.

I made this widget at MyFlashFetish.com.
"sebaik-baik wanita ialah apabila diberi sesuatu ia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa ia berdiam.. Yang menyenangkan hatimu bila melihatnya..dan mematuhimu bila disuruhnya"

Monday, 4 March 2013

bila bercakap

dua tiga hari kebelakangan ni sering menelefon abang angkatku. mungkin ramai tidak kenal dan aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa. the only one. belajar pondok di fattani, dan berkenalan pada mulanya hanya di fb. sangat hebat orangnya, dan Insha Allah ada rezeki, dia akan berlepas ke Al Azhar pada tahun ini. semoga dipermudahkan. "enta ni gile la" selalu ayat tu yg akan keluar dariku pabila dia selalu menyakatku..dia hanya tergelak.. lucu dan senang bersamanya. dua kali berjumpa yg mana kali pertama dia melawatku di UKM kebetulan sahabatnya berada di Bangi juga, dan kali kedua berjumpa di Perhimpunan Hkr di Masjid Negara.seketika sehaja. sekurangnya dapat juga berjumpa denganya. 

selalu apabila menelefon dia, sering hanya berbual kosong, dan kemudian akan memberi nasihat, berceramah kepadaku. sering sahaja beliau menceritakan kitab2 yg dibacanya kepadaku. "enta bila nak mai pondok kat sik ni?" ajaknya. bukan sekali, bahkan banyak kali. aku hanya mendiamkan diri. jauh dan sibuk selalu dengan jadual harianku. InsyaAllah suatu hari nanti. dia sering cakap aku ini ego, berlagak namun sering ketawa dengan sikapku.. bab mengejek nombor satu. tapi aku selesa sahaja. sebab ilmunya, sebab sikapnya. 

tapi InsyaAllah, beliau sering mendoakan aku. walaupun jarang berjumpa, kadang2 nasihat dia boleh pakai gak la.haha.. terima kasih sebab terima budak degil ni sebagai mad'u enta.. =) 

No comments:

Post a Comment