Arief, kita hidup di dunia ni xlama. sekejap aja. tidak perlu untuk mencari musuh. kita cuba untuk mencari kawan, teman, namun jika masih ada yang mahu bermusuh, maka kita biarkan.. proses peralihan menuju kematangan. sudahlah dengan kenangan silam yang tidak menguntungkan aku. kalau diingat, aku jadi menyampah. better ingat perkara-perkara manis. kakak aku sering berpesan, "jangan cakap orang.nnti kita kena balik"..maka selorohku kadang2 terdiam. ye, takut menimpa diriku pula. hidup inikan bagaikan roda. kejap di atas, kejap dibawah. kalau diikutkan dengan telatah manusia ni, memang tidak dapat dinafikan, kalau mengikut rentak mereka, kita sendiri akan berasa letih. maka percaya dengan kata hati. selagi xsalah, just move on.
perkara yang lepas, yang mencelarkan sejarah hidupku, sudah aku lupakan. namun ia masih lagi tetap terpahat dan berbekas. mana boleh dihilangkan sebegitu. cuma, kali ini hanya memandang sebelah mata sahaja perkara tersebut. malas hendak melayan. sometimes, kita terlalu rasa kita ini baik, kita lupa ada org yg boleh jadi lebih baik dari kita. kadang2 kita nk berubah, kita buang semua parasit yg hadir dalam hidup kita. tapi hakikatnya kita masih lagi tetap menjadi sampah, jika ditinggal dosa ini, kita buat dosa lain pula. tetapi mereka yang dihina dengan kejahilan mereka ini yang berubah malah lebih baik dari apa yang kita ada.
hidup ni, tak perlu cakap orang. tengok diri kita. itulah manusia, pentingkan diri. cakap senang, tapi nak praktikkan memang susah. saya akui saya sukar untuk membenci orang,. ramai yang mengambil kesempatan atas itu, akan tetapi saya hanya mendiamkan. namun jika benar2 ia membekas, maka benci itu akan datang dan ketika itu, hendak memandang mukanya malah hendak menyebut namanya jauh sekali. maaf.. seribu kali maaf. namun ini hakikat dan kelemahan saya. hendak cuba ubah, namun tidak mampu kadang2.. maka saya cuba untuk melupakan semuanya dari memori ini. sy sentiasa berharap agar tidak bertemu dengan orang tersebut. jika ditakdirkan bertemu, maka saya sendiri akan buat tidak tahu. cukuplah, selalunya kalau salah diri ini, dengan serendah hati akan mengaku..
selesa dengan hidup sekarang.
saya ada keluarga, kini saya taknak melebihkan orang lain dari keluarga saya sendiri. saya ada adik, saya ada kakak, saya ada emak dan juga ayah. hidup saya berbaki hanya untuk mereka buat masa ini. kalau ditakdirkan saya pergi awal, maka biarlah mereka sentiasa ingat kenangan gembira bersama mereka. =)
entah kenapa aku hendak menulis hari ini, walhal sudah lama tidak menulis dan tidak ada hala tuju kali ini.
No comments:
Post a Comment