anda bila lagi? Alhamdulillah. saya ini jenis yang sangat tegas, garang.. ya.. tp ramai sahaja yang rapat dengan saya dan terima. saya mengakui siapa saya ini.

saya adalah orang yg belajar dari kesalahan. ya, dulu pernah mengongkong..dulu marah2.. tp sekarang tidak lagi. come on lah,, benda lepas untuk dijadikan pengajaran. maka sejak dari itu, saya belajar untuk tidak mengongkong orang. kita hendak yang mana? orang sentiasa bersama kita, namun belakang asyik mengutuk, merahsiakan banyak perkara dibelakang kita, dan sentiasa lari2 daripada kita.. kerana apa? kerana tersepit dan terkongkong.. kita manusia, siapa suka dikekang? kita mahukan kebebasan.. itu bukan kasih sayang. kasih sayang bukan dnegan cara mengongkong..maka kita ini sentiasa fikir orang sayangkan kita, orang ambil berat terhadap kita, walhal itu semua adalah dalam keadaan terpaksa..

kasih sayang bukan bermakna kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain. saya ada hak, anda ada hak, mereka ada hak. walhal semua ini perlu untuk hidup berkasih sayang. kalau kasih sayang hanya perlu tertumpu kepada kita sahaja,maka tiada warna dalam itu. jangan lokek, dan kedekut.. kalau kita kedekut, orang lain lagi kedekut. kedekut bukan hanya dalam penggunaan mata wang sahaja. try to be proffesional..

hidup bukan untuk membenci dan mencari musuh. kalau tidak mampu untuk menyebarkan kasih sayang, maka jangan cuba untuk menyebarkan permusuhan dan kebencian.. sudahlah.. kemudian lebih teruk cerita itu difitnah dan dijaja untuk menjadi perasa maka disebarkan kepada orang lain. bertapa jijik dan jelik sungguh perangai sebegitu. tutup cerita? ya..kita tutup cerita,, namun diberitahu, masih tidak puas hati.. siap cerita dan ungkit lagi? apa la manusia sekarang.. sy xpernah kasihan dekat diri saya..tp kasihan dengan kehidupan yang disia2kan sebegitu.. orang ramai diam bukan bermakna setuju, mereka ada akal.. mereka juga boleh berfikir..betullah, kalau dah busuk, maka bau itu tetap ada.. walaupun ditutup, ia akan tetap tersebar... =)

selama ini, ramai menyatakan diri ini salah, dan hanya buat tidak tahu. namun ingat, kesabaran ini ada had sebab kita juga manusia biasa.. saya bahagia dengan kehidupan sekarang. dan tolong jangan ganggu saya, famili saya, sahabat2 saya.. tidak berat dan salahpun untuk meminta maaf.. sekian

saya masih seperti biasa namun tidak lagi akan menjadi seperti dahulu..lifes go on =)