namun sayang, apabila erti kasih sayang itu disalah ertikan. kasih sayang itu bukan untuk pasangan isteri semata2. namun untuk semua orang. Alhamdulillah. ingat lagi pesan sahabatku, kalau hubungan kita dengan Allah baik, maka hubungan kita dengan manusia akan baik. tp jika kita hanya baik dengan manusia, tetapi tidak dengan Allah, lama2 hubungan dengan manusia akan jadi renggang.. =) maka carilah cinta Allah dahulu. saya sudah praktikkan, anda bila lagi? Alhamdulillah. saya ini jenis yang sangat tegas, garang.. ya.. tp ramai sahaja yang rapat dengan saya dan terima. saya mengakui siapa saya ini.
saya adalah orang yg belajar dari kesalahan. ya, dulu pernah mengongkong..dulu marah2.. tp sekarang tidak lagi. come on lah,, benda lepas untuk dijadikan pengajaran. maka sejak dari itu, saya belajar untuk tidak mengongkong orang. kita hendak yang mana? orang sentiasa bersama kita, namun belakang asyik mengutuk, merahsiakan banyak perkara dibelakang kita, dan sentiasa lari2 daripada kita.. kerana apa? kerana tersepit dan terkongkong.. kita manusia, siapa suka dikekang? kita mahukan kebebasan.. itu bukan kasih sayang. kasih sayang bukan dnegan cara mengongkong..maka kita ini sentiasa fikir orang sayangkan kita, orang ambil berat terhadap kita, walhal itu semua adalah dalam keadaan terpaksa..
kasih sayang bukan bermakna kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain. saya ada hak, anda ada hak, mereka ada hak. walhal semua ini perlu untuk hidup berkasih sayang. kalau kasih sayang hanya perlu tertumpu kepada kita sahaja,maka tiada warna dalam itu. jangan lokek, dan kedekut.. kalau kita kedekut, orang lain lagi kedekut. kedekut bukan hanya dalam penggunaan mata wang sahaja. try to be proffesional..
hidup bukan untuk membenci dan mencari musuh. kalau tidak mampu untuk menyebarkan kasih sayang, maka jangan cuba untuk menyebarkan permusuhan dan kebencian.. sudahlah.. kemudian lebih teruk cerita itu difitnah dan dijaja untuk menjadi perasa maka disebarkan kepada orang lain. bertapa jijik dan jelik sungguh perangai sebegitu. tutup cerita? ya..kita tutup cerita,, namun diberitahu, masih tidak puas hati.. siap cerita dan ungkit lagi? apa la manusia sekarang.. sy xpernah kasihan dekat diri saya..tp kasihan dengan kehidupan yang disia2kan sebegitu.. orang ramai diam bukan bermakna setuju, mereka ada akal.. mereka juga boleh berfikir..betullah, kalau dah busuk, maka bau itu tetap ada.. walaupun ditutup, ia akan tetap tersebar... =)
selama ini, ramai menyatakan diri ini salah, dan hanya buat tidak tahu. namun ingat, kesabaran ini ada had sebab kita juga manusia biasa.. saya bahagia dengan kehidupan sekarang. dan tolong jangan ganggu saya, famili saya, sahabat2 saya.. tidak berat dan salahpun untuk meminta maaf.. sekian
No comments:
Post a Comment